Memaparkan catatan dengan label maklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maklumat. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Julai 2008

J-Qaf???

hehe. post kali ni bukannyer aku nak citer J-Qaf tu aper. aku nak mintak tolong korang sumer senanyer. sape2 yang boleh bantu, harap dapat hubung aku ek. korang boleh call or sms aku kat +2 012 3710102. ATAU korang boleh tinggalkan komen kat post ni. ATAU kornag boleh email kat aku .

PENGENALAN tentang masalah :

akak ipar aku ni dapat J-Qaf bahasa arab ambilan 2007. so, kirenyer die sekang ni dah habis la kursus 1 1/2 tahun tuh. 7 julai ni die akan start kerje tetap. at the same school. the problem is, die kene ngajar tu kat SK seri kelebang, ipoh. her husband (abang aku la) lak keje kat UIA kuantan. so, susah la nak berulang-alik jauh.

PENYELESAIAN yang ade :

ade satu penyelesaian. iaitu, tak lain dan tak bukan untuk berpindah dari ipoh ke kuantan. but, kalo ikut prosuder, akak ipar aku kene tunggu lagi tige tahun, baru boleh pindah. aku dah tak sampai hati la nak tengok derang berjauhan. so, kalo nak pindah gak boleh, tapi dengan beberape syarat :

1) mesti sama tahun ambilan (akak ipar aku ambilan = 2007)
2) mesti sama opsyen (akak ipar aku opsyen = bahasa arab)
3) tukar atas dasar suke same suke

APE YANG AKU NAK MINTAK TOLONG dari korang sumer :

mudah jer. aku nak mintak tolong, kalo sape2 yang ade kenalan ke, sedare ke, kawan ke, or sape2 la yang tengah amik J-Qaf (ambilan 2007, opsyen bahasa arab) yang sedang mengajar di kuantan or area berdekatannyer (up to 45 minutes driving will be considered) dan nak berpindah ke ipoh, tolong bagitau aku (melalui care2 yang aku dah tulis kat atas).

RINGKASAN MAKLUMAT berkenaan akak ipar aku :

Ambilan : 2007
Opsyen : Bahasa Arab
Sekolah sekarang : SK Seri Kelebang, Ipoh
Ingin berpindah ke : Kuantan atau kawasan sekitarnya
Sebab ingin berpindah : ikut suami

untuk akhirnyer, aku ucapkan syukran jazilan yang tak terhingge kepade sape2 yang sudi untuk membantu. doakan akak ipar aku dapat cari pasangan untuk tukar ni segere. ameeeeennnnnn...

Selasa, 6 Mei 2008

DiTag lagik...

hai...aku senayer tengah tensen giler ni, sebab aku dah buat sesuatu yang kurang bijak pagi ni. haha. aku tak nak citer la ape bendenyer, sebab aku sendiri naik sakit hati pk bende tuh. biarlah ia menjadi rahsia hatiku. ceh2. bermain2 bahase lak die. hihi.

ok la. act, aku nyer post kali ni nak menjawab tag yang telah dipanjangkan oleh saudari raden, junior aku kat cairo u.

tag nyer begini :
I) Name 4 things that need to be invented
II) Name 4 things that should never have been invented
III) Name 3 things I do not know about you
IV) Name 5 snacks you enjoy

So, meh la kite menjawab yer. haha.

----- Start of Tag

I) Name 4 things that need to be invented

1) Bende yang boleh meletakkan negative gravity ke atas sesuatu bende (sori ek izwan, kongsi idea ko. haha). Aku tak tau istilah kat atas tu betul ke tak. So, meh aku terangkan sket ape senanyer aku nak dari bende tuh. Tujuan bende tu simple. Bile letak bende tu pada sesuatu bende lain, die akan menyebabkan bende lain tu jadi ringan OR tiada berat. Sebenarnyer bukan ape, terpk idea ni bile nak balik naik kapal terbang la. haha. kan senang kalo ade bende nih. tak payah pening2 nak pk "alamak, dah lebih berat la". haha.

2) Alat yang boleh menilai kesan2 daripada tindakan kita. macam die boleh pk la act ape bende kite nak buat. kite orang2 mude ni kan suke mencube bende2 baru. dalam erti kate lain, suke buat try n error. so, kalo ade bende nih senang sket. contoh korang nak ganti kepale paip yang rosak. belum tentu lepas repair tu ok kan. maybe sebenanyer bukan kepale paip tu yang rosak. so, kalo ade alat nih, boleh la die tolong suggest ape yang akan berlaku dengan tindakan kite tuh. haha. But, bukan nak suruh alat tu ramalkan ape yang akan berlaku. juz nak die senaraikan kemungkinan2 yang boleh berlaku. pastu, kite sendiri la kene pk. hehe.

3) Alat yang boleh menilai taraf pemakanan kite seharian. setakat yang aku tau, dah ade alat yang menilai nutrisi dalam makanan, cume kat lab n untuk satu2 makanan jer. yang aku nak, bende ni setiap orang ade, dan die akan menilai setiap makanan yang kite nak makan. contoh la, kalo hari ni kite dah makan banyak sangat garam. so, bile kite nak makan next makanan yang ade banyak garam gak, die bagi la warning. hehe. so, boleh la kurangkan masalah kesihatan, yang mana kebanyakannya berkaitan ngan pemakanan tak sihat. haha.

4) alat yang boleh memindahkan kite dari satu tempat ke satu tempat lain dengan pantas dan selamat. tak kesah la nak gune prinsip molekul ke ape. yang penting sampai cepat. nanti senang la nak post barang. hehe. atau lebih senang la nak balik mesia. kui kui kui.

II) Name 4 things that should never have been invented

Yang ni susah sket. sebab nak tulis bende yang tak patut/perlu/harus dicipta. hurrmmmmm. ntah la. kalo nak kire mesti la bende yang tak memberi manfaat langsung kat manusia ATAU membawa kemudaratan semate2. hai. ntah la. jap nak pk.

1) Rokok kot. Aku tak nampak sebarang manfaat la. tak tau la kalo ade manfaat tersembunyi. hehe. jangan mare.

2) -tak tau-

3) -tak tau gak-

4) -dan tak tau lagi-

III) Name 3 things I do not know about you

1) Abang chik aku dah lame meninggal. Tahun 1995. Mase tu aku kecik lagik. tak paham sangat bab2 ni. sekarang ni baru terase sedey. Al-Fatihah untuk Allahyarham Kifah Munqiz bin Ab Rashid (Achik).

2) Aku suke menjahit dan menghias bilik, especially bilik pengantin. haha.

3) Aku takde kakak. Tapi, aku ade due orang kakak ipar yang best giler. hehe.

IV) Name 5 snacks you enjoy

Yang aku suke, tak semestinyer yang aku selalu makan kan?...hehe

1) Doritos

2) Chipsy, tapi perase Jibnah Mutabbilah je la. yang lain tak suke.

3) Mahlabiyyah, macam dadih la kot. especially aku suke perase coklet.

4) Ice cream coklet.

5) Flutes, sejenis coklet.

----- End of Tag

ok la. tu je kot. sori la ade bende aku tak dapat nak jawab. sori bebanyak. aku malas nak tag orang lain la. lagipun, dalam tag tu tak cakap pun kene tag orang lain. hahahaha.

ok ek. kitorang kat mesir ni dah masuk musim exam. so, mintak sume doakan ek kejayaan kitorang. iA bittaufiq wannajah sumer. Ameeennnnn.

salam.

Rabu, 30 April 2008

Sorotan 5 Tahun 'Kami' di Mesir...

Ok la...sebenarnyer time aku tengah tulis post ni, aku ade satu tag yang aku kene buat. But, aku rase aku nak post bende ni dulu. Pasal tag tu kemudian sket la. Haha. Sori ek Raden.

Ok. Kali ni aku nak citer sket pasal 'kami'. Batch aku kat Mesir ni tak ramai. Start2 dulu ade 17 orang jer. 10 laki, 7 pompuan. Sebab kitorang ni tak ramai, so kitorang akan cube jaga hubungan (baca ukhuwwah) yang dah terjalin tak kurang 4 tahun ni.

So, tiap2 tahun kitorang akan buat gathering tahunan. Ape yang aku nak citer kat post kali ni, ialah berkenaan gathering2 kitorang. Termasuklah gathering terkini, pada 27 April lepas. Aku akan citer start dari kitorang first year. kalo ade gambar yang tak berape elok tu. sori la ek. Hehe.

GATHERING 1ST YEAR (2004)

Tempat : Restoran Nil, Hayyu Sabie.
Tema makanan : Makanan Thai.
Kehadiran : Semua ada.

(sori la. tak nampak sangat makanan yang kitorang makan. Hehe)

(ni gambar kat luar restoran. dalam gambar ni ustaz fawwaz pun ade. yay.)

GATHERING 2ND YEAR (2005)

Tempat : Rumah Ustaz Fawwaz (atas Masjid Hidayah).
Tema makanan : Makanan Pakistan (kot) sebab ade nasi beriyani. Haha
Kehadiran : Semua ada.

(inilah yang dikatakan makanan pakistan. haha. betul ke?. aku main hentam jer. tapi, kalo betul pun makanan pakistan, orang yang masak neyr orang mealyu la. haha.)

(sumer ade. plus us fawwaz n us mahyudin - kitorang nyer mentor)

GATHERING 3RD YEAR (2006)

Tempat : Pizza Plus, Manial.
Tema makanan : Makanan Itali, sebab makan pizza kan. Hehe
Kehadiran : Daing tak datang.

(gambar ni je la aku letak. gambar makanan tak yah la kot. pizza kat mesir ni bulat gak. takde nyer nak jadik petak lak. haha)

GATHERING 4TH YEAR (2007)

Tempat : Rumah Ustaz Fawwaz (Sayyeda Zainab).
Tema makanan : Makanan Sea Food.
Kehadiran : Semua ada.

(ni la makanan sea food kitorang. ade ikan bakar. ade sotong goreng. ade satay. ade nasik impit. ade tomyam n macam2 lagik. hurrmmm. sedapnyer)


(ni lah batch aku sumer sekali...muke masing2 dah makin matang)

GATHERING 5TH YEAR (2008)

Tempat : Rumah Adik Kadir (atas umah Kadir).
Tema makanan : Makanan Western (Fish n Chips).
Kehadiran : Lina (menyambut cahayamata di Malaysia) dan Muslim (dah balik dah).
(ini lah makanan western kitorang. tapi, western2 pun, nasik nak kene ade gak. haha. nasik goreng jer. pastu ade ayam goreng, kentang goreng, garlic bread, fish finger n nugget, doritos as chips, mashed potatoes, coleslaw, puding, lasagna, cheese cake dan macam2 lagik. hehe. kenyang tul la. alhamdulillah)


(ni gambar sumer sekali. tak lupe, us fawwaz mesti ade. hehe. aku lak pakai satu suit lengkap kemeje ngan tie. pegi kuliah pun aku tak pakai camni. rase macam overdressed lak malam tuh. kah kah kah. pedulik la. dah tema western. pakai western sket la)

(sape2 tak kenal lagik batch aku, meh nak kenalkan...
berdiri dari kiri : zawil, asma, daing, kak aniah, faaiqah, kak laili ;
duduk atas kerusi dari kiri : kadir, iqbal (aku la tuh), ustaz fawwaz, syazwan ;
duduk kat bawah : izwan, akmal, shuib, israq, hamdan, dzul [kat depan israq n hamdan])


(special appearance tahun ni. haha. siap ade belon2 dan hiasan gantung2 lagik. ki ki ki. macam nak sambut besday lak. kah kah kah)

ok la. rasenyer tu je kot gambar yang aku nak post. tahun depan insya-allah last gathering. sebelum sumer balik mesia. apepun, dah kerje nanti pun boleh buat lagik. lagipun, time tu rasenyer mesti lagi best. mase tu sumer dah ade pasangan masing2 (insya-Allah. ameennn). so, boleh la berkenal2an. hehe. ameeennnn

Ahad, 23 Mac 2008

Bon Voyage...


(Hepi je Kak Maz...Seronok ke balik???...Hehe...Kitorang la yang sedey ye...)

