Isnin, 4 Ogos 2008

majlis pernikahan Tuan Presiden...


(kadir sekeluarge...)

alhamdulillah, pada hari sabtu lepas, kitorang berempat (aku, wafi, hafiz hamzah n hafzi) sempat berkunjung ke kuala terengganu. untuk ape? untuk tengok tuan presiden kite nak bernikah la. ape lagi. haha. so, sebelum nak citer pasal akad nikah nye majlis, aku nak citer sket pasal perjalanan kitorang dulu. hihi.

act, minggu ni merupakan minggu tour pantai timur (tolak kelantan) untuk kitorang. aku drive dari umah juz after solat jumaat, menuju ke stesen LRT terminal putra. nak amik wafi n hafiz hamzah kat situ. tup2, rupenyer hafiz salah tempat daa. die tunggu kat hentian putra komuter. maybe salah aku gak kot. tak stress kan pasal LRT tuh. kah kah kah. tak pe la. tunggu punyer tunggu, bertolak la kitorang kul 4.30 petang.

drive trus. berhenti sekali kat R&R temerloh, untuk makan je. juz makan. sebab nak kejar nak jumpe abang aku. coz, die nak bertolak ke ipoh lak kul 9 malam tuh. kelam kabut gak. haha. nasib baik sempat sumer. elok je lepas hanta abang aku ke stesen bas, kitorang trus gi amik hafzi. kat belakang HTAA. lepas tu gak kitorang drive ke terengganu. but, sempat la singgah makan jap.

dari kl-kuantan, sedap la. sebab bawak KIA optima. but the rest perjalanan kitorang, pakai PERODUA kelisa jer. sebab utama, nak jimat petrol. ye la. perjalanan ni kan tong2 same2. bukannyer ditanggung. hahahaha. so, akhirnyer sampai la kitorang kat rumah ansar (umah tumpangan yang kadir sediakan). mase tuh dah kul 1.15 pg. nasib baik adik kadir ade. die la tolong bawak kunci ke umah tuh, tengah2 pagi bute tuh. thanks kadir, sediakan tempat tido kitorang. hihi. kire kitorang ni macam ngaco pengantin la gak. tapi, nak wat camner kan. ni la last can nak kaco kadir. lepas ni mesti susah nyer. orang dah ade bini. hahahahaha.

lepas dah mandi n solat, kitorang tido. sebab esok nak ke umah kadir. bertolak dari umah die. kire kitorang ni dah jadik macam rombongan pihak lelaki la. huhu. dalam kul 8.30 bertolak dari umah kadir. berkumpul lak di tempat berkumpul. kalo tak salah, umah pakcik kadir. dari situ la kitorang berkonvoi lak ke umah pengantin pompuan. aku kire2 kete yang konvoi, tak kurang 15 la. fuh, banyak betul.

majlis akad nikah nyer kul 10. kire ok la. kitorang sampai sharp kul 10. mase tu, dak2 medik kite yang datang memang kitorang 4 orang jer. so, aku mintak izin la nak duk dalam. boleh tengok majlis dengan dekat. sambil2 tuh, boleh snap gambar banyak2. fuh, sabar je la duk dalam tuh. macam kene kukus. maybe sebab tingkap tertutup kot. tapi, takpe. sebab nak amik gambar nyer hal, berpeluh pun berpeluh la. pedulik ape aku. haha.


(kadri...tok imam...wali...)

alhamdulillah, proses ijab dan kabul berjalan ngan lancar. sekali lafaz jer. power la kadir. hihi. ni mesti dah banyak kali training nih. lepas akad nikah, majlis sarung cincin lak. kelihatan kedua2 mempelai malu2 gitu. ye la. mesti la segan. sumer orang fokus kat derang kan. kalo aku pun, segan gak kot. tapi, wafi kate, kalo die, takde segan2 nyer. haha. masing2 nyer pendapat la. lepas tu, majlis makan beradab. waaawww, tengok makanan pengantin. terliur jer nak makan. mane tak nyer. ade udang besar2. act, yang tu je aku ingat. fokus sangat kat udang tuh, sampai dah lupe ape makanan lain yang dihidangkan.


(kadir menyarungkan cincin ke jari zatil...)


(ha...yang ni lak, zatil saurngkan cincin ke jari kadir...)

mase pengantin makan ni gak la, kitorang makan. dah lapar balik mase tuh. walaupun aku dah melantak due bungkus nasik minyak kat umah kadir, tetap lapar gak mase tuh. bese la. balik malaysia ni, selere naik. hihi. selesai makan, kitorang trus mintak diri nak balik. destinsai seterusnyer, kuantan balik la. hehe.


(hidangan pengantin...udang yang ade kepale nenas tu la yang aku maksudkan...)

ade satu bende yang aku agak terkilan senanyer. niat dalam hati nak sangat jumpe abe salman. lame kan tak jumpe die. kate nyer nak datang kadir arituh. tapi, sampai mase kitorang nak balik pun, die tak sampai2 lagik. so, aku trus balik kuantan. lupe lak nak call die. kot2 boleh jumpe kat umah die ke. maybe sebab dalam kepale kitorang sumer tengah fokus nak carik tempat servis kete kot. sampai lupe langsung kat abe salman kite. alahai. sedey nyer. terkilan pun ade gak. so, aku dah kene dende ngan abe salman. aku diWAJIBkan ke kenduri die. ayyark. camne nak susun jadual nih. hai2. susah tul la. apepun, insya-Allah, aku akan berusaha untuk datang kenduri die (yang shah alam je la-sebelah pompuan).

ok la. cukup tu dulu. pasal program kat kuantan, nati aku tulis lain kali lak. kalo korang nak tengok gambar majlis penikahan kadir ni, sila klik DI SINI. tq. salam alaik.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam bal...
alhmdllh, akhirnye!
3 hari aku tggu kau cerite kat cni...
smg kawen kau nnti aku ade pluang pegi. doa kami exam ok.
-isra'