Khamis, 14 Ogos 2008

Selamat Hari Jadi, Pak Tok !!! (post tertunde..hehe)


(pak tok tengah potong kek...hehe)

jumaat lepas besday baba aku. besday ke-66. but, macam sumer orang terlupe lak. ye la. mane tak nyer. abang ngah aku sebuk ngan urusan konvokesyen die. nak siap2 baju la. nak amik bini baru balik dari ipoh la. nak urus tu, nak urus ni. aku yang bukan konvo pun, habis kene kerah tenage suh buat tu, buat ni. ye la kan. famili kecik. more or less, terase la tenggungjawab sesame tu lebih sket. betul ke? betul la kot. hahahaha.



(ni la kek yang kak najah (kak ipar sulung aku) beli...)

mase hari sabtu tu la, bang long aku sms. die kate: "semalam besday baba kan?". aku pun trus tersedar dari kesebukan dunie. hehe. haah la. semalam besday baba. usually, aku yang remind abang2 aku due orang tuh. but, kali ni abang long aku lak yang teringat. hehe. tak pe la. at least ade gak orang ingat. abang ngah aku tu tak ingat langsung. siap boleh tanyer: "asal ade kek nih?". nak citer nyer sebuk tak sebuk die tuh. hihi. disebabkan hari sabtu tu (lambat sehari) baru ade yang teringat, so majlis potong kek pun terpakse la baut malam tuh. act, dulu kitorang tak penah merase buat potong2 kek ni. aku rase aku la kot yang first bawak pengaruh ni kot. hahahahahha.


(close-up buah cheri...[syazwan, nak ceri ke?])

takde ape kot aku nak citer. sebab majlis tu pun buat ringkas jer. baba aku bagi ucapan sket. then, bace doa selamat sket. pastu trus potong kek. ye la. majlis tak terancang pun. main buat jer. lagi pun kelam-kabut mase tuh. time tu gak la abang ngah aku nak amik gambar famili. time tu gak la nak potong kek. time tu gak la die dah nak bali kuantan. mane tak kelam-kabut. huru-hare jap umah aku tuh. hihi.

so, korang tengok la ye gambar anak2 sedare aku melantak kek2 tuh. act, derang tak laju sangat makan kek tuh. ye la. kek buah. cubu kek coklet. aku rase aku pun tak sempat nak rase kot. haha.


(habri tengh fokus nak telan kek tuh)


(hatim...yang ni tak yah citer la...al-maklum...hehe. hana?...)


(ilmam...hiiiii, ni la budak degil sorang tuh. geram tul la aku...hahaha)

Rabu, 13 Ogos 2008

Tahniah, bro...


(ni mase abang aku amik ijazah. dapat daripada sultan sendiri. sebab sidang 1...hehe)

ucapan setinggi-tinggi tahniah aku nak ucapkan kat abang aku, yang konvo baru-baru ni. act, die dah lame dah habis belaja. november lepas dah habis dah. tapi, konvo baru2 ni jer. Die baru je tamat Ijazah Sarjana Surgeri (Surgeri Am). Abang aku amik master ni kat UKM. empat tahun la overall. die start tahun 2004 dulu. n habis 2008 hari tuh. alhamdulillah, everything berjalan lancar. alhamdulillah.

so, aku nak citer sket la pasal baju konvo. kalo budak2 mesir, mesti kempunan nyer. haha. ye la. kat mesir kan tak sempat nak g konvo. one year after la kan. so, mesti susah nak g. secare am nyer la, suit konvo terdiri daripada due bahagian. satu, pakaian basic dalam dan due, baju jubah dan topinya.

untuk pakaian basic dalam. kalo ikut UKM, laki2 boleh pilih either nak pakai lounge suit or baju kebangsaan. untuk pompuan lak, boleh pakai baju yang menutup seluruh badan, sehingga ke kaki. hehe. abang aku terlupe nak bawak balik suit. so, last2 die pakai aku nyer suit. haha. ade gak sumbangan suit aku yer. hihi.

untuk jubah n topi, ni memang berbeza-beza antara universiti, antara fakulti, dan antara taraf ijazah. secare am nyer, sumer universiti pakai jubah n topi (motar kot name die) kecuali UIA. derang pakai songkok. but, maybe starting this year, derang pakai jubah baru, which comes with topi gak.basically, untuk universiti kat malaysia, sumer nyer mesti ade sulaman songket. tak kire la kat mane pun.

fakulti biase nyer dibezakan dengan warne jubah. yang lain biase nyer same jer. contoh la kan. fakulti sains kesihatan bersekutu (FSKB) UKM pakai warne merah jambu. kalau fakulti undang2 (FUU) UKM pakai warna hijau. n kalau fakulti kejuruteraan (FK) UKM pakai warne coklet cair. tu la antara yang aku ingat. sesetengah univ, warne baju same jer. cume maybe ade strip yang berbeze2 kaler die.

kalo nak menentukan taraf ijazah lak, bergantung pada pattern jubah n topi. basically, ade tige level ijazah kan. sarjana muda, sarjana, doktor falsafah. untuk sarjana muda, jubah plain n topi kotak (yang selalu kite tengok tu la). untuk sarjana lak, jubah die lebih2 sket (vogue sket la) dan topi kotak gak. cume, untuk sarjana kepakaran perubatan, derang dapat pakai topi doktor falsafah. maybe nak menunjukkan taraf master perubatan tu tinggi sket kot. ye la kan. belaja dah la lame giler. haha. dan last sekali untuk doktor falsafah, derang pakai jubah yang lebih power la n topi derang topi bulat.


(ni la jubah n topi untuk sarjana kepakaran perubatan..still ade strip merah jambu, mewakili fakulti perubatan)

fuh, payah gak ek nak citer kat sini. haha. ok la. cukup la dulu. nak post gambar banyak2 pun, arituh amik gune kamera abang aku. so, sumer still kat die. aku nak citer pasal besday bapak aku gak. tengok la, esok kot aku tulis pasal tuh lak. hihi.

ade satu lagik aku nak citer. pasal "alma mater". korang tau tak? aku pun baru jer tau. haha. istilah ni boleh digunakan dalam banyak bidang. tapi, yang aku nak citer kan, yang berkaitan konvo la. maksud die lebih kurang camni la. korang diizinkan memakai jubah dan topi konvo universiti yang korang graduate. sesetangah negara mengiktiraf sehingga kolej dan sekolah tinggi. contoh la kan, korang graduate dari UKM. tapi nanti mase korang keje, korang jadi pensyarah di UIA. so, mase konvo UIA, korang dizinkan memakai baju konvo UKM. sebab korang adalah alumni UKM. camtu la. cume nye, kalo nak buat camni, korang kene la beli baju jubah univ korang tuh. maybe mahal kot. hehe


(aktiviti biase lepas konvo...orang lain pun nak cube jubah konvo tu gak...hehe...btw, ni anak sedare sulong aku, hulwun nada)

ok la. lain kali aku tulis lagik. aku nak amik gambar kat abang aku dulu, baru aku nak post gambar banyak2. hahahahhahahha.

Isnin, 4 Ogos 2008

majlis pernikahan Tuan Presiden...


(kadir sekeluarge...)

alhamdulillah, pada hari sabtu lepas, kitorang berempat (aku, wafi, hafiz hamzah n hafzi) sempat berkunjung ke kuala terengganu. untuk ape? untuk tengok tuan presiden kite nak bernikah la. ape lagi. haha. so, sebelum nak citer pasal akad nikah nye majlis, aku nak citer sket pasal perjalanan kitorang dulu. hihi.

act, minggu ni merupakan minggu tour pantai timur (tolak kelantan) untuk kitorang. aku drive dari umah juz after solat jumaat, menuju ke stesen LRT terminal putra. nak amik wafi n hafiz hamzah kat situ. tup2, rupenyer hafiz salah tempat daa. die tunggu kat hentian putra komuter. maybe salah aku gak kot. tak stress kan pasal LRT tuh. kah kah kah. tak pe la. tunggu punyer tunggu, bertolak la kitorang kul 4.30 petang.

drive trus. berhenti sekali kat R&R temerloh, untuk makan je. juz makan. sebab nak kejar nak jumpe abang aku. coz, die nak bertolak ke ipoh lak kul 9 malam tuh. kelam kabut gak. haha. nasib baik sempat sumer. elok je lepas hanta abang aku ke stesen bas, kitorang trus gi amik hafzi. kat belakang HTAA. lepas tu gak kitorang drive ke terengganu. but, sempat la singgah makan jap.

dari kl-kuantan, sedap la. sebab bawak KIA optima. but the rest perjalanan kitorang, pakai PERODUA kelisa jer. sebab utama, nak jimat petrol. ye la. perjalanan ni kan tong2 same2. bukannyer ditanggung. hahahaha. so, akhirnyer sampai la kitorang kat rumah ansar (umah tumpangan yang kadir sediakan). mase tuh dah kul 1.15 pg. nasib baik adik kadir ade. die la tolong bawak kunci ke umah tuh, tengah2 pagi bute tuh. thanks kadir, sediakan tempat tido kitorang. hihi. kire kitorang ni macam ngaco pengantin la gak. tapi, nak wat camner kan. ni la last can nak kaco kadir. lepas ni mesti susah nyer. orang dah ade bini. hahahahaha.

lepas dah mandi n solat, kitorang tido. sebab esok nak ke umah kadir. bertolak dari umah die. kire kitorang ni dah jadik macam rombongan pihak lelaki la. huhu. dalam kul 8.30 bertolak dari umah kadir. berkumpul lak di tempat berkumpul. kalo tak salah, umah pakcik kadir. dari situ la kitorang berkonvoi lak ke umah pengantin pompuan. aku kire2 kete yang konvoi, tak kurang 15 la. fuh, banyak betul.

majlis akad nikah nyer kul 10. kire ok la. kitorang sampai sharp kul 10. mase tu, dak2 medik kite yang datang memang kitorang 4 orang jer. so, aku mintak izin la nak duk dalam. boleh tengok majlis dengan dekat. sambil2 tuh, boleh snap gambar banyak2. fuh, sabar je la duk dalam tuh. macam kene kukus. maybe sebab tingkap tertutup kot. tapi, takpe. sebab nak amik gambar nyer hal, berpeluh pun berpeluh la. pedulik ape aku. haha.


(kadri...tok imam...wali...)

alhamdulillah, proses ijab dan kabul berjalan ngan lancar. sekali lafaz jer. power la kadir. hihi. ni mesti dah banyak kali training nih. lepas akad nikah, majlis sarung cincin lak. kelihatan kedua2 mempelai malu2 gitu. ye la. mesti la segan. sumer orang fokus kat derang kan. kalo aku pun, segan gak kot. tapi, wafi kate, kalo die, takde segan2 nyer. haha. masing2 nyer pendapat la. lepas tu, majlis makan beradab. waaawww, tengok makanan pengantin. terliur jer nak makan. mane tak nyer. ade udang besar2. act, yang tu je aku ingat. fokus sangat kat udang tuh, sampai dah lupe ape makanan lain yang dihidangkan.


(kadir menyarungkan cincin ke jari zatil...)


(ha...yang ni lak, zatil saurngkan cincin ke jari kadir...)

mase pengantin makan ni gak la, kitorang makan. dah lapar balik mase tuh. walaupun aku dah melantak due bungkus nasik minyak kat umah kadir, tetap lapar gak mase tuh. bese la. balik malaysia ni, selere naik. hihi. selesai makan, kitorang trus mintak diri nak balik. destinsai seterusnyer, kuantan balik la. hehe.


(hidangan pengantin...udang yang ade kepale nenas tu la yang aku maksudkan...)

ade satu bende yang aku agak terkilan senanyer. niat dalam hati nak sangat jumpe abe salman. lame kan tak jumpe die. kate nyer nak datang kadir arituh. tapi, sampai mase kitorang nak balik pun, die tak sampai2 lagik. so, aku trus balik kuantan. lupe lak nak call die. kot2 boleh jumpe kat umah die ke. maybe sebab dalam kepale kitorang sumer tengah fokus nak carik tempat servis kete kot. sampai lupe langsung kat abe salman kite. alahai. sedey nyer. terkilan pun ade gak. so, aku dah kene dende ngan abe salman. aku diWAJIBkan ke kenduri die. ayyark. camne nak susun jadual nih. hai2. susah tul la. apepun, insya-Allah, aku akan berusaha untuk datang kenduri die (yang shah alam je la-sebelah pompuan).

ok la. cukup tu dulu. pasal program kat kuantan, nati aku tulis lain kali lak. kalo korang nak tengok gambar majlis penikahan kadir ni, sila klik DI SINI. tq. salam alaik.

Selasa, 29 Julai 2008

gambar2 menarik...hehe...

kali ni nak post gambar2 menarik jer. due hari takde internet, rase macam lame giler. haha. so, act aku nak post gambar2 yang aku amik sejak due hari lepas.


(panoramic view dari KENMS, IIUM. ni mase tengah tunggu abang aku ngaja dak2 second year Acc. tuh. bosan2, snap gambar la. hihi)


(ni la gambar aku adik-beradik 4 orang. gambar ni nampak lame, bukan sebab aku buat effect. memang amik dari gambar lame. kiri sekali, abang sulung aku, Hafiz Majdi. gambar ni mase die tengah buat master kat UK. yang kedua tu abang second aku, Islah Munjih. gambar ni mase die tengah buat MBBCh kat cairo. yang third tu abang aku yang ketige la, Kifah Munqiz. gambar mase die tingkatan 4 kalo tak salah. die dah takde dah. Al-Fatihah buat arwah. dan last sekali tuh, aku, Iqbalmunauwir. amik gambar ni mase aku tingkatan 5. hihi. same tak muke kitorang adik-beradik?)


(ni la anak sedare aku yang paling kecik setakat nih. insya-allah coming soon ade yang lain. ameenn. hehe. name die Muhammad Hasin Nazih. baru 8 bulan nak masuk 9 bulan. tapi, buas die ngalahkan orang besar)


(ni Nazih gak. tengah nyenyak tido. snap gambar pakai flash. nasib baik die tak jage. kalo tak. penat lak la nak tidokan balik. hihi. die ni memang suke tido dalam buai. maybe sebab rase secure kot. ye la, kiri kanan ade bende. hihi)


(ni tige beradik anak abang long aku. tige dari bawah. derang lime beradik sumer nyer. kalo korang perasan la. yang laki2, sumer cerah2 belake. yang pompuan, gelap sket. but, gelap2 manis. hihi. dari kiri: Muhammad Hasin Nazih, Hana Nahla n Muhammad Habri Naqi. Name pelik2 kan. Thanks tu ayah aku la. Die yang carik name2 nih. hihi.)


(ni gambar close-up bunge kat umah aku. dalam banyak2 gambar close-up, aku rase yang ni je la lawa. hehe. bukan ape, sebab nampak sekali titis2 air tuh. tu yang nampak macam best tuh. ni sumer amatur. dalam proses belaja lagik. insya-Allah, nanti lawa2 la kot. aku malas nak edit senanyer. tak berape pandai pakai adobe. tu yang susah sket tuh. hehe)

ok la. nanti ade lagik bende aku nak post, aku post la yer. seminggu ni aku sebuk sket. jadi P.A. abang aku. ye la. kan die terseliuh kaki hari tuh. so, aku pun takde bende nak buat. tolong2 die la. hihi. doakan die cepat sembuh yer. ameeeeee, ya rabb. salam

Jumaat, 25 Julai 2008

keluar jam 8, balik jam 11...

semalam merupakan hari yang paling panjang semenjak aku balik ke malaysia. mane tak nyer. keluar jam lapam, balik jam sebelas. tu la tajuk aku kali nih. sori la, takde gambar. bateri kamera habis da...

so, mule nak citer. pagi2, jam 8 aku kuar ke klinik kesihatan putrajaya. g untuk observe bagi hari ketige. hari ni boleh dikatakan one of the best day la, sepanjang tige hari aku kat KKPJ. dapat tengok diabetic foot care. dapat gak tengok camne nak wat wound dressing. pastu ade lak orang nak buang wart. dapat tengok camner nak wat ECG. canggih giler a. hehe. last sekali dapat tengok camne nak wat fundal exam, gune mesin yang sangat moden. thanks kepade kak ju yang tak jemu cerite camner nak buat foot care. thanks gak kepada abang kamal n kak jana kat bilik prosedur. opsss, lupe lak. encik rozman gak, yang tolong terang pasal fundoscopy. thanks to all of u.

semalam aku duk kat KKPJ setengah hari jer. sebab petang tuh, ade program dengan adek2 di INTEC. so, kene la gi. dah duk pun dekat jer ngan shah alam. hehe. ingatkan nak gi trus jer dari putrajaya. but, tibe lak mak aku tepon, kate ade barang tertinggal kat dalam kete yang aku bawak tuh. so, terpakse la aku patah balik ke umah aku dulu, sebelum aku gi shah alam. nasib baik umah ngan putrajaya dekat jer.

dari rumah, aku trus bergerak ke shah alam. sampai shah alam, singgah umah waruq dulu. jiran kilang proton. hehe. duk jap umah waruq. minum2, solat sumer. then trus bergerak ke INTEC. ingatkan kitorang dah lambat. sebab, kalo ikut janji, kul 2.30 start. but, sampai2, pintu dewan pun tak bukak lagik. hehe. biase la tuh kan. akhirnyer, program tuh start dalam kul 3.15 n berakhir jam 6.00. haha lame giler. sian dak2 tuh. mesti penat. tak pe la. sekali sekali kan.

habis program, makan mee goreng yang derang sediakan. aku dengan selambe dan muke tak malunyer, menambah sebanyak due kali. hahahaha. sejak balik mesia ni, selera makan memang naik. lepas tuh apest ajak aku gi makan secret recipes haha. so, aku pun makan la cheeze choc. hehe. sedap gak la. tapi sedey gak la. bateri kamera habis. kalo tak mesti aku dah amik gambar habis2an.

habis makan kat secret recipe, dah maghrib. kitorang memang cadang nak gi umah ustazah fadhilah. ayep memang nak join. but, die balik umah die dulu jap. ayep suh kitorang semayang kat masjid azhariah. dekat ngan area secret recipe tu katenyer. but, mane la aku tau kat mane. last2, aku semayang je la kat masjid hidayah. memang ni je la masjid yang aku tau kat shah alam. lagi satu yang aku tau, masjid negeri. haha.

lepas semayang, kitorang gi umah ustazah fadhilah. lame tak jumpe die. hehe. gi tu pun saje jer. alang2 dah dekat, baik gi je trus kan. so, kitorang duk la kat umah ustazah sampai kul 10. then bergerak balik. kalo ikut nyer, aku kene hantar balik waruq. tapi, hamdan dengan baik hatinyer menawarkan untuk hantar waruq. so, aku tak payah la singgah umah die. juz straight to putrajaya untuk hantar apest. risau gak. takut2 sesat lagik. dah la malam2.

last2 aku sesat gak. mase nak balik sorang2 tuh. aku masuk jalan mane ntah. nasib baik aku tak speed. masuk jalan mati. kalo tak, mau nyer aku terlanggar bukit kat hujung tuh. hahahaha. akhirnyer aku dpat gak jumpe jalan yang aku nak amik. alhamdulillah, sampai di rumah ngan selamat tepat jam 11 malam.

Rabu, 23 Julai 2008

hari ke-2 di KKPJ ...

mari bercerite tentang perjalanan hari ni. hehe. saje nak kongsi pengalaman ngan korang.

hari ni aku kuar umah lambat sket. sebab, semalam aku sampai awal kat KKPj tuh, n aku kene menunggu apest lak. so, ingatkan kuar lambat boleh la sampai same2 ngan apest. tup2. aku gak yang sampai dulu. haha. pk2 balik. ye la. lambat kuar umah pun, lambat 5 minit jer. haha. lawak tul la. sementare menunggu apest tuh, sempat gak la snap beberape gambar.


(Hadirnya Sinar Cahaya...ewah...hehe)


(bajet nak wat perspektif view. tak jadi la pulak. hihi)


(ni pun same. tak jadik gak)

once apest sampai, kitorang gi unit rehabilitasi. kirenyer, mostly ari ni duk kat situ jer la. ntah. satu sebab tak tau nak g mane. then, kebetulan ramai lak patient yang ade appointment. n kak eirniza memang peramah dan bersedie nak menerangkan. tu yang seronok tuh. tambah lak, ari ni ade 'visiting' physiotherapist dari hospital putarajaya datang. so, boleh la jugak tengok kes2 physiotherapy.

ok. citer sket la beberape kes yang aku rase menarik. satunyer, ade kes kebas2 n lenguh kaki. so, kalo ikut kak eirniza, derang akan buat wax then buat electrical stimulation dan kemudian buat stretch exercise. so. dapat la tengok 2 orang makcik ni buat bende ni. wax tuh kene celup 7 kali, then tunggu 20 minit. untuk electrical stimulation tuh, 30 minit. then stretch exercise 15 minit. nasib baik makcik tu berdue. so, boleh la gak derang bersembang. kalo tak, mesti bosan giler nyer.

pastu ade satu lagik kes ni, kes stress. die stress sampai muscle kat bahu belakang die (trapezius) bengkak dan sakit. so, untuk yang ni, kak eirniza tu bagi hot pack dan kemudian electrical stimulation gak. basically, ikut kak eirniza, die kate derang akan bagi hot stimulation. wax ke. hot pack ke. ikut kesesuaian. then bagi electrical stimulation. tapi, kalo ade bengkak, tak leh la. yang ni kene bagi ice. sebab, bengkak tu sendiri memang panas. cam tu la lebih kurang. aku pun tak fous sangat mase die cakap. ngantuk sey. haha.

oppsss. lupe lak nak citer. kak eirniza ni merupakan seorang jurupulih carakerja (occupational therapist). die memang tetap la kat sini. yang visiting, jurulatih fizikal. betul ke istilah ni? ntah. hentam je la.

ade la beberape kes lain gak. tapi aku rase lebih kurang jer. so, tak yah citer la. lepas duk kat unit rehabilitasi sampai kul 11. kitorang naik atas gi bilik prosedur. sedih giler. bilik tu kosong mase tuh. hai2. sabar je la. ingat baru nak tengok wound dressing ke, ecg ke. tak pe la. takde rezeki la tuh. so, pk punyer pk. dah tak tau nak wat ape, last2 kitorang decide untuk balik umah la.

ni yang best nih. konon nyer nak hantar apest balik umah makcik die. die la yang nak tunjuk jalan. pusing punyer pusing, tak jumpe jalan nak masuk dengkil tuh. konon nak buat suprise la. hehe. tup2, sesat. ki ki ki. last2, aku hantar die balik ke klinik kesihatan. sebab memang makcik die nak amik kul 1.30 tuh. so, sementare sesat tuh, sempat gak la amik beberapa shot gambar. apest yang amik. aku drive. so. sile la menjamu mate korang tengok ke'futuristik'an nyer bangunan2 kat putrajaya. haha.


(ni ntah amende tah. yang aku tau kat sebelah kanan tuh ade pejabat MAS. kalo korang perasan, ade macam pembinaan nun jauh di belakang tuh kan? perasan tak? tu derang tengah nak bine masjid besi)


(ni bangunan kementerian kewangan. nampak macam bangunan ni senget kan. caya la)


(perspective view. fokus ke arah jabatan perdana menteri)

(bangunan kementerian pertanian dan industri asas tani)


(ni pun same kot. ntah la. tak perasan biler apest snap)


tu je la kot untuk kali nih. lain kali la pulak. ingat nak amik gambar banyak lagik. tapi, panas sangat la. tengahari bute duk dalam kancil yang takde pendingin hawa (ke penghawa dingin?). so, tu je la. ngarut jer aku nih.

Selasa, 22 Julai 2008

pengalaman pertama ...

kali ni nak citer pengalaman masuk klinik kesihatan pulak. hari ni aku gi masuk klinik kesihatan putrajaya. follow orang jer senanyer. aku nyer attachment tak start lagik. bulan lapan nanti. so, sementara ade peluang kosong ni, follow2 la orang. mane2 tempat pun tak kesah la. asal dapat timba ilmu dan pengalaman. hehe.

aku ikut apest jer. mak cik die, Dr Hamimah, keje kat situ. tu yang boleh masuk tu. kalo tak, sori la yer. hihi. but, hari ni ngan esok, Dr Hamimah still mc lagik. so, kitorang duk ngan Dr Zainal. grad Al-Azhar Univ 1994. best gak dapat jumpe super2 senior nih. boleh sembang2. amik2 pengalaman. hihi.

hari ni banyak duk dalam bilik Dr Zainal jer. pastu ade la kejap, gi tempat amik darah. tengok camne akak2 nurse tu amik darah orang. hehe. seronok gak. ye la. sebelum2 ni tak penah lagik tengok live kan. ni first time la kirenyer.

then, lepas duk kat tempat amik darah, kitorang gi tempat rehabilitasi n fisioterapi lak. kat sini jumpe ngan kak eirniza. die ni jurupulih pekerjaan. lebih kurang camtu la kot bunyinyer. tak tangkap sangat gak mase die cakap tadik. mase kitorang sampai, ramai patient dah balik. ade la sorang brader nih je tinggal. die staff gak kat KKPJ tu. kaki die patah main ragbi. dah operate pasang skru n dah buang dah. tibe2 patah balik. so jadik luke besar la die nyer kaki. kak eirniza suh rendam dalam silicone oil. katenyer banyak oksigen n boleh cepatkan sembuh luke tuh.

lepas makan n solat sumer, aku pun balik la. dah tak larat nak tunggu. haha. esok insya-Allah g lagik. maybe nak g bilik prosedur lak. nak tengok ape2 prosedur yang boleh tengok. amik2 pengalaman.

tadi, before balik, sempat jumpe Dr Hamidah balik. kitorang tanyer, takde labour ke kat sini. die kate, sini takde. tapi kalo nak, nanti die arrange ngan kawan die. nak. nak. nak. hehe.

thanks so much sumer pegawai2 kat KKPJ. memang seronok dapat berkenalan ngan korang. hopefully, aku dapat la amik ape2 yang bergune untuk keperluan nak jadik Dr nanti. ameeennn.