Ahad, 16 Mac 2008

Ma3assalamah wa Ilal Liqa'...

Hai...due tige minggu ni, ade je abang2 or akak2 yang dah nak balik Malaysia. Tapi, kali ni derang balik terus la. Ye la. Dah habis kene la balik. Nak kene berkhidmat kepade masyarakat lak. Betul tak? So, kire nyer post kali ni kau nak citer sket pasal mereka yang dah balik n akan balik.

Hari Selase due minggu lepas, 4 Mac, due orang abang ni balik dulu. Abang Abai (Baihaqi) n Abang Zuhdi (Zuhdi). Derang balik naik Etihad Airways. Kebetulan lak Selase tu memang aku takde kelas. So, aku pun gi la hanta derang kat airport la. Actually, tige hari sebelum tu, abang2 nih dah datang kawasan umah aku. Jumpe adik2. Hehe.

(kapal terbang ni ke derang naik ? ntah la. Tapi, syarikat ni la.)

Sedih x ?...Mesti la. Sebab kitorang boleh kate rapat gak la. Sebab mase aku sampai dulu, derang baru tahun tige. Dan mase tu kitorang tak ramai. Masuk batch aku ade la dalam 50 orang kot laki pompuan. So, boleh kenal rapat la antara satu same lain, walaupun derang senanyer bukan satu U dengan aku. Hehe.

(Abang Abai n Abang Zuhdi)

Semalam lak, tige orang akak lak balik. Kak Min (Farah Yasmin), Kak Wani (Hazwani Johari) n Kak Sarah (Siti Sarah). Ha, yang ni memang satu U ngan aku. Thank you very much akak2 ye. Banyak derang tolong kitorang senanyer. Especially, dalam bab2 nak pilih buku. Huhu.

(Kak Min, Kak Sarah, Kak Maz, Kak Wani dan Kak Masyitah)

Tapi, yang ni aku tak hanta sampai airport. Aku juz hanta derang naik van jer. Aku tunggu kat umah Kak Min. Then, naik van tu ke umah Kak Wani lak. Lepas tu aku balik umah balik. Derang gi singgah DMAK (Dewan Malaysia Abbasia Kaherah) nak amik Kak Sarah. Then derang trus ke airport. Derang naik penerbangan lain lak. Egypt Air. Haha.

(ni la penerbangan paling murah dan paling ‘best’ kat Mesir ni. Haha)


(kesian Kak Min. Nak balik naik Singapore Airline. Tapi, tak de orang nak join. Kene la naik Egypt Air gak. Huhu)

Sebab ape aku tak hanta?...Hurrmmm. Ntah la. Aku pun tak tau gak exactly sebab ape aku tak hanta sampai airport. Maybe, satu : sebab aku malas. Due : sebab budak2 pompuan pun dah ramai nak hanta. Segan lak nak menyebuk. Haha. Bagus la derang. Kire full-house la yang hanta. Seisi umah Kak Min dan seisi umah Kak Wani. Tapi, tak seisi umah Kak Sarah la. Kalo seisi umah Kak Sarah, kene sewa 10-20 bas kot. (Kak Sarah duk DMAK – asrama budak melayu kat Mesir)

(bangunan kuning tu la DMAK)

Next week lak, ade due orang lagik akak2 yang nak balik. Kak Maz (Mazra) n Kak Masyitah (Masyitah). Sorang Cairo U, sorang U Ain Shams.

(Ma3assalamah wa Ilal Liqa’…kelihatan Kak Maz tengah tolong Kak Min)

Hurrmmm…abang2 n akak2 ni dah settle dah pengajian derang kat sini. Aku due tahun lagik. Ameeennnn. Apepun, aku doakan yang terbaik untuk u all ye. Tapi, jangan lupe lak doakan kitorang gak. Akhirnye, selamat berkhidmat. Kahwin nanti jangan lupe jemput lak…Hehe.

Salam.

Jumaat, 14 Mac 2008

BUKU : Asas-asas Islam; FASAL 1 : Agama Islam.

