Rabu, 30 April 2008

Sorotan 5 Tahun 'Kami' di Mesir...

Ok la...sebenarnyer time aku tengah tulis post ni, aku ade satu tag yang aku kene buat. But, aku rase aku nak post bende ni dulu. Pasal tag tu kemudian sket la. Haha. Sori ek Raden.

Ok. Kali ni aku nak citer sket pasal 'kami'. Batch aku kat Mesir ni tak ramai. Start2 dulu ade 17 orang jer. 10 laki, 7 pompuan. Sebab kitorang ni tak ramai, so kitorang akan cube jaga hubungan (baca ukhuwwah) yang dah terjalin tak kurang 4 tahun ni.

So, tiap2 tahun kitorang akan buat gathering tahunan. Ape yang aku nak citer kat post kali ni, ialah berkenaan gathering2 kitorang. Termasuklah gathering terkini, pada 27 April lepas. Aku akan citer start dari kitorang first year. kalo ade gambar yang tak berape elok tu. sori la ek. Hehe.

GATHERING 1ST YEAR (2004)

Tempat : Restoran Nil, Hayyu Sabie.
Tema makanan : Makanan Thai.
Kehadiran : Semua ada.

(sori la. tak nampak sangat makanan yang kitorang makan. Hehe)

(ni gambar kat luar restoran. dalam gambar ni ustaz fawwaz pun ade. yay.)

GATHERING 2ND YEAR (2005)

Tempat : Rumah Ustaz Fawwaz (atas Masjid Hidayah).
Tema makanan : Makanan Pakistan (kot) sebab ade nasi beriyani. Haha
Kehadiran : Semua ada.

(inilah yang dikatakan makanan pakistan. haha. betul ke?. aku main hentam jer. tapi, kalo betul pun makanan pakistan, orang yang masak neyr orang mealyu la. haha.)

(sumer ade. plus us fawwaz n us mahyudin - kitorang nyer mentor)

GATHERING 3RD YEAR (2006)

Tempat : Pizza Plus, Manial.
Tema makanan : Makanan Itali, sebab makan pizza kan. Hehe
Kehadiran : Daing tak datang.

(gambar ni je la aku letak. gambar makanan tak yah la kot. pizza kat mesir ni bulat gak. takde nyer nak jadik petak lak. haha)

GATHERING 4TH YEAR (2007)

Tempat : Rumah Ustaz Fawwaz (Sayyeda Zainab).
Tema makanan : Makanan Sea Food.
Kehadiran : Semua ada.

(ni la makanan sea food kitorang. ade ikan bakar. ade sotong goreng. ade satay. ade nasik impit. ade tomyam n macam2 lagik. hurrmmm. sedapnyer)


(ni lah batch aku sumer sekali...muke masing2 dah makin matang)

GATHERING 5TH YEAR (2008)

Tempat : Rumah Adik Kadir (atas umah Kadir).
Tema makanan : Makanan Western (Fish n Chips).
Kehadiran : Lina (menyambut cahayamata di Malaysia) dan Muslim (dah balik dah).
(ini lah makanan western kitorang. tapi, western2 pun, nasik nak kene ade gak. haha. nasik goreng jer. pastu ade ayam goreng, kentang goreng, garlic bread, fish finger n nugget, doritos as chips, mashed potatoes, coleslaw, puding, lasagna, cheese cake dan macam2 lagik. hehe. kenyang tul la. alhamdulillah)


(ni gambar sumer sekali. tak lupe, us fawwaz mesti ade. hehe. aku lak pakai satu suit lengkap kemeje ngan tie. pegi kuliah pun aku tak pakai camni. rase macam overdressed lak malam tuh. kah kah kah. pedulik la. dah tema western. pakai western sket la)

(sape2 tak kenal lagik batch aku, meh nak kenalkan...
berdiri dari kiri : zawil, asma, daing, kak aniah, faaiqah, kak laili ;
duduk atas kerusi dari kiri : kadir, iqbal (aku la tuh), ustaz fawwaz, syazwan ;
duduk kat bawah : izwan, akmal, shuib, israq, hamdan, dzul [kat depan israq n hamdan])


