Rabu, 12 Mac 2008

Tahniah untuk adik2 di KISAS...

Untuk semalam dan hari ni, keputusan untuk 3 peperiksaan besar di Malaysia telah diumumkan. STPM semalam dan SPM dan STAM hari ni. So, post aku kali ni aku nak tujukan khusus untuk pelajar2 KISAS (kire adik2 aku la ni) yang amik exam2 tuh.

First skali, tahniah kepade semua. Tak kire la dapat staraight A1s ke tak untuk SPM. Dapat 5PA ke tak untuk STPM. Atau dapat MUMTAZ ke tak untuk STAM. Yang penting korang dah buat sehabis baik, dan inilah natijahnye. Tak dilupe juge kepade cikgu2 yang pastinye bertungkus-lumus dan mengorbankan pelbagai perkare demi menjamin kecemerlangan dan kegemilangan adik2 ni. Mak ayah pun ade jase jugak (aku hampir terlupe lak nak tulis yang ni). Ye la, kan doa mak ayah tu paling maqbul. Jugak kepade pekerje2 dan pegawai2 sampingan, yang turut serta memastikan kegemilangan kali ini menjadi realiti. Tahniah sekali lagi kepade semua.

Walaupun keputusan STPM tidak begitu memancarkan warnanye, namun semuanyer tu tetap menjadi kebanggan kami. Hehe. Tahniah la kat sorang tu yang dapat 5 Prinsipal. Aku tak dapat nak carik name die. 


(sebahagian adik2 yang bergembira semase keputusan STPM diumumkan)

Untuk STAM lak, tahniah la. Sebab daripada 13 calon, alhamdulillah 8 daripadanye mendapat MUMTAZ. Dan tahniah khas aku untuk adik Mohd Azrul Azuan, Presiden BADAR KISAS 2007, yang merupakan pelajar terbaik STAM KISAS 2007.

Apepun, keputusan SPM yang nampaknye sukup memberangsangkan. Seramai 25 orang mendapat straight A1s. 17 daripada aliran sains, dan 8 daripada aliran agama. Memang ramai giler la. Aku rase ni rekod paling ramai kot. Tak tau la. Sebab mase result2 SPM lepas tahun aku, aku tak amik tau sangat. Ye la. Kan aku duk kat oversea. Paper jarang nak citer pasal KISAS. Teringat result SPM aku dulu. 6 orang jer dapat straigth A1s. Sorang je lak tuh yang dari aliran agame. Yang lain sumenyer aliran sains. Tahniah la korang. Hehe.

(gambar mase hari keputusan SPM diumumkan. Aku tak tau saper tuh. Aku amik gambar ni kat http://web.kisas.my)

Tak lupe gak yang dapat straight As. Ade 87 sumernyer. 69 aliran sains, 18 aliran agame. Kire banyak gak la. cume aku tak pasti la ni kire rekod paling banyak ke tak. Tak kesah la rekod ke tak. Yang penting cemerlang. Huhu.

Purata Gred Keseluruhan (PGK) untuk KISAS lak 1.67. Kire ok la tuh kan. Hopefully KISAS boleh jadik terbaik SBP la tahun ni. Ameeennn. Cume satu jer aku sedih. Setakat yang aku dapat tau, takde sorang pun budak KISAS jadi pelajar terbaik kebangsaan. Samada SPM, STPM or STAM. Tak tau la betul ke tak berite nih. Hehe.

Ok la. Tahniah sekali lagik untuk semua. Mesti semua dah berpenat-lelah dan sekarang hasilnyer dah dapat.

"FASTAQIM KAMA UMIRTA"

Tiada ulasan: