Sabtu, 28 Jun 2008

Nak gak Up-date

salam sumer. setelah sekian lame aku menyepi, akhirnya aku update gak blog aku ni. hehe. bukan ape. mase xm dulu memang la jarang giler online. elok2 je habis xm, terus cabut balik mesia. same date gak. tu la citer nyer.

so, sekang ni, aku nak gak update. walaupun, aku senanyer tak suke update tanpe gambar. but, sebab dah lame sangat tak update, aku post gak la yer. harap nyer korang tak de la bosan lak bace post tanpe gambar kali ni. haha.

nak citer nyer. aku dah selesai xm tahun lime. tige subjek sumernyer. each subjek ade written n oral. so, overall alhamdulillah. sekang ni, berserah la kepade Allah dengan sepenuh nye. mudah2an Allah berikan markah mumtaz kepade aku dan kawan2 aku. Ameeeennnnnn, Ya Rabb.

habis jer xm 23 jun ari tuh. bergegas la aku pulang ke rumah. tremco dah menunggu aku, hamdan dan izwan untuk mengambil faaiqah lak, n bawak kitorang gi ke epot. Alhamdulillah sumernyer berjalan lancar. btw, balik kali ni naik Gulf Air. singgah bahrain jap, sebelum sambung ke KL. kat bahrain sempat gak bertembung ngan beberape rombongan malaysia yang baru jer balik daripada mekah. hehe. sempat gak la buat kawan ngan pakcik2 tuh. hihi.

sampai jer kat KLIA. mak ayah aku tak sampai lagik. abang second aku memang la tak leh nak amik aku. die keje kat kuantan (btw, aku sampai ari selase). abang first aku lak kebetulan ade conference arituh. so, die pun tak leh nak amik aku. mak ayah aku je la yang datang. untuk memudahkan keje sumer (memandangkan mak aku yang tak berape sihat), aku cakap kat mak aku untuk naik atas trus, tak yah parking. aku pun tunggu je la kat luar tu. fuhhh, panas gak ek mesia nih. hihi.

sampai umah, trus punggah sumer barang. sedey tak sedey, pinggan melamin aku bawak balik, ade 4 pecah. first time sepanjang 3 kali kau bawak balik. hihi. nak wat camner, memang salah aku. lupe suh akak kat check in tuh tampal qabeel lil kasr (fragile). hahahahahhaha. buat kesalahan yang tak sepatutnyer. kahkahkahkah sekali lagik.

selain daripada yang pecah tuh, takde ape la. cumer banyak gak barang2 yang aku tertinggal. nasib baik la ade FAIZ kat mesir belum balik. boleh la aku pesan barang2 tuh kat die. thanks berjuta2 lemon ye FAIZ. lain kali boleh mintak tolong lagik. haha.

antare bende2 yang kau dah berjaye buat sepanjang 5 hari kat mesia :

1) dah berjaye masukkan streamyx kat umah aku (selesai by jumaat)
2) dah berjaye menyiapkan bilik ********* aku (hehe. kalah bilik orang kawen. kah kah)
3) dah berjaye memujuk ayah aku untuk memberi kebenaran untuk mengolah balik library kitorang.
4) dah berjaye 'baby sit' anak sedare aku yang paling kecik, Hasin Nazih.
5) dah berjaye beli satu almari cermin untuk letak kenangan kitorang sekeluarge (mak aku ade, ayah aku ade, angah ade, aku ade, along n achik nyer je yang takde lagik).
6) dah berjaye membuat satu kebun sayur2an. hehe. tengah tunggu nak dapat hasil lak.

untuk akhirnyer, just nak mintak korang sumer doakan aku dan kawan2 aku yang lain dapat kejayaan mumtaz tahun nih. ameeeennnnn, ya rabb. ameeeeeennnnn.

ok la. jumpe lagik. ni pun amik kesempatan sementare abang sulung aku n anak beranak die gi tengok konsert akil hayy n hijjaz (kat kompleks sukan bandar baru bangi). Takbirrrr....

salam

Sabtu, 7 Jun 2008

3 - 2 = 1 ...

saje refresh otak math korang. 3 tolak 2 same dengan 1. jangan nak ngade2 kate 2 jatuh lak, sebab kene tolak ngan tige. aku 'sekeh' kang sape2 yang cakap camtuh...hahaha...

ok la. senanyer aku nak cakap yang aku dah selesai due paper written untuk tahun lime nih. tu yang 3-2=1 tuh. hehe. tapi bahagian written je la. sebab oral and clinical xm tak start lagi. dah habis paper ke tige nanti baru start oral n clinical lak. doakan aku dan kawan2 aku ek.

hurrmmm. kali ni nak citer pasal exam paeds tadi lak. overall ok la. soklan tak banyak sangat. n ntah la. tak tau la nak cakap ape. ucapan "Alhamdulillah" la yang paling sesuai untuk kulafazkan.

sebelum aku postkan soklan2 yang kitorang dapat tadi (untuk tontonan kawan2 yang belum amik Paeds la), aku nak citer dulu pasal buku2 nyer. untuk Paeds, same gak macam OnG dulu. aku tak pakai buku qisim (department). Aku pakai buku Dr Mustafa Zakaria. kawan2 selain Mesir jangan terkejut lak. ye la. selalunyer, kalo sebut Paeds, mesti terlintas buku Nelson's dalam kepale korang kan. tapi, itu lah Mesir. hehe.



Ni lak buku qisim. tapi aku tak pakai. ni pun curik2 amik gambar buku Hamdan. hehe. sori, de (name singkatan Hamdan). saye amik gambar buku anta. boleh ek? thanks.



untuk latihan lak, aku gune buku Dr yang same. Act, memang dah takde pilihan lain. Dr Mustafa jer yang keluarkan buku latihan. dalam buku ni ade soklan MCQs dan soklan Problem Solving. opss, lupe lak. satu lagi buku yang aku gune untuk latihan Problem Solving. buku Dr Mohamed Hisyam Sayed.




yang belah kiri tu buku clinical senanyer. tapi, sebab rais qisim kate EMERGENCY masuk exam, so kene la bukak buku tuh. hehe.

untuk akhir nyer, sile la menatap soklan2 yang dah keluar tadik. semue jawapan aku dah padam. so, korang boleh la cube2 nak jawab. hehe.

SOALAN ESEI


SOALAN MCQs (page 1)


(page 2)


(page 3)


SOALAN PROBLEM SOLVING (page 1)


(page 2)


(page 3)


SOALAN 'IMCI' (open book exam)



ni buku untuk jawab soklan IMCI. sumer dak2 ni bawak. last2 kene tinggal kat jaga kat bawah. die fotostatkan bagi sumer budak2. nak elakkan meniru la kot. ntah la.

overall exam tadi 200 markah. 18 June ni ade xm oral n clinical lak. 200 markah jugak. 60 untuk diagnostic tools (x-ray, CT scan, blood gasses, blood pictur analysis, urine analysis dan stool analysis). baki markah untuk OSCE (Objective-Structured Clinical Examination) melingkupi 1 stesen History Taking, 2 stesen Clinical Examination, 1 stesen Investigation dan 1 stesen Mangement and Diferential Diagnoses.

"Ya Allah, Engkau kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada hamba-Mu yang lemah ini. Dan jauhkanlah aku daripada sifat2 mazmumah yang dikeji. Ameeennn, Ya Rabb."