(special appearance tahun ni. haha. siap ade belon2 dan hiasan gantung2 lagik. ki ki ki. macam nak sambut besday lak. kah kah kah)

ok la. rasenyer tu je kot gambar yang aku nak post. tahun depan insya-allah last gathering. sebelum sumer balik mesia. apepun, dah kerje nanti pun boleh buat lagik. lagipun, time tu rasenyer mesti lagi best. mase tu sumer dah ade pasangan masing2 (insya-Allah. ameennn). so, boleh la berkenal2an. hehe. ameeennnn

Jumaat, 25 April 2008

Aku kene 'Tag'...

salam. hai, Warouq. asal la ko 'tag' aku. Tag tu amende pun aku tak tau. Aku ni kan orang baru belajar dalam dunia blog-memblog ni. Haha. Apepun, aku rase aku faham kot arahan ko tuh. Ni kire aku cube la buat yang terbaik yer. Btw, ni 'Tag' pertame aku. Tengok, betape baru, tak baru nyer aku dalam dunia ni. Hehe.

Act, semalam la si Warouq ni 'Tag' aku. Ni la arahan2 / peraturan2 untuk 'Tag ini';


1) aku kene link kepade orang yang 'Tag' aku. Warouq la orangnyer.
(see Warouq, at least dah ade empat link ko. Haha)

2) aku kene tulis 8 fakta rambang berkenaan diri aku. Hurrmmmm.
Bace la yer kat bawah ni:


2.1) Kalo aku buat sesuatu bende, kalo boleh aku nak bende tu perfect. Walaupun orang selalu cakap, nobody is perfect.

2.2) Sejak dari kecik, aku memang masuk sekolah agama jer. So, kemahiran bersosial aku ni memang lemah sket la, especially sosial laki-pompuan. Haha.

2.3) Aku memang susah nak buat keputusan. Sebab aku nak keputusan yang aku buat tu
perfect giler. Tapi, ye la kan. Kite merancang, Allah yang menetukan.

2.4) Aku ni anak bongsu dalam famili aku. Mase sekolah rendah dulu, kalo aku jalan ngan ayah aku, mesti orang kate, ni atuk awak ke. Arghhhh.

2.5) Aku sekarang ni dah ade 7 orang anak (saudara la). 5 anak abang sulong. 2 anak abang ngah. Name2 derang : Hulwunnada, Muhammad Hatim Najdi, Hana' Nahla', Muhammad Habri Naqi dan Muhammad Hasin Nazih. AND Ilmam Mumtaz dan Iyad Mu'taz.

2.6) Aku ni memang jarang lakukan aktiviti luar, seperti bersenam dan sebagai nyer. teringin gak nak buat bende2 tuh. Tapi, entah la. bile la semangat tu nak datang. Hihi.

2.7) Dua kemahiran yang aku warisi dari mak aku dan aku berbangga dengannya,
kemahiran menjahit dan membuat hiasan dalaman. (Act, takde la pandai mane pun.
Saje rase diri power. Haha)

2.8) Kalo aku tensen studi ke, aper ke. Aku akan memasak. Ntah la. Memasak ni
boleh sedikit sebanyak mengurangkan tensen aku. Dan extra energy tu dapat
aku gune untuk bende yang akhirnyer aku boleh makan. Hahaha.

3) akhir sekali, aku kene senarai lapan orang lain yang aku nak 'Tag' dan
aku kene bagitau derang dah kene tag melalui komen dalam blog derang. Sori la ye kengkawan. Suke2 jer nih. So, inilah dia;


3.1) Yeop (Azizul Isme) dan Yeop (Hasbullah) : ni due orang kawan aku mase kat KISAS. Act, derang dah berjaye menjelajah bumi Mesir ni.

3.2) Kak Firuz : ni senior aku mase kat KISAS dulu. Aku pernah bekerja
bawah die, dalam RESTU (majalah sekolah).

3.3) Sarah Shukor : ni kawan seangkatan mase kat KISAS gak. Sekarang ni
buat medik kat Rusia.

3.4) Isa Azzaki : kawan mase kat KISAS. Medik Indonesia.