[ini adalah ringkasan daripada buku Asas-asas Islam, karangan Abu ‘Ala Al-Maududi. Kalo nak full version, sile klik DOWNLOAD atau BACA disini…Hehe]

Bagaimana Islam mendapat namanya…

Islam tidak menyandarkan namanya kepada seseorang atau sesuatu. Islam mendapat namanya berdasarkan sifat yang ingin dimaksudkan melalui perkataan Islam itu. Tidak seperti Yahudi, yang menyandarkan nama agama mereka kepada nama satu kabilah Yahuda. Tidak juga seperti agama Masehi yang menyandarkan nama agama itu kepada Al-Masih a.s. Dan tidak juga seperti Buddha yang menyandarkan nama agam tersebut kepada pengasas dan penyampainya, Gautama Buddha.

Makna perkataan Islam…

“Tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan larangan-Nya tanpa bantahan”

Hakikat Islam…

Apa sahaja yang menurut suruhan Allah dan tidak melanggari apa yang dilarangi-Nya, maka mereka adalah Muslim dari segi fitrahnya. Ini tidak mewakili manusia sahaja. Semua kejadian di alam semesta ini tertakluk dengan tafsiran ini. Samada bumi, angin, air, hujan, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Bahkan, sekiranya manusia itu mengingkari suruhan Allah, hakikatnya dia sedang memaksa lidah, fikiran anggota dan sebagainya untuk tidak menurut fitrah yang telah Allah tetapkan.

Namun, manusia diberikan kelebihan oleh Allah untuk memilih jalannya sendiri. Maka, dengan itu, kita akan dapat melihat dua golongan manusia.

PERTAMA: Golongan yang menjadikan kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah) sama seiringan dengan kehidupan fitrahnya (jabbariah) yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Mereka mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya dengan kehendak mereka sendiri, dan bertepatan dengan apa yang telah Allah tetapkan untuk mereka.

KEDUA: Golongan yang lahirnya Muslim, tetapi mengingkari kewujudan dan kekuasaan Allah. Mengingkari suruhannya dan melanggari larangannya. Mereka inilah orang kafir, dengan erti tutup, dinding dan terlindung.

Faedah-faedah Islam…
  • Islam memberi kebebasan kepada penganutnya untuk menuntut ilmu, dan berfikir berdasarkan ilmu yang diperolehinya.
  • Dengan kefahaman Islam yang sebenar, ia akan memandu manusia dalam pelbagai bidang, samada bidang sains, sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan sebagainya.
  • Islam juga mengarahkan penganutnya untuk mengamalkan budi pekerti mulia, seperti benar, jujur, takut kepada Allah dan sbeagainya.
  • Adalah mustahil bagi seorangmulim yang sbenar untuk hidup dalam kehinaan didunia ini. Ini adalah antara kelebihan Islam.
  • Diakhirat pula, dijanjikan bagi muslim itu taman-taman syurga.

Kemudaratan kufur dan Kesan-kesannya…
  • Kufur adalah kejahilan yang hakiki. Kejahilan manakah yang lebih hina daripada jahil mengenal Tuhan?
  • Kufur juga adalah satu kezaliman yang besar. Tiada kezaliman yang lebih besar daripada menzalimi diri daripada hakikatnya.
  • Kufur juga adalah satu pemesongan, penentangan, pengingkaran dan kekejian yang dilakukan terhadap peraturan Allah.
  • Tiadalah dengan mengingkari Allah itu, akan membawa mudarat kepada-Nya.
  • Manusia yang ingkar kepada Allah, akan menyesali semua yang dilakukan itu pada hari menghadap Allah nanti.
  • Semua penyelewengannya – samada yang kecil atau yang besar – akan diadili dan disaksikan di hadapan mahkamah Allah. Dan tiadalah melainkan tangan, kaki, mata, telinga dan seluruh anggota tubuhnyalah yang akan menjadi saksi terhadapnya kelak.
Sekian. Jumpa lagi di'post' akan datang.

Rabu, 12 Mac 2008

Tahniah untuk adik2 di KISAS...

Untuk semalam dan hari ni, keputusan untuk 3 peperiksaan besar di Malaysia telah diumumkan. STPM semalam dan SPM dan STAM hari ni. So, post aku kali ni aku nak tujukan khusus untuk pelajar2 KISAS (kire adik2 aku la ni) yang amik exam2 tuh.

First skali, tahniah kepade semua. Tak kire la dapat staraight A1s ke tak untuk SPM. Dapat 5PA ke tak untuk STPM. Atau dapat MUMTAZ ke tak untuk STAM. Yang penting korang dah buat sehabis baik, dan inilah natijahnye. Tak dilupe juge kepade cikgu2 yang pastinye bertungkus-lumus dan mengorbankan pelbagai perkare demi menjamin kecemerlangan dan kegemilangan adik2 ni. Mak ayah pun ade jase jugak (aku hampir terlupe lak nak tulis yang ni). Ye la, kan doa mak ayah tu paling maqbul. Jugak kepade pekerje2 dan pegawai2 sampingan, yang turut serta memastikan kegemilangan kali ini menjadi realiti. Tahniah sekali lagi kepade semua.

Walaupun keputusan STPM tidak begitu memancarkan warnanye, namun semuanyer tu tetap menjadi kebanggan kami. Hehe. Tahniah la kat sorang tu yang dapat 5 Prinsipal. Aku tak dapat nak carik name die. 


(sebahagian adik2 yang bergembira semase keputusan STPM diumumkan)

Untuk STAM lak, tahniah la. Sebab daripada 13 calon, alhamdulillah 8 daripadanye mendapat MUMTAZ. Dan tahniah khas aku untuk adik Mohd Azrul Azuan, Presiden BADAR KISAS 2007, yang merupakan pelajar terbaik STAM KISAS 2007.

Apepun, keputusan SPM yang nampaknye sukup memberangsangkan. Seramai 25 orang mendapat straight A1s. 17 daripada aliran sains, dan 8 daripada aliran agama. Memang ramai giler la. Aku rase ni rekod paling ramai kot. Tak tau la. Sebab mase result2 SPM lepas tahun aku, aku tak amik tau sangat. Ye la. Kan aku duk kat oversea. Paper jarang nak citer pasal KISAS. Teringat result SPM aku dulu. 6 orang jer dapat straigth A1s. Sorang je lak tuh yang dari aliran agame. Yang lain sumenyer aliran sains. Tahniah la korang. Hehe.

(gambar mase hari keputusan SPM diumumkan. Aku tak tau saper tuh. Aku amik gambar ni kat http://web.kisas.my)

Tak lupe gak yang dapat straight As. Ade 87 sumernyer. 69 aliran sains, 18 aliran agame. Kire banyak gak la. cume aku tak pasti la ni kire rekod paling banyak ke tak. Tak kesah la rekod ke tak. Yang penting cemerlang. Huhu.

Purata Gred Keseluruhan (PGK) untuk KISAS lak 1.67. Kire ok la tuh kan. Hopefully KISAS boleh jadik terbaik SBP la tahun ni. Ameeennn. Cume satu jer aku sedih. Setakat yang aku dapat tau, takde sorang pun budak KISAS jadi pelajar terbaik kebangsaan. Samada SPM, STPM or STAM. Tak tau la betul ke tak berite nih. Hehe.

Ok la. Tahniah sekali lagik untuk semua. Mesti semua dah berpenat-lelah dan sekarang hasilnyer dah dapat.

"FASTAQIM KAMA UMIRTA"

Selasa, 11 Mac 2008

Cikgu Hasimah...lame tak dengar khabar...

Aku post lagik. Banyak la pulak post aku dalam sehari ni. Tetibe je rase seronok nak menulis. Haha. Actually, post kali ni aku nak tujukan khas untuk Cikgu Hasimah binti Azit. Dah lame sangat aku tak dengar khabar dari beliau. Dan kebetulan, sehari due lepas aku terjumpe id YM beliau di YahooGroup ALKIS. So, aku pun add la. Ni pun sebenarnyer, baru jer lepas chat dengan beliau.

So, mule2 aku nak citer sket la pasal beliau. Cikgu Hasimah ni ajar aku Biologi mase aku Tingkatan 4 dulu. Kat mane lagik, kalo bukan kat Bumi Waqafan. KISAS la. Mule2 belajar dengan beliau, memang rase takut. Sebab nampak macam garang. Tapi, bile dah lame dengan beliau, rase seronok lak. Beliau seorang guru yang sangat memahami pelajarnye. Dan kadang2 ade jugak lawak2 yang lahir dari mulut beliau.

