Jumaat, 14 Mac 2008

BUKU : Asas-asas Islam; FASAL 1 : Agama Islam.

[ini adalah ringkasan daripada buku Asas-asas Islam, karangan Abu ‘Ala Al-Maududi. Kalo nak full version, sile klik DOWNLOAD atau BACA disini…Hehe]

Bagaimana Islam mendapat namanya…

Islam tidak menyandarkan namanya kepada seseorang atau sesuatu. Islam mendapat namanya berdasarkan sifat yang ingin dimaksudkan melalui perkataan Islam itu. Tidak seperti Yahudi, yang menyandarkan nama agama mereka kepada nama satu kabilah Yahuda. Tidak juga seperti agama Masehi yang menyandarkan nama agama itu kepada Al-Masih a.s. Dan tidak juga seperti Buddha yang menyandarkan nama agam tersebut kepada pengasas dan penyampainya, Gautama Buddha.

Makna perkataan Islam…

“Tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan larangan-Nya tanpa bantahan”

Hakikat Islam…

Apa sahaja yang menurut suruhan Allah dan tidak melanggari apa yang dilarangi-Nya, maka mereka adalah Muslim dari segi fitrahnya. Ini tidak mewakili manusia sahaja. Semua kejadian di alam semesta ini tertakluk dengan tafsiran ini. Samada bumi, angin, air, hujan, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Bahkan, sekiranya manusia itu mengingkari suruhan Allah, hakikatnya dia sedang memaksa lidah, fikiran anggota dan sebagainya untuk tidak menurut fitrah yang telah Allah tetapkan.

Namun, manusia diberikan kelebihan oleh Allah untuk memilih jalannya sendiri. Maka, dengan itu, kita akan dapat melihat dua golongan manusia.

PERTAMA: Golongan yang menjadikan kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah) sama seiringan dengan kehidupan fitrahnya (jabbariah) yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Mereka mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya dengan kehendak mereka sendiri, dan bertepatan dengan apa yang telah Allah tetapkan untuk mereka.

KEDUA: Golongan yang lahirnya Muslim, tetapi mengingkari kewujudan dan kekuasaan Allah. Mengingkari suruhannya dan melanggari larangannya. Mereka inilah orang kafir, dengan erti tutup, dinding dan terlindung.

Faedah-faedah Islam…
  • Islam memberi kebebasan kepada penganutnya untuk menuntut ilmu, dan berfikir berdasarkan ilmu yang diperolehinya.
  • Dengan kefahaman Islam yang sebenar, ia akan memandu manusia dalam pelbagai bidang, samada bidang sains, sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan sebagainya.
  • Islam juga mengarahkan penganutnya untuk mengamalkan budi pekerti mulia, seperti benar, jujur, takut kepada Allah dan sbeagainya.
  • Adalah mustahil bagi seorangmulim yang sbenar untuk hidup dalam kehinaan didunia ini. Ini adalah antara kelebihan Islam.
  • Diakhirat pula, dijanjikan bagi muslim itu taman-taman syurga.

Kemudaratan kufur dan Kesan-kesannya…
  • Kufur adalah kejahilan yang hakiki. Kejahilan manakah yang lebih hina daripada jahil mengenal Tuhan?
  • Kufur juga adalah satu kezaliman yang besar. Tiada kezaliman yang lebih besar daripada menzalimi diri daripada hakikatnya.
  • Kufur juga adalah satu pemesongan, penentangan, pengingkaran dan kekejian yang dilakukan terhadap peraturan Allah.
  • Tiadalah dengan mengingkari Allah itu, akan membawa mudarat kepada-Nya.
  • Manusia yang ingkar kepada Allah, akan menyesali semua yang dilakukan itu pada hari menghadap Allah nanti.
  • Semua penyelewengannya – samada yang kecil atau yang besar – akan diadili dan disaksikan di hadapan mahkamah Allah. Dan tiadalah melainkan tangan, kaki, mata, telinga dan seluruh anggota tubuhnyalah yang akan menjadi saksi terhadapnya kelak.
Sekian. Jumpa lagi di'post' akan datang.

Tiada ulasan: