Ahad, 20 Julai 2008

mohon doa semua...

Salam. Takde idea sena nyer nak tulis pasal aper. So, juz nak mintak korang sumer doakan agar sakit kaki abang aku baik dengan segera. kesian aku tengok die.

Actually camni, abang aku terjatuh pokok rambutan tadi. Konon nyer nak amik buah rambutan untuk anak2 la. jatuh la pulak. terhentak lak kat tumit. so, sekang ni memang nak tekan bahagian tumit tu pun payah. nak berdiri pun susah giler.

so, doa2kan la abang aku yer. mudah2an dengan doa2 kalian semua, abang aku dapat kembali pulih sepenuhnyer, dengan segera. ameeeen, ya rabb.

sedikit pesanan untuk semua. mak aku kate, due time yang memang tak sesuai nak panjat pokok. time tenghari n time senja. aku tak tau la scientific reasons die. tapi, entah la. tu la petua orang tue2. lagi satu, kalo panjat pokok rambutan, ingat2 dalam kepale. dahan2 pokok rambutan mudah patah. tak macam pokok manggis. dahan die liat giler (kecuali yang dah tua la). so, kalo nak pijak mane2 dahan pokok rambutan, please make sure yang dahan tu keras dan mampu menampung berat badan anda. korang boleh goyang2kan dahan tu untuk tau die kuat ke tak.

tu je la kot pesanan untuk mase ni. haha. sekali lagik. mintak doa yer sumer. mudah2an Allah segera memulihkan kembali kaki yang cedera itu. AMEEEEENNN, YA RABB. RABBUNA YASHFIKK. AMEEENN.

Rabu, 16 Julai 2008

neck tie Alumni Kolej Islam (ALKIS) ...

hehe. post ni aku buat untuk semua sahabat-sahabat seKISAS aku. haha. kali ni aku nak asabiyyah sket. sori la yer. selame ni orang jer yang suke cakap aku ni budak KISAS. kali ni, aku sendiri nak ngaku aku dak KISAS. hahaha.

actually, post kali ni aku tujukan khas untuk Yeop, yang jauh nun di Ukraine sane. Ha, yeop. aku buat post khusus untuk ko tau. tak rase terharu ke?

aku nak promote neck tie Alumni Kolej Islam (Malaya, Klang dan Sultan Alam Shah). Neck tie ni dah dilancarkan lame gak aku rase. cume aku baru berkesempatan nak beli baru ni, mase aku gi jalan2 ke KISAS. kebetulan lak ade clip tie baru (kaler hitam). aku memang suke tul kaler hitam2 nih. orang kate nampak exclusive. ntah la. ikut korang la yer nak cakap aper. so, kawan2 seKISAS yang belum beli, sile la beli yer. walaupun harge die agak mahal (RM 50 tuh), tapi kire ok la kot. nak beli pun satu jer kan. takkan nak beli sepuluh kot. haha.


(gambar emergency. amik pun kat kerusi rotan umah aku. tak sempat nak pk tempat2 menarik dan kreatif. sori2. tengok dapat dalam bekas eksklusif tuh)


(ha ni la nect tie nyer. yang hitam tuh clip tie. nampak macam lawa. tapi ntah la, kalo pakai kat tengkuk aku nih. hopefully still nampak lawa. sori la. tak sempat nak gayekan la. malas nak pakai baju kemeje. huhu)

satu lagik yang aku nak promote, hari pemakaian tie KISAS. walaupun mule2, aku rase "alamak poyonyer. orang nak buat hari pakai tie sekolah, kolej islam pun nak tiru". haha. jahat giler aku. tapi tak pe la. jawatankuasa dah setuju, so aku war2kan je la. untuk pengetahuan semua alumni kolej islam, hari pemakaian tie KISAS ialah pada hari Selase. ade maksud senanyer. Selase in arabic is at-thalatha. so, significant nyer ialah nak menunjukkan tiga kolej islam yang diwakili oleh alumni kolej islam - kolej islam malaya, kolej islam klang dan kolej islam sultan alam shah.


(ni la tie yang sepatutnyer aku kene pakai hari selase. tengok la. kalo aku rajin aku pakai la. kalo tak, aku simpan je la dalam almari. hihi)

sori la yer kepade sape2 yang rase meluat dan loya bace post aku kali ni. tapi, nak wat camner kan. dah sememangnyer aku ni bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah. so, aku rase tak salah kot kalo aku bercerite sket2 pasal sekolah aku. hahaha.

ok la. sampai jumpe lagi lain kali yer.

Sabtu, 12 Julai 2008

barakallhu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jamma' bainakuma fil kheir



mule-mule ingat macam nak buat laporan berite. pastu, kat tengah2 aku stuck tak tau nak buat ayat camner. so, susah2, aku post macam bese jer la. menggunakan bahasa melayu aku yang tunggang langgang nih. hehe.

hari ni, 12 julai 2008 merupakan hari pernikahan dan majlis perkahwinan Faaiqah dan Saufi. aku dengan happy nyer, menawarkan kepade mane2 dak laki yang nak gi umah faaiqah untuk singgah dirumah aku dulu. so, kitorang boleh gi sesame. macam ala2 konvoi la, walaupun hanyer satu kerete jer yang tibe. haha.

pagi2 lagik lepas subuh aku dah kuar mengambil orang. orang pertame yang betuah itu ialah syazwan (congratulation in advance). amik syazwan kat Hentian Kajang. Then, dalam kul 12, dzul sampai lak. kat stesen komuter UKM. elok jer nak balik, hamdan call. cakap tak berape cam jalan. untuk mengelakkan kesukaran yang lebih teruk, aku trus gi amik hamdan kat tempat die berhenti, kat depan sk integrasi bandar baru bangi. hamdan dah terlajak jalan yang sepatutnyer die masuk kanan. haha.

mule2 ingat nak tunggu shuib sekali. but, dapat2 call die dah kat umah faaiqah. kelam kabut la kitorang bersiap nak gi, sebab nak gak jumpe duk sembang2 jap kan.

sampai2 jer umah faaiqah, WAAAHHHH !!! meriah giler. dengan 12 bijik khemah. sumer betemakan warna biru laut. gempaq aaa. kaler lawa. cume biler kene sinaran tengah hari yang terik giler tuh, silau la jugak. hehe.

niat dihati, sampai2 tuh nak gi jumpe faaiqah trus. but, keadaan tak mengizinkan. ye la. orang sebuk nak make-up, kitorang sebuk lak nak jumpe. hehe. mesti lah tak dapat. so, demi nak jumpe gak faaiqah n suaminyer, kitorang tunggu la sehingga majlis menyambut pengantin tamat. bermule dengan upacara mempertemukan kedua mempelai dan berjalan beriringan. then, ade upacara menyembah hormat dari pasukan silat. then, ade makan2 lak. pastu baru la boleh nak jumpe n bergambar jap.

mase nak amik gambar batch kisas, sedey gak. dak laki yang ade mase tuh aku ngan dzul jer. yang lain datang kot, cume takde kat situ. hehe. so, ape lagik. dak2 pompuan yang ramai2 tuh suh aku n dzul jadi pengapit group derang yang ramai giler tuh. hihi.

tu jela kot yang aku mampu tulis sekang. aku penat giler haram. mane tak nyer. dah la duk kenduri tu lame giler. buat macam kenduri keluarge sendiri lak. then, balik2 jer, layan dak2 nih (apeet, hamdan, dzul, syazwan) nak semayang sumer n menyelesaikan buah2an dari kebun aku. hahahahaha. caya la korang. memang pemakan buah yang ceria. then, biler derang dah balik, abang aku ajak gi amik manggis lagik kat kebun. so, buat pertame kali dalam sejarah, aku telah berjaya menjadi pemanjat dan pemetik bauh manggis yang berjaye. haha. nasib baik tak bawak kamera. kalo tak mesti korang boleh tengok aku bergayut kat pokok tuh. hehe.

aku malas nak post gambar sekali. kalo korang nak tengok gambar kawen faaiqah yang diambil menggunekan kamera aku, sila lah ke http://picasaweb.google.com/iqbalmunauwir.abrashid/WeddingFaaiqahSaufi

Khamis, 10 Julai 2008

penat balik dari KISAS...

hari ni seharian aku berade dikisas. sekadar memenuhi jemputan daripada cikgu mariah (cikgu add math) untuk same2 berkongsi pengalaman dengan adik2. hehe. banyak ke pengalaman aku? boleh la kot. walau pun merepek2 jer pun cakap tadi...

kuar umah kul 8.30 pagi. ni setelah mak aku tahan supaye jangan kuar awal2. jem katenyer. betul gak. sampai jer kat kisas dah kul 9.30 pagi. actually, awal lagi daripada mase yang berjanji. sebab cikgu suh masuk tige kelas die. 501, 508 dan 509. masing-masing kul 12.05, kul 2.05 dan kul 3.15.