Post ni aku tulis khas untuk Kak Maz (Mazra) n Kak Masyitah. Juz nak ucap selamat jalan n selamat berkhidmat kepada dua orang akak2 ni. Ni kire penerbangan terakhir la - trip keempat - yang membawa budak medik mesir yang dah habis. Sedih gak semalam. Tapi, nak wat camne. Itulah ketentuan Allah.

(Due akak yang best...Kak Masyitah n Kak Maz)

Aku hanta Kak Maz jer. Tu pun bawah umah je. Sebab umah Kak Maz dekat ngan umah aku. Nasib baik datang awal. Sempat gak la nak tolong Kak Maz angkat barang2 die. "Berat gak ye beg tuh, Kak Maz ye". Untuk Kak Masyitah, salam je la yang aku boleh kirim. Sebab die bertolak dari Hayyu Asyir. Jauh sangat la nak g. Hehe.

Terime kasih banyak2 untuk kedue2nye, especially Kak Maz. Sebab Kak Maz ni satu U ngan aku. So, banyak gak la die tolong dalam pelajaran. Thanks again.

(Kak Maz n seisi rumahnye...KD, Hamizah, Hazfizah, Izzati n Azah)

Buat akhirnyer, thanks kepade jurugambar (Paan). Kalo die takde, mane la aku nak cekau gambar2 nih. Hehe. Thanks ye.

Jumaat, 21 Mac 2008

Mahrajan Ad-Dauli Al-Awwal (a.k.a. 1st International Day)

Sori kepade semua. Dah beberape hari aku tak update blog aku ni. Mane taknye, sejak 3, 4 hari lepas, aku sebuk giler ngan program anjuran U aku. MAHRAJAN AD-DAULI AL-AWWAL. Mudah translation die, 1st International Day la. Program tu ari rabu lepas. Tapi, isnin n selase tu kitorang ade rehearsal. Aku ni tak de la terlibat secare langsung dalam pengurusan program tuh. Tapi, dah junior aku mintak tolong, n aku pun rase nak tolong, so aku pun menyebuk la. (Sori Aman, aku nyebuk je)...Hehe...


(iklan yang disediakan oleh pihak U. Masjid Putra mewakili Malaysia...tak tau kenape derang pilih masjid ni)

Ok. Aku rase aku nak citer sket la pasal Mahrajan ni. Program ni ade due part. Ade booth, n ade presentation n performance. Aku boleh dikatakan terlibat secare aktif dalam booth la. Awal pagi, kul 7.45 pagi, aku tolong Aman angkat barang gi tempat pameran. Rumah Aman bawah umah aku jer. Nasib baik. Sampai2 jer, pakcik guard tempat kitorangnyer booth tak kasi masuk. die kate kul 11 baru bleh masuk. Masalah nyer, masing2 ade kelas. So, memang target nak siapkan booth sebelum kul 9. Tapi, dah pakcik ni buat hal, kul 10 baru siap set-up booth.

(Booth Malaysia dari kawasan kitorang jage. Meja kiri untuk makanan, n meja kanan untuk barangan Malaysia)

Siap je set-up, aku n Izwan berkejar gi kelas. Sepatutnye kelas start kul 9. Nasib baik Dr sampai lambat. Haha. Dalam kul 10.45, Dr sampai. Group aku ni memang semua foreigner. So, ade la sorang budak palestin ni, mintak izin kat Dr. Die mintak kitorang dikecualikan dari kelas, tapi attendance amik la. Dalam hati, aku seronok gak senanyer. "Boleh la aku jage booth lepas ni". Thanks Dr Tariq. Ade kes senanyer ari tuh. Indirect Inguinal Hernia. Nasib baik dah buat sumer history n examination. Kalo tak, mesti rugi giler.

(Ni gambar dari depan meja makanan. Yang pakai satu suit lengkap tu aku la. Kelihatan jugak Acap Zuki...Hehe)

Aku malas nak citer detail sangat ape yang terjadi sepanjang ari tuh. Sebab banyak giler kalo nak citer. Aku citer sket2 je la ye. Hehe. Berbalik pade booth kitorang. Ade tige part la. Satu part, kitorang pamerkan makanan. N makanan ni hanya untuk orang bukan Malaysia je la. Ade nasi lemak, kuih cara manis, kuih cara berlauk, kuih donut, karipap n cekodok. Satu part lain, kitorang pamerkan pamplet n bende2 berkaitan Malaysia. N the last part, kitorang letak baju2 masyarakat Malaysia. Actually, kitorang nak buat gempaq lagi. Tapi, sebab macam tergese2, ni je la yang boleh disiapkan. Hehe.

(Booth Malaysia yang tak kurang hebatnyer...yes)

Petang tu, start kul 4.15 petang, ade program dalam Conference Centre. Presentation n performance. Presentation tu buat ramai2. Thanks to all: Hafiz, Acap, Izwan, Warouq, Pikai, Raden dan semua sekali la (sori kalo tak tersebut name…Hehe). Presenter kitorang, due orang dak2 tahun satu. Tahniah untuk korang berdue, Amirul n Ulya. Korang memang best. Hehe. Pasal performance lak, Omedeto untuk adik2 tahun satu gak. Derang perform Dikir Barat. Memang best.

(Adik2 tahun 1 [Seri Segenih] tengah berdikir. Bendere2 dari kiri, dari atas : Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Sudan, Malaysia, Yemen, Bahrain, Saudi, Qatar, Eritrea, Jordan)

Secare overall nye, aku puas hati la. Lepas habis jer program, ramai kawan2 arab aku datang jumpe aku. Sumer macam kagum dengan Malaysia. “Korang takkan tak tau, Malaysia memang best la”. Antara kawan2 yang sempat aku jumpe, A’sif (Palestin), U’rwah (Palestin), Fahd (Syria), O’thman (Eritrea), Maged (Egypt) dan ramai lagi la.


(Booth Syria)


(Booth Palestin)


(Booth Saudi)


(Booth Eritrea)

(Booth Qatar)

Aku sampai umah malam tuh kul 8.15 malam. Kire ni memang rekod la, paling lame aku pakai satu suit baju melayu bersongkok dan bersampin. Almost 12 hours aku in that suit. Haha. Apepun, aku seronok giler. N kalo ade lagi tahun depan, aku rase aku akan join jugak. Akhir sekali, sebelum aku tamatkan post ni, aku nak ucapkan THANKS a lot to all the photographer; faaiqah n ehmad. TQ a lot. Hehe.

Salam.

Ahad, 16 Mac 2008

Ma3assalamah wa Ilal Liqa'...

Hai...due tige minggu ni, ade je abang2 or akak2 yang dah nak balik Malaysia. Tapi, kali ni derang balik terus la. Ye la. Dah habis kene la balik. Nak kene berkhidmat kepade masyarakat lak. Betul tak? So, kire nyer post kali ni kau nak citer sket pasal mereka yang dah balik n akan balik.

Hari Selase due minggu lepas, 4 Mac, due orang abang ni balik dulu. Abang Abai (Baihaqi) n Abang Zuhdi (Zuhdi). Derang balik naik Etihad Airways. Kebetulan lak Selase tu memang aku takde kelas. So, aku pun gi la hanta derang kat airport la. Actually, tige hari sebelum tu, abang2 nih dah datang kawasan umah aku. Jumpe adik2. Hehe.

(kapal terbang ni ke derang naik ? ntah la. Tapi, syarikat ni la.)

Sedih x ?...Mesti la. Sebab kitorang boleh kate rapat gak la. Sebab mase aku sampai dulu, derang baru tahun tige. Dan mase tu kitorang tak ramai. Masuk batch aku ade la dalam 50 orang kot laki pompuan. So, boleh kenal rapat la antara satu same lain, walaupun derang senanyer bukan satu U dengan aku. Hehe.

(Abang Abai n Abang Zuhdi)

Semalam lak, tige orang akak lak balik. Kak Min (Farah Yasmin), Kak Wani (Hazwani Johari) n Kak Sarah (Siti Sarah). Ha, yang ni memang satu U ngan aku. Thank you very much akak2 ye. Banyak derang tolong kitorang senanyer. Especially, dalam bab2 nak pilih buku. Huhu.