3.5) Syafiq Ramjis : junior aku mase kat KISAS.

3.6) Shakir Izani : junior aku di Cairo Univ.

3.7) Yusuf : kawan aku mase kat Maahad Hamidiah dulu. Abang die ngan adik
die belajar kat Mesir. Die lak belajar kat Ukraine.

Ok la. dah selesai dah jawab 'Tag' ni. So, kepade sesiape yang kene 'Tag' tu,
sile2 la buat yer (kalo rajin la). Hehe. Salam.

Isnin, 21 April 2008

Jom tengok gambar!!!

actually ari tuh, aku ade janji nak post beberape gambar kan?...ape?...korang tak ingat?...ala, ari tuh mase aku tulis pasal visit comm med, aku kan janji nak post beberape gambar. so, ni aku nak post la ni. haha. (nak citer nak post gambar pun panjang ke...haha).

(ni gambar Izwan, 'Urwa dan aku...ni la 'Urwa yang aku citer dulu tuh...baik gak la die ni. mase 2nd visit arituh. die ni la yang berceloteh panjang sampaikan health message kat mak cik sorang tuh. act, sian gak tengok die. even die arab pun, kadang2 tengok die terkial2 gak nak pk perkataan n ayat2 arab mesir. hehe)

(ni lak Dzul, Hamdan dan 'Asif...Kalo si 'Urwa kat atas tadik guide kitorang mase visit ari tuh, si 'Asif ni lak guid hamdan n dzul. 'Urwa ngan 'Asif ni macam kawan baik. aku pun tak tau sangat la. tapi, yang aku tau. derang due2 ni memang dari negare yang same....Palestin)

(ni la gelagat dak2 arab yang same group ngan aku...sorang2 dah la besar2, nak jugak sumbat dalam tut-tut yang kecik tuh. sian aku tengok tut-tut tu. macam dah nak roboh. biar la. asalkan derang hepi. haha. btw, yang kat luar sekali tu (bukan yang berdiri kat luar, yang dalam tut-tut, tapi macam dah nak terkeluar tuh), co-leader aku, Munzeer. Haha)


(pengangkutan utame yang ade kat tampung yang aku kunjungi...hurrmmm. keldai pun boleh modifiy. kornag jangan main2. Mesir ni macam2 ade. haha. kire tu macam cat spoiler keter ke, bumper ker. haha. tak tahan nak gelak. haha. dan lagi. haha...)


(uik, jeep pun ade. hurrmm, boleh tahan gak kampung ni yer. ape? korang ingat kampung tak leh ade jeep ker. boleh jer. 
mane tau ade pegawai kesihatan nk bagi khidmat ker. takkan nak suh
die nak keldai gak. mati la die. haha)


(haaaa...terkejut. gambar ni bukan superimpose ek. memang real la. aku pun terkejut gak. tibe jer ade mercedes. dah la sport lak tuh. hai. kaye tul la orang tuh. sape agak nyer die yer...ntah la...aku pun tak sempat tahan tanyer. haha)

ok la. ciao dulu, cukup2 la tuh tengok gambar. hehe. jumpe lagik lain kali yer. salam untuk sumer. bye.

Khamis, 17 April 2008

My Beloved Doctor...Dr Mahmoud Saleem...


(Dr Mahmoud Saleem...Gambar untuk banner dak2 arab buat)

Ha, kali ni citer pasal sorang Dr lak. Beliau ni memang power n best giler a. Senanyer bukan ape. Aku juz teringat nak citer pasal beliau ni, sebab hari Selase lepas, batch kitorang (budak2 arab la) arrange satu majlis macam majlis perpisahan. Act, ade lagi kelas die. Tapi maybe satu or due je lagi. Then, habis la. So, kene la buat majlis kan. Hehe.