aku senanyer kesian kat adek2 aku kat kisas tuh. mane tak nyer. kelas hari2 sampai kul 3.50 petang. ade la gap kul 1.02 sampai kul 2.05. but, nak tak nak, mesti terasenyer la kepenatan tuh. dah lak tuh, tiap2 hujung minggu ade jer program yang akan berjalan. sabtu ade program masteri (memasterkan diri dalam subjek2 terpilih) dan ahad lak ade program kebitaraan (aku sendiri tak pasti ape sebenarnyer maksud kebitaraan tuh. even cikgu mariah nak terangkan pun susah. biarlah). haha.

so, aku citer sket la ape aku karutkan kat dak2 tuh tadik. kelas 501 satu nih kelas cream of the cream of the cream of the cream....(bereape banyak cream dah). cume, cikgu mariah cakap, ade satu bende jer yang kurang kat dak2 nih. "derang tak cukup strive". so, ape lagik. aku pun disuruh la bagi nasihat sket2 supaye derang strive lebih lagik. hurrrmmm. hentam jer la. aku pun bukan nyer pandai sangat nak bagi2 nasihat kat orang nih.

masuk lak kelas 508. kelas ni kalo ikut susunan, bukan lah kelas yang last. tapi, cikgu kate, performance derang sangat kurang memberangsangkan. hurrmmm. so, yang ni aku nak kene nasihat supaye derang tak rase 'down' or 'depressed'. boleh la. aku cakap la sket2 pasal nature study dan down nih. bukan down syndrome ek (budak2 yang amik paeds, jangan silap lak). hahaha.

last sekali aku masuk kelas 509. kelas ni kalo ikut susunan memang la kelas last. but, berdasarkan pemerhatian cikgu, derang ni ade semangat untuk berusaha. so, ok la. aku juz perlu nasihat supaye derang dapat maintain ape yang dernag dah buat sekarang. kalo boleh jadi lebih, lagi bagus. hehe.

overall, aku suke ngan kelas 508. ntah la. sebab aku nampak yang pompuan tak malu nak bersuare dan sebalik nyer. yang kelas2 lain ni, bile aku bukak soklan, sume diam macam batu. haha. apepun, aku harap sedikit sebanyak derang dapat la amik ape2 yang aku cakap tadik. walaupun isi nyer ntah hape2, but vhopefully derang boleh amik sesuatu. insya-Allah.

antare kelas 501 ngan 508 lapan tu ade gap jap. sempat la jalan2 keliling kisas (yang kecik ni) untuk amik beberape keping gambar. sori la adek2 yer. aku lupe lak nak amik gambar ngan korang. segan senanyer. ye la. sape la aku ni kan. hihi.

(ni amende ntah. macam tulis misi n visi. ntah. aku pun tak bace. haha)

(ni la mercu tande kisas bestari. tak tau ape kaitan die)

(mercu tanda kisas bestari dan pintu pejabat)

(objektif/matlamat kisas in arabic)

(objektif/matlamat kisas in malay)

(pemandangan bangunan sekolah dari atas jeejambat)

(pemandangan asrama putera blok A. buruk gak la. segan giler aku. haha)

(masjid diraja Sultan Sulaiman)

then aku pun balik umah kul 4.30 petang. sempat la jugak amik beberape buah buku restu lame2. sayang. derang dahnak buang. tu yang aku amik tuh. hehe

opsss. lupe lak. aku dah beli neck tie alkis. RM 50 tuh. gilak a mahal die. n aku gak sempat beli cliptie kisas yang baru, warne hitam. macho la. hehe. lepas2 ni boleh la sume alkis pakai tie hari selase (ni yang dah dipersetujui AJK Alumni KI (ALKIS).

Jumaat, 4 Julai 2008

J-Qaf???

hehe. post kali ni bukannyer aku nak citer J-Qaf tu aper. aku nak mintak tolong korang sumer senanyer. sape2 yang boleh bantu, harap dapat hubung aku ek. korang boleh call or sms aku kat +2 012 3710102. ATAU korang boleh tinggalkan komen kat post ni. ATAU kornag boleh email kat aku .

PENGENALAN tentang masalah :

akak ipar aku ni dapat J-Qaf bahasa arab ambilan 2007. so, kirenyer die sekang ni dah habis la kursus 1 1/2 tahun tuh. 7 julai ni die akan start kerje tetap. at the same school. the problem is, die kene ngajar tu kat SK seri kelebang, ipoh. her husband (abang aku la) lak keje kat UIA kuantan. so, susah la nak berulang-alik jauh.

PENYELESAIAN yang ade :

ade satu penyelesaian. iaitu, tak lain dan tak bukan untuk berpindah dari ipoh ke kuantan. but, kalo ikut prosuder, akak ipar aku kene tunggu lagi tige tahun, baru boleh pindah. aku dah tak sampai hati la nak tengok derang berjauhan. so, kalo nak pindah gak boleh, tapi dengan beberape syarat :

1) mesti sama tahun ambilan (akak ipar aku ambilan = 2007)
2) mesti sama opsyen (akak ipar aku opsyen = bahasa arab)
3) tukar atas dasar suke same suke

APE YANG AKU NAK MINTAK TOLONG dari korang sumer :

mudah jer. aku nak mintak tolong, kalo sape2 yang ade kenalan ke, sedare ke, kawan ke, or sape2 la yang tengah amik J-Qaf (ambilan 2007, opsyen bahasa arab) yang sedang mengajar di kuantan or area berdekatannyer (up to 45 minutes driving will be considered) dan nak berpindah ke ipoh, tolong bagitau aku (melalui care2 yang aku dah tulis kat atas).

RINGKASAN MAKLUMAT berkenaan akak ipar aku :

Ambilan : 2007
Opsyen : Bahasa Arab
Sekolah sekarang : SK Seri Kelebang, Ipoh
Ingin berpindah ke : Kuantan atau kawasan sekitarnya
Sebab ingin berpindah : ikut suami

untuk akhirnyer, aku ucapkan syukran jazilan yang tak terhingge kepade sape2 yang sudi untuk membantu. doakan akak ipar aku dapat cari pasangan untuk tukar ni segere. ameeeeennnnnn...

Sabtu, 28 Jun 2008

Nak gak Up-date

salam sumer. setelah sekian lame aku menyepi, akhirnya aku update gak blog aku ni. hehe. bukan ape. mase xm dulu memang la jarang giler online. elok2 je habis xm, terus cabut balik mesia. same date gak. tu la citer nyer.

so, sekang ni, aku nak gak update. walaupun, aku senanyer tak suke update tanpe gambar. but, sebab dah lame sangat tak update, aku post gak la yer. harap nyer korang tak de la bosan lak bace post tanpe gambar kali ni. haha.

nak citer nyer. aku dah selesai xm tahun lime. tige subjek sumernyer. each subjek ade written n oral. so, overall alhamdulillah. sekang ni, berserah la kepade Allah dengan sepenuh nye. mudah2an Allah berikan markah mumtaz kepade aku dan kawan2 aku. Ameeeennnnnn, Ya Rabb.

habis jer xm 23 jun ari tuh. bergegas la aku pulang ke rumah. tremco dah menunggu aku, hamdan dan izwan untuk mengambil faaiqah lak, n bawak kitorang gi ke epot. Alhamdulillah sumernyer berjalan lancar. btw, balik kali ni naik Gulf Air. singgah bahrain jap, sebelum sambung ke KL. kat bahrain sempat gak bertembung ngan beberape rombongan malaysia yang baru jer balik daripada mekah. hehe. sempat gak la buat kawan ngan pakcik2 tuh. hihi.

sampai jer kat KLIA. mak ayah aku tak sampai lagik. abang second aku memang la tak leh nak amik aku. die keje kat kuantan (btw, aku sampai ari selase). abang first aku lak kebetulan ade conference arituh. so, die pun tak leh nak amik aku. mak ayah aku je la yang datang. untuk memudahkan keje sumer (memandangkan mak aku yang tak berape sihat), aku cakap kat mak aku untuk naik atas trus, tak yah parking. aku pun tunggu je la kat luar tu. fuhhh, panas gak ek mesia nih. hihi.

sampai umah, trus punggah sumer barang. sedey tak sedey, pinggan melamin aku bawak balik, ade 4 pecah. first time sepanjang 3 kali kau bawak balik. hihi. nak wat camner, memang salah aku. lupe suh akak kat check in tuh tampal qabeel lil kasr (fragile). hahahahahhaha. buat kesalahan yang tak sepatutnyer. kahkahkahkah sekali lagik.

selain daripada yang pecah tuh, takde ape la. cumer banyak gak barang2 yang aku tertinggal. nasib baik la ade FAIZ kat mesir belum balik. boleh la aku pesan barang2 tuh kat die. thanks berjuta2 lemon ye FAIZ. lain kali boleh mintak tolong lagik. haha.

antare bende2 yang kau dah berjaye buat sepanjang 5 hari kat mesia :

