Jumaat, 20 Julai 2007

Mari menjaga kebersihan dan kecantikan gigi...Hehe


"Bilakah kali terakhir anda menggosok gigi hari ini? Pagi tadi? Sebelum sembahyang Jumaat? Balik dari sembahyang Jumaat?” Daripada jawapan anda ini, anda boleh menilai sendiri sejauh mana anda menghargai kebersihan dan kecantikan gigi anda. Kadang-kala kita terlepas pandang tentang hal yang penting ini (walaupun gigi memang kite tak boleh tengok terus, tengok dalam cermin boleh la).
Sebaik sahaja kita boleh memegang sesuatu, kita sudah mula diajar bagaimana untuk memegang berus gigi. Bukan untuk bermain atau mematahkannya. Tetapi untuk menggosok gigi kita. Ini menunjukkan betapa ibu bapa kita inginkan kita menjadi seorang yang amat menghargai kebersihan gigi. Masuk ke sekolah rendah pula, kita diajar cara menggosok gigi yang betul. Tentu anda ingat lagi. Duduk di tepi longkang, sambil jururawat dari Klinik Pergigian menunjukkan cara menggosokkan diri menggunakan model gigi raksasa. Haha.
Bagi sesetengah orang, menggosok gigi sahaja belum cukup untuk membersihkan gigi. Ada yang memerlukan floss, benang sintetik untuk membuang sisa-sisa makanan di celah-celah gigi. Ada juga yang memerlukan cecair kumur mulut, yang bertujuan untuk membunuh kuman yang terdapat didalam mulut.
“Saya selalu gosok gigi, tapi kenape masih kuning?” Haaa. Kalau inilah masalah anda. Jangan la risau. Warna gigi kita biasanya memang mempunyai sedikit variasi dalam warna putihnya. Sangat jarang nak jumpe orang yang mempunyai gigi yang betul-betul putih. Banyak faktor yang menyebabkan variasai ini. Antaranya minuman seperti kopi. Kalau anda banyak minum kopi, mesti gigi anda mula menguning. Merokok juga boleh menyebabkan gigi anda menguning. Genetik juga ada memainkan peranan. “Tapi, takkan takde penyelesaian?” Ada. Anda boleh membuat prosedur polishing di mana-mana klinik gigi. Ingat. Polishing, bukan Cleaning. Kalau anda takde masa, anda boleh beli teeth polisher di mana-mana farmasi. Kemudian, polish la gigi anda.
Semua yang saya cerita diatas adalah cara moden dalam menjaga kebersihan dan kecantikan gigi kita. Sebenarnya, dari zaman dahulu lagi, kebersihan gigi amat dipentingkan. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri menganjurkan penjagaan kebersihan dan kecantikan gigi dengan bersugi. Dengan menggunakan kayu khas, iaitu kayu sugi, anda hanya perlu menggosok gigi menggunakan kayu berkenaan. Disamping membersihkan gigi, bersugi juga mampu menguatkan gigi. Dengan bersugi juga, anda tidak memerlukan ubat gigi. Hehe. Bersugi juga tidak memerlukan anda untuk berkumur (untuk membersihkan saki-baki ubat gigi). So, boleh la anda bersugi dimana-mana pada bila-bila masa.
Akhir kata, tak kisah la cara mana yang anda pilih untuk menjaga kebersihan dan kecantikan gigi. Yang penting, anda akan terus menjaganya. Bersama memelihara kebersihan dan kecantikan gigi kita, anugerah tak terhingga dari Ilahi.

Tiada ulasan: