Khamis, 23 Ogos 2007

Qari, Qariah Malaysia Juara Majlis Tilawah Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Bacaan cemerlang Qari dan Qariah Malaysia membolehkan mereka muncul johan bagi kedua-dua kategori majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 yang melabuhkan tirai, malam tadi.
Abdul Aziz yang berasal dari Johor dan Amnah dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan.
Ini kali pertama Abdul Aziz mewakili negara selepas enam kali menyertai pertandingan tilawah peringkat kebangsaan.
Qari dan qariah Indonesia, masing-masing iaitu Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga bahagian qari dimenangi peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim.
Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan ‘Insan Cemerlang Ummah Terbilang’, yang berlangsung sejak Khamis lalu.
Ulasan : Saya sanggup pulang segera dari kampung untuk menyaksikan sendiri Majlis Penutupan ini. Bukan sekadar ingin tahu pemenang-pemenang berkenaan, tapi ingin mendengar kepetahan Ustaz Mahmoud Abduh dan Saudara Mahadhir Lokman, masing-masing bertutur di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris + Perancis, sebagai pengacara majlis.
Sebenarnya, setelah saya mengimbas kembali, saya perasan sesuatu perkara. Rupa-rupanya pengacara yang saya sebutkan diatas sudah bertahun-tahun tidak berubah. Apakah tidak ada generasi muda yang mampu menjadi pelapis mereka? Dimanakah generasi-generasi muda lulusan bahasa-bahasa berkenaan? Adakah mereka tidak diberi peluang? Atau mereka sendiri menolak peluang? Entah lah. Jawapannya mungkin ada pada diri kita sendiri.
Bagi pendengar radio IKIM, mungkin mereka sering mendengar Saudari Mona Jasman mengendalikan radio berkenaan dengan menggunakan bahasa Arab. Namun, bagi saya kepetahan Ustaz Mahmoud Abduh tidak mampu ditandingi oleh Saudari Mona Jasman, sungguhpun dia berdarah Arab.
Mendengar Saudara Mahadhir Lokman berbicara dalam bahasa Perancis, terasa seolah mahu terbelit lidahnya, dan kadang-kala kepala ini diserang kepeningan. Tetapi, kelancaran bicara dan kepetahan bahasanya, menjadikannya sedap didengar. Sungguh mengagumkan.
Mendengar mereka berbicara juga dapat menambahkan 'vocab' saya sendiri, terutamanya dalam bahasa Arab. Antara yang saya masih ingat :
Bosnia Herzegovina = Bosnah wal Herzik = Bosnie Herzigovine
Malaysia = Malizia = Malaysia = Malisie
Timur Timor = Timor Sharqiyyah = Timor Laste
Pakistan = Bakistan Al-Islamiyyah = Pakiston
Akhir kalam, sebenarnya semua bahasa mempunyai keunikan masing-masing. Sungguhpun ada yang pening didengari, tetapi masih sedap apabila diamati.

Selasa, 24 Julai 2007

Johor, Sarawak johan tilawah kebangsaan

Oleh MD. ZAN SAARI (Utusan Malaysia, 24 Julai 2007)

MELAKA 23 Julai – Qari dari Johor, Aziz Mustakim dan qariah Sarawak, Amnah Ayup muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-50 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini malam ini.
Mereka menewaskan 27 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula Khamis lepas.
Aziz yang memperoleh markah 79 peratus, menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang Dipertua negeri, Tun Khalil Yaakob.
Johan qariah pula, Amnah Ayup yang berjaya memungut markah 82.67 peratus, turut menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
Naib johan qari bagi tilawah tahun ini dimenangi peserta Wilayah Persekutuan, Amirahman Abas yang berjaya memungut markah 79 peratus.
Tempat ketiga dimenangi qari Pahang, Zul Hasyimi Mohamaed Yunus dengan beza markah 1.3 peratus sahaja daripada Aziz dan Amirahman apabila memungut 78.33 peratus markah.
Bagi kategori qariah, naib juara dimenangi graduan Universiti Tenaga Nasional, Syarifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang memungut 78.667 peratus markah manakala tempat ketiga dimenangi Raziyati Mohd. Ali dari Terengganu yang mengutip markah 76.33 peratus.

Jumaat, 20 Julai 2007

Mari menjaga kebersihan dan kecantikan gigi...Hehe


"Bilakah kali terakhir anda menggosok gigi hari ini? Pagi tadi? Sebelum sembahyang Jumaat? Balik dari sembahyang Jumaat?” Daripada jawapan anda ini, anda boleh menilai sendiri sejauh mana anda menghargai kebersihan dan kecantikan gigi anda. Kadang-kala kita terlepas pandang tentang hal yang penting ini (walaupun gigi memang kite tak boleh tengok terus, tengok dalam cermin boleh la).
Sebaik sahaja kita boleh memegang sesuatu, kita sudah mula diajar bagaimana untuk memegang berus gigi. Bukan untuk bermain atau mematahkannya. Tetapi untuk menggosok gigi kita. Ini menunjukkan betapa ibu bapa kita inginkan kita menjadi seorang yang amat menghargai kebersihan gigi. Masuk ke sekolah rendah pula, kita diajar cara menggosok gigi yang betul. Tentu anda ingat lagi. Duduk di tepi longkang, sambil jururawat dari Klinik Pergigian menunjukkan cara menggosokkan diri menggunakan model gigi raksasa. Haha.
Bagi sesetengah orang, menggosok gigi sahaja belum cukup untuk membersihkan gigi. Ada yang memerlukan floss, benang sintetik untuk membuang sisa-sisa makanan di celah-celah gigi. Ada juga yang memerlukan cecair kumur mulut, yang bertujuan untuk membunuh kuman yang terdapat didalam mulut.
“Saya selalu gosok gigi, tapi kenape masih kuning?” Haaa. Kalau inilah masalah anda. Jangan la risau. Warna gigi kita biasanya memang mempunyai sedikit variasi dalam warna putihnya. Sangat jarang nak jumpe orang yang mempunyai gigi yang betul-betul putih. Banyak faktor yang menyebabkan variasai ini. Antaranya minuman seperti kopi. Kalau anda banyak minum kopi, mesti gigi anda mula menguning. Merokok juga boleh menyebabkan gigi anda menguning. Genetik juga ada memainkan peranan. “Tapi, takkan takde penyelesaian?” Ada. Anda boleh membuat prosedur polishing di mana-mana klinik gigi. Ingat. Polishing, bukan Cleaning. Kalau anda takde masa, anda boleh beli teeth polisher di mana-mana farmasi. Kemudian, polish la gigi anda.
Semua yang saya cerita diatas adalah cara moden dalam menjaga kebersihan dan kecantikan gigi kita. Sebenarnya, dari zaman dahulu lagi, kebersihan gigi amat dipentingkan. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri menganjurkan penjagaan kebersihan dan kecantikan gigi dengan bersugi. Dengan menggunakan kayu khas, iaitu kayu sugi, anda hanya perlu menggosok gigi menggunakan kayu berkenaan. Disamping membersihkan gigi, bersugi juga mampu menguatkan gigi. Dengan bersugi juga, anda tidak memerlukan ubat gigi. Hehe. Bersugi juga tidak memerlukan anda untuk berkumur (untuk membersihkan saki-baki ubat gigi). So, boleh la anda bersugi dimana-mana pada bila-bila masa.
Akhir kata, tak kisah la cara mana yang anda pilih untuk menjaga kebersihan dan kecantikan gigi. Yang penting, anda akan terus menjaganya. Bersama memelihara kebersihan dan kecantikan gigi kita, anugerah tak terhingga dari Ilahi.

Khamis, 19 Julai 2007

Seronok dalam kepenatan

Fuhh...penat betul hari ni. Mane tak nyer. Pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah. Ke Kuala Lumpur, jalan-jalan around jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Gi Sogo. Pastu singgah jap kat Pertama Complex. Sambil merenung keadaan muda-mudi di ibu kota. Kononnya, nak menghilangkan bosan duduk kat rumah tu. Tapi, boleh tahan jugak bosannyer jalan-jalan. Yela. Window shopping jer. Belinyer tak. Jalan lak sorang-sorang. Hehe.
Sebenarnya, inilah kali pertama aku keluar memandu ketengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk tak ingat dunia tu seorang diri. Kalau sebelum nih, semuanye mesti bertemankan Baba atau Mama atau kedua-duanya. Cabaran memang besar. Kereta dah la banyak di atas jalanraya. Jalan pun bukannye tau sangat. Main redah jer. Takut jugak. Mate yang due ni la nak tengok kerete depan belakang, kiri kanan. Mate ini jualah nak melilau mencari papan tanda penunjuk arah. Silap-silap pandang, terlepas papan tanda, hilang lah arah. Kalau terlepas pandang kerete lain disekeliling, lagi la bahaya. Alhamdulillah, selamat jugak pergi dan kembali kerumah, walaupun tersesat jugak seketika, mase nak carik jalan dari Jalan TAR ke Shah Alam.
Kenape nak pergi Shah Alam? Ye la. Hari ni jugak, sahabiah-sahabiah dah aturkan satu pertemuan senior-junior untuk adik-adik baru di Intec, yang akan ke Mesir. Ni memang program favourite aku nih. Mane tak nyer. Cakap je. Salah sikit-sikit takpe je. Adik-adik tu bukan nyer tahu. Hahahahahahaha. Apepun, aku cube bagi yang terbaik la. Walaupun, kadang-kadang tu ade jugak terbuat lawak-lawak poyo dan mengarut. Maaf ye adik-adik. Senior korang yang sorang ni ntah bile la nak matang macam orang dewase sket. Hehe.
Habis je program kat Intec, kitorang (aku+Syafiq Tanta+Faqih Tanta+Zaid Alex+Fauwaz Tanta) gi makan ramai-ramai kat Pak Li Kopitiam. Ntah kat mane ntah si Fauwaz ni bawak. Katannye kat Seksyen 7 Shah Alam tuh. Ye la kot. Aku lak, follow je kete die. Hehe. Ye la. Tak tau, buat la care tak tau. Thanks to Fauwaz, sebab belanje makan nasi beriyani and mocha ice blended. Perghhhh. Sedap giler. Tapi, sayang tak leh nak makan banyak. Sebab, adik-adik kat Intec tadi pun dah ade jamu makanan sket. Hehe.
Habis je makan, aku pun balik la. Faqih ngan Zaid ikut aku. Sesat lagi. Siap terpakse buat U Turn kat Seksyen 18. Sebab aku bergerak kearah bertentangan yang sepatutnye aku tuju. Haha. Lastly, dapat jugak jalan yang aku carik. Dan akhirnya sampai kat persimpangan tol Kajang pukul 7.15 petang. Aku terus gi hanta Zaid kat Bangi Perdana. Tinggal aku ngan Faqih jer. Kitorang singgah sembahyang maghrib jap kat Masjid UKM. Then, meneruskan perjalanan nak hanta Faqih kat Stesen Komuter Bangi. Die nak jumpe kawan kat situ. Sampai kat situ, kawan die tak sampai lagik. Aku malas nak tunggu. So, aku pun balik trus. Sampai je rumah, trus mandi. Tak tahan aku. Seharian tak mandi. Selesai je mandi, baru la rase selesa. Baru la dapat berehat sekarang ni.
Banyak pengajaran dan iktibar aku dapat hari ni. Macam-macam la. Bagaimana nak memandu di bandar-bandar besar macam KL n Shah Alam. Macamana nak menjadi penyampai maklumat yang baik. Bagaimana nak beramah mesra sesama kite, tak kire la same umur ke, mude daripada kite ke, tua daripada kite ke. Banyak lagi la. Pandai-pandai la fikir sendiri. Huhu. Sekian untuk kali ini

Rabu, 18 Julai 2007

Masih dalam pencarian...

Baru beberapa hari lepas aku bergelar 'blogger'. Namun, kedudukan aku sebagai 'new blogger' masih belum menentu. Aku masih tercari-cari. Ini sahaja sudah menjadi cubaan ketiga aku membuka 'blog'. Apa yang aku harapkan, mudah-nudahan inilah blog yang akan menjadi wadah aku mencurahkan segala penulisan dan idea-idea aku.
Sebagai langkah pengenalan, elok juga kiranya aku memperkenalkan sedikit sebanyak berkenaan dengan diriku yang lemah ini. Aku diberi nama Iqbalmunauwir (seperti mana url blog ini). Aku dilahirkan kira-kira 22 tahun yang lalu, tepat jam enam petang 28 April, di sebuah Pusat Pakar Perbidanan dan Kanak-kanak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Aku dibesarkan didalam sebuah keluarga kecil sahaja, dengan 6 orang individu, termasuk Mama dan Babaku. Aku merupakan adik bongsu didalam keluarga. Dan kerana itulah, gelaran 'adik' masih kekal menjadi panggilan aku walaupun aku kini sudah berusia 22 tahun. Namun, aku tak kisah. Asalkan panggilan itu tidak bermaksud buruk. Aku pasrah.
Kehidupan aku sebagai adik bongsu boleh juga dikatakan seakan menjalani kehidupan sebagai abang sulung. Bukan dari segi pengalaman atau tauladan. Tetapi, dari segi keseorangan hidupku. Mana tidaknya. Umur aku dengan abang keduaku sahaja sudah berbeza 10 tahun. Apalagi dengan abang sulungku. 14 tahun bezanya. Abang aku yang ketiga tidak kusenaraikan, kerana beliau sudah kembali ke pangkuan Allah ketika aku masih dibangku sekolah rendah lagi.Kebanyakan masa sekolahku dihabiskan bersama Mama dan Babaku. Dua orang abangku itu pergi menuntut ilmu jauh diperantaun. Seorang di Lancaster, United Kingdom dan seorang di Kaherah, Egypt.
Namun kini, aku pula yang meninggalkan Mama dan Babaku, demi meneruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu. Tapi, tidak mengapa. Kerana kedua-dua abangku sudah pun tamat pengajian mereka. dan kini, mereka pula yang berada disamping Mama dan Babaku. Sungguhpun begitu, dampingan itu mungkin tidak sama seperti dampinganku. Apa tidaknya. Masing-masing sudah berkeluarga. Sudah tentu keluarga sendiri mahu didampingi oleh lelaki terpenting dalam hidup mereka.
Cukuplah sedikit pengenalan tentang diriku ini. Kalau kucerita panjang, pelik pulak rasanya. Jumpa lagi didalam 'post-post' yang akan datang.