Tapi, kuharapkan hujan hingga ke petang, rupanya gerimis di tengahari. Sebab sekejap jer beliau ajar kitorang, dah nak berpindah. Berpindah ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. So, memang sedih sangat2. Ye la. Baru je nak kenal rapat, dah nak pindah lak. Apepun, terime je la. Semua tu kan ketentuan Allah. Manusia merancang, Allah jua yang menentukan.

Sejak beliau berpindah, boleh kate tak berhubung langsung. Ye la. Nak carik kat maner. Takkan la nak gune Talian Kasih. Tu pun kalo ade lagik. Rasenyer dah takde. Hehe. So, memendam je la perasaan ni, nak jumpe balik cikgu2 yang pernah ajar aku dulu. Aku memang nekad. Kalo macamane susah sekali pun, aku nak jugak jumpe balik cikgu2 aku nih. Kalo bukan sekarang, mungkin mase aku dah kerje nanti.

Buat akhirnyer, aku nak ucapkan berbilion2 terima kasih kepade Cikgu Hasimah. Walaupun sekejap beliau mengajar kitorang, tapi pengenalan awal itulah yang mendorong dan menggalakkan aku untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu, terutamanya dalam bidang medik ni. Dan tahniah jugak untuk Cikgu. Dengar kate dah dapat due orang cucu. Mesti comel. Hehe.

Ok la. Bye

Janji mesti ditunaikan...

Post kali ni kau tak nak membebel panjang. Aku juz nak tunaikan ape yang aku dah janji dalam post sebelum ni. Mesti korang tak ingat kan. Aku janji nak letak gambar2 dalam post akan datang (post kali ni la). So, hope u guys enjot la ye nengok gambar2 nih...

(ni la Mustasyfa Yabani - lebih dikenali sebagai Hospital Kanak-kanak Merah)



(ni lak Mustasyfa Abou Rish - kitorang panggil Hospital Kanak-kanak Putih)


 (ni Centre for Social and Preventive Medicine - tempat kuliah Paeds aku. Kalo korang perasan, bangunan yang bercamtum sebelah tu la Mustasyfa Yabani. Btw, tu abang aku le. Bukan aku)



(ni pun abang aku gak. Haha. Kat belakang die tuh, Hospital O&G. Tapi, tak siap lagi la. Tak merase la aku gune hospital baru ni. Waaaa...)



(satu lagi hospital. Tertinggal lak nak letak kat atas. Yang ni Hopital Internal Medicine. Aku buat round Clinical Medicine kat sini la.)



(last gambar untuk kali nih. Ni NECTR. kitorang panggil Markaz Sumum [tosik]. Tapi kitorang bukannye amik kelas Toxic ke, Forensic ke kat sini. Kitorang amik kelas O&G. Pelik tak? Tak. Sebab ni Mesir. Hehe)

Ok la. Dah la kot. Kang aku buh semue gambar, dah takde gamabr lak nak letak lepas ni. Haha. Ye la, aku ni bukannyer rajin sangat amik gambar. Sebab tu aku cilok abang aku nyer jer. Sori ye Angah. Haha.

Bye.

Kehidupan aku di tahun lime...

Hehe. Memandangkan aku dah lame tak update, so aku nak citer sket la ape yang telah aku lalui sepanjang tempoh aku menyepi tuh. Harap2 korang seronok la ye membace. Haha.

Actually, aku dah start aku nyer tahun lime sejak 16 sept tahun lepas. Sekarang ni pun aku dah masuk round ke empat. Tinggal satu round je lagik. Then, aku habis la tahun lime, dan menunggu masuk tahun enam lak. Hehe. Setiap round kejap jer. Sebulan setengah, or 6 minggu. Jangan terkeliru la kalo korang ade dengar sistem lain. Sebab aku memang batch terakhir gune sistem lame ni kat Cairo Univ. Budak2 bawah aku gune sistem lain. Dan aku tak nak citer sistem derang. Huhu.

Kalo korang nak tau, tahun ni aku ade 5 round. 3 round besar (habis kire markah tahun ni gak) n 2 round kecik (markah bawak ke tahun enam). Start2 dulu, aku mule dengan Clinical Medicine. Markah sket jer. 22 markah. Nampak memang tak banyak, sebab ni bukannyer subjek tahun lime. Subjek tahun enam sebenarnyer. So, markah ni akan di tambah ke tahun depan nyer la. Ni tahun kedua aku amik Clinical Medicine. Sebab tahun lepas pun aku dah amik gak. Seronok gak. Memeningkan kepale nak berbicare ngan pakcik2, makcik2, abang2, kakak2, adik2 Arab. Kadang2 naik penign kepale aku nak carik vocab arab. Haha.

Lepas jer round Clinical Medicine, aku masuk lak Paediatric. Ni pun seronok gak. Satu, sebab bende baru. Kedue, sebab buat kat hospital luar. At least, dapat jugak aku merasai laluan lain. Kalo tak, asyik2 cross sungai nil tu je la. Haha. Satu lagi bende seronok, kene berlari2 antara due hospital. Kitorang nyer Paediatric Hospital ade due, tapi sebelah menyebelah la. Pagi, aku kene gi lecture kat Markaz Wiqaie (Preventive Centre). Then, aku kene gi Mustaysfa Yabani (kitorang panggil hospital merah) untuk tengok kes. Ade la satu due hari aku kene berlari ke Mustasyfa Abou Rish (hospital putih). Gambar nanti la aku letak.

Habis jer Paediatric, aku masuk round O&G lak. yang ni kene masuk kitorang nyer Main Hospital balik la. Actually, ni pon second tme aku amik O&G. Sebab tahun lepas aku dah amik gak. So, takde la aku terkial-kial sangat mase mule2 masuk round tuh. Cume nak kene refresh balik la. Mase round ni, ade satu bende aku suke buat. Aku suke duk kat Istiqbal (Emergency kot translation die). Mase ni la aku boleh tengok delivery, CS dan lain2 la. Tapi, tengok je la. Buat tak leh. Bende ni tak wajib. Aku je yang saje2 gi situ.

Dan sekarang ni, aku dalam round Clinical Surgery. Dan ni pon kali kedue gak la. Tahun lepas dah amik. Round ni macam boleh nak kate "rehat" la. Mane tak nyer. Bayangkan. Aku kelas 3 kali jer seminggu. Tu pun dari pukul 9 sampai 11 jer. Then, habis. Seronokkan. Hehe. Tapi, ni Wehdah (unit) aku je la. Sebab ade jer wehdah yang lime or enam kali seminggu. Tapi, aku suke buat bende2 lain mase2 free tuh. Setakat ni, aku suke ikut wehdah kawan aku. Sebab, wehdah die memang tiap2 hari. Esok pun cuti ni. Aku ingat nak gi tengok surgery. Tapi, kes yang ade tak berape best la. Biopsy untuk lipoma, abdominal swelling. Pastu ade kes parotid swelling. Tengok la camner esok. Hopefully, aku rajin la nak gi. Huhu.

Ok la. Rasenyer cukup la dulu. Nanti aku detailkan sket2 lagik yer. Aku baru nak amik2 gambar sket2. Hehe.

Opss, lupe lak. Hujung bulan ni aku habis Surgery, n masuk Community Medicine III lak. Yang ni, aku citer bile tibe mase nyer la yer. Tu pon kalo ade bende2 menarik nak citer la...Haha.

Ok la...Jumpe lagik lain kali. Bye.

Mane la aku menghilang...

Hehe.Mesti ramai yang terkejut. Ye la. Dekat2 setengah tahun aku tak update langsung aku nyer blog nih. Tetibe jer, ade post baru kan. Ntah la. Aku pun tak tau kenape aku macam tak de hati je nak meneruskan blog ni. Ye la. Kadang2 tu takde idea nak tulis aper. Kadang lak, dah ade idea n dah duk depan komputer. Tetibe jer rase macam malas lak nak menaip. Hurrmmm. Maybe aku ni tak sesuai jadik blogger kot. Tapi, kadang2 aku rase nak jugak berkongsi sesuatu ngan korang semue kat luar tuh...Haha.

Ape pun, maybe aku takkan tutup blog ni. Cume, aku mungkin takkan selalu update. Harap2nyer, aku akan update lebih kerap la lepas ni. At least, tak la sampai setengah tahun sekali...Hahahaha. So, untuk mule-mule ni (ceh: kene gune ayat macam nak start blog balik la pulak), aku citer pasal belajar la kot. Aku buat post asing la ek. Sile la bace kalo nak. Bye