(ni main curik2 je amik gambar. Ramai sangat nak amik gambar. Nak mintak izin pun susah. Haha)

Ok. Name Dr ni Dr Mahmoud Saleem, MD Obstetric and Gynaecology. Nak kate bagus tak bagus Dr ni, beliau buat kelas tambahan (full) untuk subjek O&G secare percume. Act, kalo nak imbau2 balik, sejak 1st year dulu, ade je Dr2 yang baik hati nak buat kelas free. Antaranye, Dr Rashid Bahgat (Biochemistry). Teringat zaman2 dulu, kene bangun awal2 gi kelas die. Kul 6.45 kot. Matahari pun baru nak naik. Hehe. Sorang lagi, Dr Mu’tasim Billah (Anatomy). Yang aku ingat sangat pasal Dr ni, die nyer BI n lukisan. BI fluent giler and lukisan lawa habis. Kire macam lukisan artis la. Opss. Ade sorang lagi. Dr Sayed Saif (Ophthalmology). Yang ni lagi power. Kelas die open untuk sumer university. Budak Ain Shams ade. Budak Al-Azhar pun ade. Tapi buat kat U aku la. Hehe.

(Selitkan gambar dewan kuliah aku...biase jer...)

Eh eh. Lari tajuk lak. Aku nak citer pasal Dr Mahmoud Saleem ni ha senanyer. Sori ek. Melalut ke tampat lain lak. Ok2. Back to the topic. Since aku 4th year lagi, aku dah dengar2 dah senior2 kitorang cakap2 pasal Dr Mahmoud. So, bile dah naik 5th year ni, tak nak la lepaskan peluang belajar dengan Dr yang power habis ni. Hehe.


(Bende yang wajib ade dalam mane2 majlis perpisahan ngan Dr... Sejambak bunge)

Citer sket la pasal kelas die. Kelas memang buat kat Lecture Hall fakulti aku. Kelas tige kali seminggu. Sabtu, Isnin dan Rabu. Tapi tak tetap. Ikut kekosongan beliau. Dulu, mase awal2, Sabtu tu kul 12. Sekarang dah jadi kul 1 lak. Kalo dulu, Isnin dan Rabu tu kul 3 petang. Sekarang dah jadi kul 7 pagi. Hehe. Tu pun, hari kadang2 tukar. Kadang2 Ahad pun ade kelas. Kadang2 Selase. So, kat sini la memerlukan kecekapan telinge tangkap “Mau’idna insya-Allah youm ………, sa’ah ………” (Janji kite hari ………, pukul ………). Tapi tak pe je. Kalo tak dapat tangkap boleh tanyer dak2 melayu lain. Kalo derang pun tak dapat tangkap, tanyer la kawan Arab. Bile lagik nak gunekan kawan2 tuh. Hehe.

(Ni la susana majlis hari tuh...Ade belon2 gak...Haha)

Lagi satu yang aku suke pasal beliau. Die suke lukis sendiri kat papan hitam. So, senang la follow. N kadang2, aku pun boleh improve skill melukis aku. Tapi, sampai sekarang ni, lukisan aku masih buruk lagi la. Haha.


(Ala, nak gak autograf. Dr Mahmoud tengah tulias autograf kat buku Aniah. Aku nak gak, tapi tak pakai buku die. Segan lak nak suh die tulis autograf kat buku lain. Hehe)

Beliau jugak ade keluarkan buku O&G sendiri. Aku beli, tapi tak pakai. Hehe. Sori Dr yer. Ntah la. Nape ek aku tak pakai. Maybe tak serasi sangat kot. Aku pakai buku Dr Omar Abdel Aziz n Amr Hussein. Jangan la pelik yer. Kitorang kat Egypt ni memang pakai buku yang Dr U buat. Kitorang tak pakai international book. At least, not for exam. Hehe.

Ok la. Panjang giler marapik. Aku nak pos gambar jer. Suke tengok gambar? Hehe.


(Dr Mahmoud tengah bergaye depan kete die...BMW)


(Satu lagi gambar Dr Mahmoud tengah bergaye dengan keretanyer...)



Ahad, 13 April 2008

2nd Rural Visit...

hai sumer...ni aku baru balik gi Ziarah Kampung Kali Kedua (2nd Rural Visit)...Minggu lepas kitorang kene gi interview 3 keluarge kan...so, minggu ni kitorang kene gi salah satu daripada 3 tuh, n sampaikan sedikit health education message berkaitan ape2 jer yang rasenyer sesuai...

