Khamis, 23 Ogos 2007

Qari, Qariah Malaysia Juara Majlis Tilawah Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Bacaan cemerlang Qari dan Qariah Malaysia membolehkan mereka muncul johan bagi kedua-dua kategori majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 yang melabuhkan tirai, malam tadi.
Abdul Aziz yang berasal dari Johor dan Amnah dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan.
Ini kali pertama Abdul Aziz mewakili negara selepas enam kali menyertai pertandingan tilawah peringkat kebangsaan.
Qari dan qariah Indonesia, masing-masing iaitu Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga bahagian qari dimenangi peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim.
Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan ‘Insan Cemerlang Ummah Terbilang’, yang berlangsung sejak Khamis lalu.
Ulasan : Saya sanggup pulang segera dari kampung untuk menyaksikan sendiri Majlis Penutupan ini. Bukan sekadar ingin tahu pemenang-pemenang berkenaan, tapi ingin mendengar kepetahan Ustaz Mahmoud Abduh dan Saudara Mahadhir Lokman, masing-masing bertutur di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris + Perancis, sebagai pengacara majlis.
Sebenarnya, setelah saya mengimbas kembali, saya perasan sesuatu perkara. Rupa-rupanya pengacara yang saya sebutkan diatas sudah bertahun-tahun tidak berubah. Apakah tidak ada generasi muda yang mampu menjadi pelapis mereka? Dimanakah generasi-generasi muda lulusan bahasa-bahasa berkenaan? Adakah mereka tidak diberi peluang? Atau mereka sendiri menolak peluang? Entah lah. Jawapannya mungkin ada pada diri kita sendiri.
Bagi pendengar radio IKIM, mungkin mereka sering mendengar Saudari Mona Jasman mengendalikan radio berkenaan dengan menggunakan bahasa Arab. Namun, bagi saya kepetahan Ustaz Mahmoud Abduh tidak mampu ditandingi oleh Saudari Mona Jasman, sungguhpun dia berdarah Arab.
Mendengar Saudara Mahadhir Lokman berbicara dalam bahasa Perancis, terasa seolah mahu terbelit lidahnya, dan kadang-kala kepala ini diserang kepeningan. Tetapi, kelancaran bicara dan kepetahan bahasanya, menjadikannya sedap didengar. Sungguh mengagumkan.
Mendengar mereka berbicara juga dapat menambahkan 'vocab' saya sendiri, terutamanya dalam bahasa Arab. Antara yang saya masih ingat :
Bosnia Herzegovina = Bosnah wal Herzik = Bosnie Herzigovine
Malaysia = Malizia = Malaysia = Malisie
Timur Timor = Timor Sharqiyyah = Timor Laste
Pakistan = Bakistan Al-Islamiyyah = Pakiston
Akhir kalam, sebenarnya semua bahasa mempunyai keunikan masing-masing. Sungguhpun ada yang pening didengari, tetapi masih sedap apabila diamati.