(Kak Min, Kak Sarah, Kak Maz, Kak Wani dan Kak Masyitah)

Tapi, yang ni aku tak hanta sampai airport. Aku juz hanta derang naik van jer. Aku tunggu kat umah Kak Min. Then, naik van tu ke umah Kak Wani lak. Lepas tu aku balik umah balik. Derang gi singgah DMAK (Dewan Malaysia Abbasia Kaherah) nak amik Kak Sarah. Then derang trus ke airport. Derang naik penerbangan lain lak. Egypt Air. Haha.

(ni la penerbangan paling murah dan paling ‘best’ kat Mesir ni. Haha)


(kesian Kak Min. Nak balik naik Singapore Airline. Tapi, tak de orang nak join. Kene la naik Egypt Air gak. Huhu)

Sebab ape aku tak hanta?...Hurrmmm. Ntah la. Aku pun tak tau gak exactly sebab ape aku tak hanta sampai airport. Maybe, satu : sebab aku malas. Due : sebab budak2 pompuan pun dah ramai nak hanta. Segan lak nak menyebuk. Haha. Bagus la derang. Kire full-house la yang hanta. Seisi umah Kak Min dan seisi umah Kak Wani. Tapi, tak seisi umah Kak Sarah la. Kalo seisi umah Kak Sarah, kene sewa 10-20 bas kot. (Kak Sarah duk DMAK – asrama budak melayu kat Mesir)

(bangunan kuning tu la DMAK)

Next week lak, ade due orang lagik akak2 yang nak balik. Kak Maz (Mazra) n Kak Masyitah (Masyitah). Sorang Cairo U, sorang U Ain Shams.

(Ma3assalamah wa Ilal Liqa’…kelihatan Kak Maz tengah tolong Kak Min)

Hurrmmm…abang2 n akak2 ni dah settle dah pengajian derang kat sini. Aku due tahun lagik. Ameeennnn. Apepun, aku doakan yang terbaik untuk u all ye. Tapi, jangan lupe lak doakan kitorang gak. Akhirnye, selamat berkhidmat. Kahwin nanti jangan lupe jemput lak…Hehe.

Salam.

Rabu, 12 Mac 2008

Tahniah untuk adik2 di KISAS...

Untuk semalam dan hari ni, keputusan untuk 3 peperiksaan besar di Malaysia telah diumumkan. STPM semalam dan SPM dan STAM hari ni. So, post aku kali ni aku nak tujukan khusus untuk pelajar2 KISAS (kire adik2 aku la ni) yang amik exam2 tuh.

First skali, tahniah kepade semua. Tak kire la dapat staraight A1s ke tak untuk SPM. Dapat 5PA ke tak untuk STPM. Atau dapat MUMTAZ ke tak untuk STAM. Yang penting korang dah buat sehabis baik, dan inilah natijahnye. Tak dilupe juge kepade cikgu2 yang pastinye bertungkus-lumus dan mengorbankan pelbagai perkare demi menjamin kecemerlangan dan kegemilangan adik2 ni. Mak ayah pun ade jase jugak (aku hampir terlupe lak nak tulis yang ni). Ye la, kan doa mak ayah tu paling maqbul. Jugak kepade pekerje2 dan pegawai2 sampingan, yang turut serta memastikan kegemilangan kali ini menjadi realiti. Tahniah sekali lagi kepade semua.

Walaupun keputusan STPM tidak begitu memancarkan warnanye, namun semuanyer tu tetap menjadi kebanggan kami. Hehe. Tahniah la kat sorang tu yang dapat 5 Prinsipal. Aku tak dapat nak carik name die. 


(sebahagian adik2 yang bergembira semase keputusan STPM diumumkan)

Untuk STAM lak, tahniah la. Sebab daripada 13 calon, alhamdulillah 8 daripadanye mendapat MUMTAZ. Dan tahniah khas aku untuk adik Mohd Azrul Azuan, Presiden BADAR KISAS 2007, yang merupakan pelajar terbaik STAM KISAS 2007.

