Ahad, 17 Ogos 2008

Report kenduri Abe Salman ...

ok la. kali ni nak budget jadi reporter lagik. hehe. untuk pengetahuan korang sumer, hari ni aku, hamdan n ayep gi kenduri abe salman kite. tapi ni belah pompuan la. kalo korang nak tau pasal pengantin perempuan, korang carik la sendirik. Aku malas nak citer lebih2.


(hadiah dari aku n mede...hehe)

ok la. nak start citer. aku kuar umah dalam kul 10.30 pagi. menuju ke umah hamdan. nak amik die sebagai guide ke desa subang permai. hehe. aku takut sesat. nasib baik la. kalo tak mau gak sesat. hehe. sampai je umah hamdan, trus kuar ke PKNS untuk carik hadiah. then balik umah hamdan balik. nak wrap hadiah tuh. pastu dalam 1.30 baru ke umah pengantin tuh. ok la. sampai jer, dah dekat 1.50. nampak masjid. so, amik peluang semayang dulu la. senang. hehe.


(abe salman tengah bersiap2...ni tengah nak pakai sampin...)

habis jer semayang, nampak abe salman tengah siap2 nak berarak. so, dapat la jumpe jap. last2, famili die suh kitorang join. sebab maybe famili die tak ramai sangat laki. so, juz nak bagi ramai tuh, die ajak la. opppsss, lupe lak. ayep act memang dah ade kat situ. famili die ade kenduri kat area2 tuh. then, die ditinggalkan di umah pengantin perempuan tuh. hehe. so, berarak la kitorang bersame2 abe salman n famili. dapat la merase jadik rombongan laki. hehe.


(ni jadi rombongan laki2. siap duk sebelah pengantin tuh. tapi mase aku amik gambar ni jela. segan nak duk dekat2. baju tak match la ngan pengantin. hamdan bleh la. kaler dekat2...hihi)

mase tuh, nampak abe salman hepi jer. mane tak hepi. kawen tuh. mesti la seronok. dah lengkap separuh daripada iman. ape lagi nak pk. hehe. tapi memang best la. dah lame tak jumpe abe salman, macam dulu2 gak. seronok nyer dapat sembang balik ngan abe kite tuh. seronok2.

bile sampai depan umah mempelai pompuan, derang dipertemukan. then, trus masuk dalam umah. amik gambar2 sket kat kerusi yang disediakan. lepas tuh, derang trus ke meje makan. n kat sini, aktiviti biase. majlis makan beradab. kalo korang blur sangat makan beradab tuh ape, korang carik la sendirik gak. malas aku nak citer berjele2.


(dapat curik snap gambar ni dari celah2 tangan mak cik nak makan...hahaha...sori makcik yer...)

then, kitorang makan gak. then, hidir sampai. lame gak dah tunggu. then biler dah siap sumer makan, tunggu abe taqi lak. sian gak la. sumer orang sesat gak sket2 la. tapi, yang paling sian, abe taqi la. siap tersalah sampai kat subang permai la. ye la. name tempat umah pengantin pompuan tuh, desa subang permai. dekat kawasan kg. subang. derang lak terg taman subang permai. kat kawasan subang usj. nasib baik hamdan rela mengambik derang. tunggu kat the summit tuh. fulamak. jauh sey. hehe.


(abe taqi yang kepenatan, carik umah lebih due jam. haha. tapi, still dapat layanan istimewa keluarge perempuan. ye la. kenalan rapat salman la katekan...hehe)

lupe lak, abai sampai gak. so, bile dah sumer sampai, derang nak tunggu jap. so, tunggu lagik. kire nyer dalam 6 petang lebih la baru bertolak balik. ha, ade bende kitorang bawak balik. ye la. sebab tunggu sampai sumer bende dah kemas. tengok je la. tak de la menolong pun. haha. dapat la bawak balik 'barkat' or 'bontrot'. nak kate keluarge derang ni jawe, macam takde kaitan. tapi, ntah la. tibai je la. singgah hanta umah ayep. dapat kek lak. thanks ayep yer. pastu hanta hamdan. trus la balik menuju ke umah sendiri.


