Rabu, 18 Julai 2007

Masih dalam pencarian...

Baru beberapa hari lepas aku bergelar 'blogger'. Namun, kedudukan aku sebagai 'new blogger' masih belum menentu. Aku masih tercari-cari. Ini sahaja sudah menjadi cubaan ketiga aku membuka 'blog'. Apa yang aku harapkan, mudah-nudahan inilah blog yang akan menjadi wadah aku mencurahkan segala penulisan dan idea-idea aku.
Sebagai langkah pengenalan, elok juga kiranya aku memperkenalkan sedikit sebanyak berkenaan dengan diriku yang lemah ini. Aku diberi nama Iqbalmunauwir (seperti mana url blog ini). Aku dilahirkan kira-kira 22 tahun yang lalu, tepat jam enam petang 28 April, di sebuah Pusat Pakar Perbidanan dan Kanak-kanak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Aku dibesarkan didalam sebuah keluarga kecil sahaja, dengan 6 orang individu, termasuk Mama dan Babaku. Aku merupakan adik bongsu didalam keluarga. Dan kerana itulah, gelaran 'adik' masih kekal menjadi panggilan aku walaupun aku kini sudah berusia 22 tahun. Namun, aku tak kisah. Asalkan panggilan itu tidak bermaksud buruk. Aku pasrah.
Kehidupan aku sebagai adik bongsu boleh juga dikatakan seakan menjalani kehidupan sebagai abang sulung. Bukan dari segi pengalaman atau tauladan. Tetapi, dari segi keseorangan hidupku. Mana tidaknya. Umur aku dengan abang keduaku sahaja sudah berbeza 10 tahun. Apalagi dengan abang sulungku. 14 tahun bezanya. Abang aku yang ketiga tidak kusenaraikan, kerana beliau sudah kembali ke pangkuan Allah ketika aku masih dibangku sekolah rendah lagi.Kebanyakan masa sekolahku dihabiskan bersama Mama dan Babaku. Dua orang abangku itu pergi menuntut ilmu jauh diperantaun. Seorang di Lancaster, United Kingdom dan seorang di Kaherah, Egypt.
Namun kini, aku pula yang meninggalkan Mama dan Babaku, demi meneruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu. Tapi, tidak mengapa. Kerana kedua-dua abangku sudah pun tamat pengajian mereka. dan kini, mereka pula yang berada disamping Mama dan Babaku. Sungguhpun begitu, dampingan itu mungkin tidak sama seperti dampinganku. Apa tidaknya. Masing-masing sudah berkeluarga. Sudah tentu keluarga sendiri mahu didampingi oleh lelaki terpenting dalam hidup mereka.
Cukuplah sedikit pengenalan tentang diriku ini. Kalau kucerita panjang, pelik pulak rasanya. Jumpa lagi didalam 'post-post' yang akan datang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam alaik. Hey hey hey, kedatanganmu membawa sinar cahaya baru berpindah ke blogger pulak sekarang. Wajar ke kalau aku pun bukak blog sendiri? Hey hey hey? Salam alaik.

Iqbalmunauwir bin Ab Rashid berkata...

Haha...biase la, baru nak berjinak-jinak...jom la, join komuniti blogger :)