So, kitorang pun pilih satu famili ni. Mak nyer tengah mengandung second child. Dah 8th months dah. Kitorang pilih yang ni atas due sebab. SATU; famili lain sehat2 belake (tak tau la kalo derang kelentong kan). DUA; sebab kitorang memang amik O&G dan Paeds tahun ni. So, at least pasal Ante-Natal Care (ANC) & warning symptoms of pregnancy dan jugak pasal baby feeding & immunization tu dah tau la. Hehe.

Tapi, sayang giler. Tak dapat jumpe si ibunde nyer sendiri. Sebab die kuar gi meniage kat pasar. Huhu. Sedeynyer. Terpakse la citer kat mak mertue die jer. Hopefully, mak mertue die tuh bagitau la kat menantu die aper yang kitorang bebelkan panjang2 tadik. Haha. N sebelum kitorang balik, kitorang tinggalkan due pamplet berkaitan bende2 nih. Dalam Bahase Arab la. Actually aku yang design. Maklumat sumer aku juz copy paste jer dari laman web nih (www.childclinic.net). Haha.

Ok la. Malas nak citer panjang2. Ooooo. Terlupe lak. Pasal post sebelum ni. Name kampung tu senanyer "Tamuh El-Menawat". Korang tengok ler gambar2 ni. Tapi ni minggu lepas nyer gambar la. Gambar2 minggu ni lain kali. Sebab gambar amik pakai kamera Aniah. Nanti die dah bagi, aku post la. Haha.

(Kitorang berempat. Ni baru selesai buat temuduga. Haha)

(Aniah dan Faaiqah dengan kawan Arab yang lead derang, Munzeer. Sori yer 'Urwa n 'Asif. Nanti aku dah dapt gambar dari Aniah, aku paste muke korang lak. Hehe)

(Munzeer and the gang tengah buat huru-hara dalam bas yang kitorang naik. Dah la bas tu muat2 jer, derang boleh lak nyanyi2, hepi2 jer. Selambe giler. Haha)

Rabu, 9 April 2008

Rural visit, PHC visit, CSPM...demi untuk DoPH&CM

Salam semue...Rase2nyer dah lebih seminggu aku tak post bende baru...Ntah la. Tengah sebuk dan agak pening kepale kot...Mane tak nyer. Sekarang ni tengah Round Community Medicine (Department of Public Health & Community Medicine - DoPH&CM). Act, ni tahun ketige kitorang amik CM. Mase mule2 start tu nampak cam best. Ni dah tengah2 ni, rase best gak. Cume dah start pening pale nak siapkan field work. Haha.

Kalo korang nak tau la. Ahad lepas aku n the gang (Group 3, Team A) kene gi buat rural visit. Kat hujung Giza. Aku pun tak penah sampai situ. Name die "Manawat .........." (aku tak ingat perkataan kedue die). Ni kire first visit kitorang. Kene gi jumpe 3 families, n tanyer die kalo2 die ade ape2 health problem. Daripada 3 families ni, kitorang kene pilih satu family yang nak jumpe balik minggu depan untuk bagi health education. Asal2 bende ni kene buat sorang2. Tapi, kitorang nyer supervisor kate budak2 Malaysia boleh la join mane2 budak Arab. Fuh, nasib baik. Kalo tak mampos la kitorang. Hehe.

Thanks to 'Urwa, budak Palestin yang lead aku n Izwan. Bagus gak a die ni. Minggu depan pun, die akan tolong kitorang. Especially nak sampaikan message kat family yang aku pilih. Citer sket la. Act, dalam tige2 family aku tuh, semua nyer sehat2 belake. Aku pun blank nak pilih yang maner. Mase bincang same2 ngan supervisor, aku terdengar Munzir, yang lead Aniah n Faaiqah cakap derang ade kes pregnancy. Hehe. Aku pun teringat, in my second family, the wife is pregnant. Cume bende tu tak tercatat dalam survey aku. Hihi. Thanks Aniah (sebab yang pregnant tu dari family die).