(ayep, aku dan abe salman...ni tengah berehat2 sambil bersembang2...hehe...seronok tul dapat sembang banyak bende ngan abe salman...)

fuh, penat gak la. tapi memang best. hehe. seronok nyer dapat tengok abe kite sorang ni dah naik jinjang pelamin. seronok2. tengok la. kalo ade rezeki, nak gak gi yang kenduri abe salman sendiri. kat kuantan. tengok la camner. ooo. nak kene mintak maap gak. mase gi kenduri kadir kat terengganu dulu, tak sempat jumpe abe salman. sori yer. sebuk sangat. carik bengkel nak servis kete. hihi.

ok la. that's it for this time. bye. nak tengok lagi banyak gambar, sile la ke SINI

Khamis, 14 Ogos 2008

Selamat Hari Jadi, Pak Tok !!! (post tertunde..hehe)


(pak tok tengah potong kek...hehe)

jumaat lepas besday baba aku. besday ke-66. but, macam sumer orang terlupe lak. ye la. mane tak nyer. abang ngah aku sebuk ngan urusan konvokesyen die. nak siap2 baju la. nak amik bini baru balik dari ipoh la. nak urus tu, nak urus ni. aku yang bukan konvo pun, habis kene kerah tenage suh buat tu, buat ni. ye la kan. famili kecik. more or less, terase la tenggungjawab sesame tu lebih sket. betul ke? betul la kot. hahahaha.



(ni la kek yang kak najah (kak ipar sulung aku) beli...)

mase hari sabtu tu la, bang long aku sms. die kate: "semalam besday baba kan?". aku pun trus tersedar dari kesebukan dunie. hehe. haah la. semalam besday baba. usually, aku yang remind abang2 aku due orang tuh. but, kali ni abang long aku lak yang teringat. hehe. tak pe la. at least ade gak orang ingat. abang ngah aku tu tak ingat langsung. siap boleh tanyer: "asal ade kek nih?". nak citer nyer sebuk tak sebuk die tuh. hihi. disebabkan hari sabtu tu (lambat sehari) baru ade yang teringat, so majlis potong kek pun terpakse la baut malam tuh. act, dulu kitorang tak penah merase buat potong2 kek ni. aku rase aku la kot yang first bawak pengaruh ni kot. hahahahahha.


(close-up buah cheri...[syazwan, nak ceri ke?])

takde ape kot aku nak citer. sebab majlis tu pun buat ringkas jer. baba aku bagi ucapan sket. then, bace doa selamat sket. pastu trus potong kek. ye la. majlis tak terancang pun. main buat jer. lagi pun kelam-kabut mase tuh. time tu gak la abang ngah aku nak amik gambar famili. time tu gak la nak potong kek. time tu gak la die dah nak bali kuantan. mane tak kelam-kabut. huru-hare jap umah aku tuh. hihi.

so, korang tengok la ye gambar anak2 sedare aku melantak kek2 tuh. act, derang tak laju sangat makan kek tuh. ye la. kek buah. cubu kek coklet. aku rase aku pun tak sempat nak rase kot. haha.


(habri tengh fokus nak telan kek tuh)


(hatim...yang ni tak yah citer la...al-maklum...hehe. hana?...)


(ilmam...hiiiii, ni la budak degil sorang tuh. geram tul la aku...hahaha)

Rabu, 13 Ogos 2008

Tahniah, bro...


(ni mase abang aku amik ijazah. dapat daripada sultan sendiri. sebab sidang 1...hehe)

ucapan setinggi-tinggi tahniah aku nak ucapkan kat abang aku, yang konvo baru-baru ni. act, die dah lame dah habis belaja. november lepas dah habis dah. tapi, konvo baru2 ni jer. Die baru je tamat Ijazah Sarjana Surgeri (Surgeri Am). Abang aku amik master ni kat UKM. empat tahun la overall. die start tahun 2004 dulu. n habis 2008 hari tuh. alhamdulillah, everything berjalan lancar. alhamdulillah.

so, aku nak citer sket la pasal baju konvo. kalo budak2 mesir, mesti kempunan nyer. haha. ye la. kat mesir kan tak sempat nak g konvo. one year after la kan. so, mesti susah nak g. secare am nyer la, suit konvo terdiri daripada due bahagian. satu, pakaian basic dalam dan due, baju jubah dan topinya.

untuk pakaian basic dalam. kalo ikut UKM, laki2 boleh pilih either nak pakai lounge suit or baju kebangsaan. untuk pompuan lak, boleh pakai baju yang menutup seluruh badan, sehingga ke kaki. hehe. abang aku terlupe nak bawak balik suit. so, last2 die pakai aku nyer suit. haha. ade gak sumbangan suit aku yer. hihi.