Apepun, keputusan SPM yang nampaknye sukup memberangsangkan. Seramai 25 orang mendapat straight A1s. 17 daripada aliran sains, dan 8 daripada aliran agama. Memang ramai giler la. Aku rase ni rekod paling ramai kot. Tak tau la. Sebab mase result2 SPM lepas tahun aku, aku tak amik tau sangat. Ye la. Kan aku duk kat oversea. Paper jarang nak citer pasal KISAS. Teringat result SPM aku dulu. 6 orang jer dapat straigth A1s. Sorang je lak tuh yang dari aliran agame. Yang lain sumenyer aliran sains. Tahniah la korang. Hehe.

(gambar mase hari keputusan SPM diumumkan. Aku tak tau saper tuh. Aku amik gambar ni kat http://web.kisas.my)

Tak lupe gak yang dapat straight As. Ade 87 sumernyer. 69 aliran sains, 18 aliran agame. Kire banyak gak la. cume aku tak pasti la ni kire rekod paling banyak ke tak. Tak kesah la rekod ke tak. Yang penting cemerlang. Huhu.

Purata Gred Keseluruhan (PGK) untuk KISAS lak 1.67. Kire ok la tuh kan. Hopefully KISAS boleh jadik terbaik SBP la tahun ni. Ameeennn. Cume satu jer aku sedih. Setakat yang aku dapat tau, takde sorang pun budak KISAS jadi pelajar terbaik kebangsaan. Samada SPM, STPM or STAM. Tak tau la betul ke tak berite nih. Hehe.

Ok la. Tahniah sekali lagik untuk semua. Mesti semua dah berpenat-lelah dan sekarang hasilnyer dah dapat.

"FASTAQIM KAMA UMIRTA"

Selasa, 11 Mac 2008

Cikgu Hasimah...lame tak dengar khabar...

Aku post lagik. Banyak la pulak post aku dalam sehari ni. Tetibe je rase seronok nak menulis. Haha. Actually, post kali ni aku nak tujukan khas untuk Cikgu Hasimah binti Azit. Dah lame sangat aku tak dengar khabar dari beliau. Dan kebetulan, sehari due lepas aku terjumpe id YM beliau di YahooGroup ALKIS. So, aku pun add la. Ni pun sebenarnyer, baru jer lepas chat dengan beliau.

So, mule2 aku nak citer sket la pasal beliau. Cikgu Hasimah ni ajar aku Biologi mase aku Tingkatan 4 dulu. Kat mane lagik, kalo bukan kat Bumi Waqafan. KISAS la. Mule2 belajar dengan beliau, memang rase takut. Sebab nampak macam garang. Tapi, bile dah lame dengan beliau, rase seronok lak. Beliau seorang guru yang sangat memahami pelajarnye. Dan kadang2 ade jugak lawak2 yang lahir dari mulut beliau.

Tapi, kuharapkan hujan hingga ke petang, rupanya gerimis di tengahari. Sebab sekejap jer beliau ajar kitorang, dah nak berpindah. Berpindah ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. So, memang sedih sangat2. Ye la. Baru je nak kenal rapat, dah nak pindah lak. Apepun, terime je la. Semua tu kan ketentuan Allah. Manusia merancang, Allah jua yang menentukan.

Sejak beliau berpindah, boleh kate tak berhubung langsung. Ye la. Nak carik kat maner. Takkan la nak gune Talian Kasih. Tu pun kalo ade lagik. Rasenyer dah takde. Hehe. So, memendam je la perasaan ni, nak jumpe balik cikgu2 yang pernah ajar aku dulu. Aku memang nekad. Kalo macamane susah sekali pun, aku nak jugak jumpe balik cikgu2 aku nih. Kalo bukan sekarang, mungkin mase aku dah kerje nanti.

Buat akhirnyer, aku nak ucapkan berbilion2 terima kasih kepade Cikgu Hasimah. Walaupun sekejap beliau mengajar kitorang, tapi pengenalan awal itulah yang mendorong dan menggalakkan aku untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu, terutamanya dalam bidang medik ni. Dan tahniah jugak untuk Cikgu. Dengar kate dah dapat due orang cucu. Mesti comel. Hehe.

Ok la. Bye

Khamis, 23 Ogos 2007

Qari, Qariah Malaysia Juara Majlis Tilawah Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Bacaan cemerlang Qari dan Qariah Malaysia membolehkan mereka muncul johan bagi kedua-dua kategori majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 yang melabuhkan tirai, malam tadi.
Abdul Aziz yang berasal dari Johor dan Amnah dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan.
Ini kali pertama Abdul Aziz mewakili negara selepas enam kali menyertai pertandingan tilawah peringkat kebangsaan.
Qari dan qariah Indonesia, masing-masing iaitu Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga bahagian qari dimenangi peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim.
Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan ‘Insan Cemerlang Ummah Terbilang’, yang berlangsung sejak Khamis lalu.
Ulasan : Saya sanggup pulang segera dari kampung untuk menyaksikan sendiri Majlis Penutupan ini. Bukan sekadar ingin tahu pemenang-pemenang berkenaan, tapi ingin mendengar kepetahan Ustaz Mahmoud Abduh dan Saudara Mahadhir Lokman, masing-masing bertutur di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris + Perancis, sebagai pengacara majlis.
Sebenarnya, setelah saya mengimbas kembali, saya perasan sesuatu perkara. Rupa-rupanya pengacara yang saya sebutkan diatas sudah bertahun-tahun tidak berubah. Apakah tidak ada generasi muda yang mampu menjadi pelapis mereka? Dimanakah generasi-generasi muda lulusan bahasa-bahasa berkenaan? Adakah mereka tidak diberi peluang? Atau mereka sendiri menolak peluang? Entah lah. Jawapannya mungkin ada pada diri kita sendiri.
Bagi pendengar radio IKIM, mungkin mereka sering mendengar Saudari Mona Jasman mengendalikan radio berkenaan dengan menggunakan bahasa Arab. Namun, bagi saya kepetahan Ustaz Mahmoud Abduh tidak mampu ditandingi oleh Saudari Mona Jasman, sungguhpun dia berdarah Arab.
Mendengar Saudara Mahadhir Lokman berbicara dalam bahasa Perancis, terasa seolah mahu terbelit lidahnya, dan kadang-kala kepala ini diserang kepeningan. Tetapi, kelancaran bicara dan kepetahan bahasanya, menjadikannya sedap didengar. Sungguh mengagumkan.
Mendengar mereka berbicara juga dapat menambahkan 'vocab' saya sendiri, terutamanya dalam bahasa Arab. Antara yang saya masih ingat :
Bosnia Herzegovina = Bosnah wal Herzik = Bosnie Herzigovine
Malaysia = Malizia = Malaysia = Malisie
Timur Timor = Timor Sharqiyyah = Timor Laste
Pakistan = Bakistan Al-Islamiyyah = Pakiston
Akhir kalam, sebenarnya semua bahasa mempunyai keunikan masing-masing. Sungguhpun ada yang pening didengari, tetapi masih sedap apabila diamati.

Selasa, 24 Julai 2007

Johor, Sarawak johan tilawah kebangsaan

Oleh MD. ZAN SAARI (Utusan Malaysia, 24 Julai 2007)

MELAKA 23 Julai – Qari dari Johor, Aziz Mustakim dan qariah Sarawak, Amnah Ayup muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-50 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini malam ini.
Mereka menewaskan 27 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula Khamis lepas.
Aziz yang memperoleh markah 79 peratus, menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang Dipertua negeri, Tun Khalil Yaakob.
Johan qariah pula, Amnah Ayup yang berjaya memungut markah 82.67 peratus, turut menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
Naib johan qari bagi tilawah tahun ini dimenangi peserta Wilayah Persekutuan, Amirahman Abas yang berjaya memungut markah 79 peratus.
Tempat ketiga dimenangi qari Pahang, Zul Hasyimi Mohamaed Yunus dengan beza markah 1.3 peratus sahaja daripada Aziz dan Amirahman apabila memungut 78.33 peratus markah.
Bagi kategori qariah, naib juara dimenangi graduan Universiti Tenaga Nasional, Syarifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang memungut 78.667 peratus markah manakala tempat ketiga dimenangi Raziyati Mohd. Ali dari Terengganu yang mengutip markah 76.33 peratus.