So, minggu depan ni, aku, Izwan n 'Urwa akan join venture untuk sampaikan message kat due families. Satu family aku yang ade pregnant women tu, satu lagi family 'Urwa yang ade baby 8 months. Kitorang nak citer pasal Ante-Natal Care (ANC) n Nutrition & Immunization. Tapi, tak prepare lagi ape nak cakap. Hihi.

At the same moment, sepanjang minggu ni, kitorang kene buat kerje CSPM, Centre for Social & Prventive Medicine. Field work untuk bende ni tak banyak or susah. Yang susah nyer, nak pilih family. Dan yang banyak nyer, nak buat analisis untuk bende2 tuh. Ntah la, aku maybe amik family atas umah Kadir. Derang rapat ngan makcik tuh. Senang sket. Yang kedue, aku nak amik tuan rumah budak junior aku, Mak Cik Fatma kot name die. Tengok la. Malam karang kot nak gi. Hehe.

ok la. Pasal PHC visit, aku citer kemudian la. Sebab bende tu kene g minggu depan. So, aku pun tak tau sangat amende nak kene buat. Aku tau tempat bende tu jer.

Ok la. Salam.

p/s : Gambar aku post kemudian la ye. Tak amik lagi dari Aniah. Hehe.

Selasa, 1 April 2008

Aku semakin tua...

Hai semue...Kalo korang bace tajuk kat atas tu, mesti korang ingat aku sambut besday aku hari ni kan?...Haha. Korang sumer salah la. "Aku semakin tua..." berasaskan ape yang telah aku discover hari ni. Korang nak tau ape die?...Go on la membace ye...Hihi...

Habis je kelas pagi ni, aku gi check mata aku. Sebab aku dapat rase macam ade bende terbang2 kat dalam mate aku. Dulu belah kanan jer. Sekarang ni aku dah nampak bende terbang2 tuh belah kiri lak. Aku gi ngan Izwan. Kitorang actually dah amik Ophthal tahun lepas. So, kitorang target nak carik Dr yang ajar tahun lepas la. Senang sket nak mintak tolong check. Dan yang paling penting, 'free'. Hehe...

(Binocular Indirect Ophthalmoscopy [B.I.O.])

Thanks to Dr Amaan, sebab tolong check mate aku. Mule2, die suh sorang MO ni titikkan Mydriatic dalam mate aku. Nak bagi anak mate aku mengembang. Aku rase derang gune Tropicamide. Sebab ubat titis ni yang paling cepat effect die (peak in 20-40 minutes), n paling cepat hilang effect die (within 6 hours). Tunggu dalam 20 minit. Then, Dr Amaan datang balik n check mate aku gune Binocular Indirect Ophthalmoscopy (B.I.O.) with aid lens. Argghh. Pedih giler a mate aku kene suluh ngan light source tuh. Satu bende aku nak quote dari Dr Amaan (die cakap kat Izwan yang nak curik2 tengok dari belakang die) : “Don’t worry. Go take ur seat. I won’t kill ur friend”. Hahahahahaha.

(Aid lens +20D)

Dr kate, takde serius problem ngan mate aku. Cume aku nyer Vitreous Humor (Gelemaca) dah mula degenerate. Protein dari gelemaca tu dah start precipitate. Sebab tu aku nampak ade bende2 terbang dalam mate aku. Early degeneration ni biase la tu untuk orang2 yang high myope (rabun jauh). So, die suh aku minum air banyak2. Aku tak tau sebab ape. Takut dehydrated kot. Hehe.

Sape2 yang dah amik Ophthalmology, mesti tau. Problem ni dipanggil Musca Volitantes (Floaters). Korang bukak la balik buku Ophthal. Carik balik. Mesti jumpe. Hehe. Selain degeneration, Floaters boleh jugak muncul jika berlakunye Vitreous Detachmnet, Vitreous Haemorrhage atau Posterior Uveitis.

(nampak tak betape besarnyer anak mate aku???...thanks to Tropicamide...Hahaha)

Ok la...Aku dah tak larat nak tulis panjang2 ni. Kesan Tropicamide tadi pun bukannyer habis lagi ni. Aku menaip dalam kekaburan ni...Hehe...Jumpe lagi...