untuk jubah n topi, ni memang berbeza-beza antara universiti, antara fakulti, dan antara taraf ijazah. secare am nyer, sumer universiti pakai jubah n topi (motar kot name die) kecuali UIA. derang pakai songkok. but, maybe starting this year, derang pakai jubah baru, which comes with topi gak.basically, untuk universiti kat malaysia, sumer nyer mesti ade sulaman songket. tak kire la kat mane pun.

fakulti biase nyer dibezakan dengan warne jubah. yang lain biase nyer same jer. contoh la kan. fakulti sains kesihatan bersekutu (FSKB) UKM pakai warne merah jambu. kalau fakulti undang2 (FUU) UKM pakai warna hijau. n kalau fakulti kejuruteraan (FK) UKM pakai warne coklet cair. tu la antara yang aku ingat. sesetengah univ, warne baju same jer. cume maybe ade strip yang berbeze2 kaler die.

kalo nak menentukan taraf ijazah lak, bergantung pada pattern jubah n topi. basically, ade tige level ijazah kan. sarjana muda, sarjana, doktor falsafah. untuk sarjana muda, jubah plain n topi kotak (yang selalu kite tengok tu la). untuk sarjana lak, jubah die lebih2 sket (vogue sket la) dan topi kotak gak. cume, untuk sarjana kepakaran perubatan, derang dapat pakai topi doktor falsafah. maybe nak menunjukkan taraf master perubatan tu tinggi sket kot. ye la kan. belaja dah la lame giler. haha. dan last sekali untuk doktor falsafah, derang pakai jubah yang lebih power la n topi derang topi bulat.


(ni la jubah n topi untuk sarjana kepakaran perubatan..still ade strip merah jambu, mewakili fakulti perubatan)

fuh, payah gak ek nak citer kat sini. haha. ok la. cukup la dulu. nak post gambar banyak2 pun, arituh amik gune kamera abang aku. so, sumer still kat die. aku nak citer pasal besday bapak aku gak. tengok la, esok kot aku tulis pasal tuh lak. hihi.

ade satu lagik aku nak citer. pasal "alma mater". korang tau tak? aku pun baru jer tau. haha. istilah ni boleh digunakan dalam banyak bidang. tapi, yang aku nak citer kan, yang berkaitan konvo la. maksud die lebih kurang camni la. korang diizinkan memakai jubah dan topi konvo universiti yang korang graduate. sesetangah negara mengiktiraf sehingga kolej dan sekolah tinggi. contoh la kan, korang graduate dari UKM. tapi nanti mase korang keje, korang jadi pensyarah di UIA. so, mase konvo UIA, korang dizinkan memakai baju konvo UKM. sebab korang adalah alumni UKM. camtu la. cume nye, kalo nak buat camni, korang kene la beli baju jubah univ korang tuh. maybe mahal kot. hehe


(aktiviti biase lepas konvo...orang lain pun nak cube jubah konvo tu gak...hehe...btw, ni anak sedare sulong aku, hulwun nada)

ok la. lain kali aku tulis lagik. aku nak amik gambar kat abang aku dulu, baru aku nak post gambar banyak2. hahahahhahahha.

Isnin, 4 Ogos 2008

majlis pernikahan Tuan Presiden...


(kadir sekeluarge...)

alhamdulillah, pada hari sabtu lepas, kitorang berempat (aku, wafi, hafiz hamzah n hafzi) sempat berkunjung ke kuala terengganu. untuk ape? untuk tengok tuan presiden kite nak bernikah la. ape lagi. haha. so, sebelum nak citer pasal akad nikah nye majlis, aku nak citer sket pasal perjalanan kitorang dulu. hihi.

act, minggu ni merupakan minggu tour pantai timur (tolak kelantan) untuk kitorang. aku drive dari umah juz after solat jumaat, menuju ke stesen LRT terminal putra. nak amik wafi n hafiz hamzah kat situ. tup2, rupenyer hafiz salah tempat daa. die tunggu kat hentian putra komuter. maybe salah aku gak kot. tak stress kan pasal LRT tuh. kah kah kah. tak pe la. tunggu punyer tunggu, bertolak la kitorang kul 4.30 petang.

drive trus. berhenti sekali kat R&R temerloh, untuk makan je. juz makan. sebab nak kejar nak jumpe abang aku. coz, die nak bertolak ke ipoh lak kul 9 malam tuh. kelam kabut gak. haha. nasib baik sempat sumer. elok je lepas hanta abang aku ke stesen bas, kitorang trus gi amik hafzi. kat belakang HTAA. lepas tu gak kitorang drive ke terengganu. but, sempat la singgah makan jap.