1) dah berjaye masukkan streamyx kat umah aku (selesai by jumaat)
2) dah berjaye menyiapkan bilik ********* aku (hehe. kalah bilik orang kawen. kah kah)
3) dah berjaye memujuk ayah aku untuk memberi kebenaran untuk mengolah balik library kitorang.
4) dah berjaye 'baby sit' anak sedare aku yang paling kecik, Hasin Nazih.
5) dah berjaye beli satu almari cermin untuk letak kenangan kitorang sekeluarge (mak aku ade, ayah aku ade, angah ade, aku ade, along n achik nyer je yang takde lagik).
6) dah berjaye membuat satu kebun sayur2an. hehe. tengah tunggu nak dapat hasil lak.

untuk akhirnyer, just nak mintak korang sumer doakan aku dan kawan2 aku yang lain dapat kejayaan mumtaz tahun nih. ameeeennnnn, ya rabb. ameeeeeennnnn.

ok la. jumpe lagik. ni pun amik kesempatan sementare abang sulung aku n anak beranak die gi tengok konsert akil hayy n hijjaz (kat kompleks sukan bandar baru bangi). Takbirrrr....

salam

Sabtu, 7 Jun 2008

3 - 2 = 1 ...

saje refresh otak math korang. 3 tolak 2 same dengan 1. jangan nak ngade2 kate 2 jatuh lak, sebab kene tolak ngan tige. aku 'sekeh' kang sape2 yang cakap camtuh...hahaha...

ok la. senanyer aku nak cakap yang aku dah selesai due paper written untuk tahun lime nih. tu yang 3-2=1 tuh. hehe. tapi bahagian written je la. sebab oral and clinical xm tak start lagi. dah habis paper ke tige nanti baru start oral n clinical lak. doakan aku dan kawan2 aku ek.

hurrmmm. kali ni nak citer pasal exam paeds tadi lak. overall ok la. soklan tak banyak sangat. n ntah la. tak tau la nak cakap ape. ucapan "Alhamdulillah" la yang paling sesuai untuk kulafazkan.

sebelum aku postkan soklan2 yang kitorang dapat tadi (untuk tontonan kawan2 yang belum amik Paeds la), aku nak citer dulu pasal buku2 nyer. untuk Paeds, same gak macam OnG dulu. aku tak pakai buku qisim (department). Aku pakai buku Dr Mustafa Zakaria. kawan2 selain Mesir jangan terkejut lak. ye la. selalunyer, kalo sebut Paeds, mesti terlintas buku Nelson's dalam kepale korang kan. tapi, itu lah Mesir. hehe.



Ni lak buku qisim. tapi aku tak pakai. ni pun curik2 amik gambar buku Hamdan. hehe. sori, de (name singkatan Hamdan). saye amik gambar buku anta. boleh ek? thanks.



untuk latihan lak, aku gune buku Dr yang same. Act, memang dah takde pilihan lain. Dr Mustafa jer yang keluarkan buku latihan. dalam buku ni ade soklan MCQs dan soklan Problem Solving. opss, lupe lak. satu lagi buku yang aku gune untuk latihan Problem Solving. buku Dr Mohamed Hisyam Sayed.




yang belah kiri tu buku clinical senanyer. tapi, sebab rais qisim kate EMERGENCY masuk exam, so kene la bukak buku tuh. hehe.

untuk akhir nyer, sile la menatap soklan2 yang dah keluar tadik. semue jawapan aku dah padam. so, korang boleh la cube2 nak jawab. hehe.

SOALAN ESEI


SOALAN MCQs (page 1)


(page 2)


(page 3)


SOALAN PROBLEM SOLVING (page 1)


(page 2)


(page 3)


SOALAN 'IMCI' (open book exam)



ni buku untuk jawab soklan IMCI. sumer dak2 ni bawak. last2 kene tinggal kat jaga kat bawah. die fotostatkan bagi sumer budak2. nak elakkan meniru la kot. ntah la.

overall exam tadi 200 markah. 18 June ni ade xm oral n clinical lak. 200 markah jugak. 60 untuk diagnostic tools (x-ray, CT scan, blood gasses, blood pictur analysis, urine analysis dan stool analysis). baki markah untuk OSCE (Objective-Structured Clinical Examination) melingkupi 1 stesen History Taking, 2 stesen Clinical Examination, 1 stesen Investigation dan 1 stesen Mangement and Diferential Diagnoses.

"Ya Allah, Engkau kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada hamba-Mu yang lemah ini. Dan jauhkanlah aku daripada sifat2 mazmumah yang dikeji. Ameeennn, Ya Rabb."