dari kl-kuantan, sedap la. sebab bawak KIA optima. but the rest perjalanan kitorang, pakai PERODUA kelisa jer. sebab utama, nak jimat petrol. ye la. perjalanan ni kan tong2 same2. bukannyer ditanggung. hahahaha. so, akhirnyer sampai la kitorang kat rumah ansar (umah tumpangan yang kadir sediakan). mase tuh dah kul 1.15 pg. nasib baik adik kadir ade. die la tolong bawak kunci ke umah tuh, tengah2 pagi bute tuh. thanks kadir, sediakan tempat tido kitorang. hihi. kire kitorang ni macam ngaco pengantin la gak. tapi, nak wat camner kan. ni la last can nak kaco kadir. lepas ni mesti susah nyer. orang dah ade bini. hahahahaha.

lepas dah mandi n solat, kitorang tido. sebab esok nak ke umah kadir. bertolak dari umah die. kire kitorang ni dah jadik macam rombongan pihak lelaki la. huhu. dalam kul 8.30 bertolak dari umah kadir. berkumpul lak di tempat berkumpul. kalo tak salah, umah pakcik kadir. dari situ la kitorang berkonvoi lak ke umah pengantin pompuan. aku kire2 kete yang konvoi, tak kurang 15 la. fuh, banyak betul.

majlis akad nikah nyer kul 10. kire ok la. kitorang sampai sharp kul 10. mase tu, dak2 medik kite yang datang memang kitorang 4 orang jer. so, aku mintak izin la nak duk dalam. boleh tengok majlis dengan dekat. sambil2 tuh, boleh snap gambar banyak2. fuh, sabar je la duk dalam tuh. macam kene kukus. maybe sebab tingkap tertutup kot. tapi, takpe. sebab nak amik gambar nyer hal, berpeluh pun berpeluh la. pedulik ape aku. haha.


(kadri...tok imam...wali...)

alhamdulillah, proses ijab dan kabul berjalan ngan lancar. sekali lafaz jer. power la kadir. hihi. ni mesti dah banyak kali training nih. lepas akad nikah, majlis sarung cincin lak. kelihatan kedua2 mempelai malu2 gitu. ye la. mesti la segan. sumer orang fokus kat derang kan. kalo aku pun, segan gak kot. tapi, wafi kate, kalo die, takde segan2 nyer. haha. masing2 nyer pendapat la. lepas tu, majlis makan beradab. waaawww, tengok makanan pengantin. terliur jer nak makan. mane tak nyer. ade udang besar2. act, yang tu je aku ingat. fokus sangat kat udang tuh, sampai dah lupe ape makanan lain yang dihidangkan.


(kadir menyarungkan cincin ke jari zatil...)


(ha...yang ni lak, zatil saurngkan cincin ke jari kadir...)

mase pengantin makan ni gak la, kitorang makan. dah lapar balik mase tuh. walaupun aku dah melantak due bungkus nasik minyak kat umah kadir, tetap lapar gak mase tuh. bese la. balik malaysia ni, selere naik. hihi. selesai makan, kitorang trus mintak diri nak balik. destinsai seterusnyer, kuantan balik la. hehe.


(hidangan pengantin...udang yang ade kepale nenas tu la yang aku maksudkan...)

ade satu bende yang aku agak terkilan senanyer. niat dalam hati nak sangat jumpe abe salman. lame kan tak jumpe die. kate nyer nak datang kadir arituh. tapi, sampai mase kitorang nak balik pun, die tak sampai2 lagik. so, aku trus balik kuantan. lupe lak nak call die. kot2 boleh jumpe kat umah die ke. maybe sebab dalam kepale kitorang sumer tengah fokus nak carik tempat servis kete kot. sampai lupe langsung kat abe salman kite. alahai. sedey nyer. terkilan pun ade gak. so, aku dah kene dende ngan abe salman. aku diWAJIBkan ke kenduri die. ayyark. camne nak susun jadual nih. hai2. susah tul la. apepun, insya-Allah, aku akan berusaha untuk datang kenduri die (yang shah alam je la-sebelah pompuan).

ok la. cukup tu dulu. pasal program kat kuantan, nati aku tulis lain kali lak. kalo korang nak tengok gambar majlis penikahan kadir ni, sila klik DI SINI. tq. salam alaik.