Sabtu, 31 Mei 2008

Ape cite xm O&G ???

hai...lame tak post kat sini. last sekali pun rasenyer ade la dalam 3 minggu lepas. hehe...sebuk studi la katekan.

actually, aku baru je balik xm O&G (bace Obstetric and Gynaecology atau Sakit Puan dan Bersalin). boleh tahan la xm tadi. sistem baru la katekan. anyway, alhamdulillah dapat jawab. walaupun still rase boleh buat lebih baik. doa2 la dapat markah cemerlang. ameeennnn.

nak citer sket la ape dah jadi sepanjang 3 minggu lepas ni. actually, takde ape pun yang special berlaku. duk kurung diri kat meje studi jer. i really mean that word. "berkurung". nanti korang tengok la gambar kat bawah tu. macamane aku maksudkan ter"kurung"nyer aku kat meje studi. haha.


(ha...kan kire terkurung tuh...hehe, saje je buat susah2 nak kuar. supaye lekat sket kat meje studi)


(actually meje aku dwi-function. atas meje aku tuh, tempat aku susun buku. saje nak jimat ruang bilik. sebab aku duk berdue dalam bilik ni. tapi, sebelah jer meje tuh, meje komp aku n depan die, katil aku. hehe. pack tak kawasan aku???)


(pandangan dari depan meje studi aku. hehe. buku paeds dah tersedia dah atas meje. bile nak start studi bang oi...rehat jap je ek...lepas ni kene fokus paeds lak. kate nak jadi pakar kanak2)

nak citer sket ape yang aku kene studi. O&G ade due buku jer. satu O, satu G. btw, aku tak pakai buku yang department keluarkan. aku ade jer buku tuh. saje tak nak pakai. aku pakai buku Dr Omar Abdel Aziz n Dr Amr Hussein. sebab buku derang macam ringkas sket. n mudah nak hafal. hihi.


(ni la die buku dr amr hussein n dr omar abdel aziz. Obstetric nyer ade 256 muke surat, Gynae lak ade 226 muke surat)

tapi, untuk buat latihan soalan, aku pakai buku Dr Mahmoud Saleem. Buku die ni baru dikeluarkan khusus untuk xm sistem baru ni. pusing gak la mate aku nak menjawab soklan2 dalam buku2 tuh. untuk Obst ade 500 MCQs, 750 EMQs, 250 SAQs dan 100 Cases. Gyn pun same gak. banyak tuh gak. senanyer, EMQs tak masuk untuk sistem kali ni. tapi saje suke2 nak buat. hihi.


(ni la sumber aku buat latihan. thanks to Dr Mahmoud Saleem)

ape2 pun, buku qisim (department) kene ade gak. sebab kalo berlaku percanggahan maklumat, mesti kene gune buku qisim. satu maybe sebab buku qisim ni selalu update. dan keduanye, sebab buku qisim ni ditulis oleh ramai dr. satu dr dalam 2 or 3 topik jer.


(ni lak buku qisim yang mesti ade, sebagai sumber rujukan untuk maklumat2 yang bercanggahan. hehe)

last skali, jom citer pasal xm. xm tadi 3 jam total time die. 1 jam pertame, 80 MCQs. ok la. soklan nus-nus. ade yang susah ade yang senang. habis je sejam tuh, die kutip MCQs dan bagi kertas soklan SAQs dan Cases untuk Gyn lak. Obst nyer kertas soklan (SAQs dan Cases gak la) menyusul 1/2 jam selepas tuh. due2 ni kene hantar lepas 2 jam (bermule dari die bagi Gyn nyer tadik). mesti korang pening kepale bace ape aku tulis ni kan. haha. tu baru bace. cube korang lalui bende tu sendiri. mesti lagi best. hihi. meh aku nak bagi lagi pening. buku jawapan die pun lak, lain2. yang MCQs tu takpe la. jawab atas kertas tu gak. untuk SAQs dan Cases tuh, Obst satu buku, Gyn satu buku. naik kelam kabut aku tadik nak pusing2 jawab buku mane satu. haha. nasib baik tak tersalah.

SOALAN SAQs DAN CASES OBSTETRIC (total marks = 89)
"page 1"


"page 2"


SOALAN SAQs DAN CASES GYNAECOLOGY (total marks = 90)
"page 1"


"page 2"


MCQs tak leh la nak post, sebab die amik balik kertas soklan tuh. so, total2 sumer 90 + 89 + 80 = 259. waaaa. banyak nyer. "Ya Allah, Engkau bukakanlah hati pemeriksa2 berkenaan untuk memberikan markah yang cemerlang untuk hamba-Mu ini. Ameeennnn" Same2 la kite berdoa.

Jumaat, 16 Mei 2008

Hari Ibu dan Hari Guru...

ok. kali ni aku nak buat dedikasi2 untuk ibu2 semua dan jugak cikgu2. aku sekali kan la yer. sebab nak jimat mase la. hehe. ok2. aku buat dalam bentuk dedikasi la.

DEDIKASI 1 : UNTUK IBUKU TERSAYANG, YANG JUGA USTAZAHKU

aku tujukan dedikasi pertama ini untuk ibuku, yang juga ustazahku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah (SMKA MH), Kajang.

inilah beliau yang aku maksudkan, Ustazah Hajjah Faizah binti Haji Hashim. Beliau dah bersara dah pun. Tahun 1999 dulu. Lame dah. Actually, aku tak sempat merasa beliau mengajar. Sebab beliau mengajar Pendidikan Islam Tingkatan 3. But, mase aku Tingkatan Due, beliau dah pencen la pulak. Tak pe la. Takde rezeki kot, merase mak sendiri ngajar. Abang2 aku sumer dapat merasa. Isk Isk. Sedey. Hehe. Tapi, tak pe la. sempat merase pentadbiran beliau (dulu mak aku PK HEM kat Maahad).


(mak aku dan tiga cucunya; Hana, Hatim dan Habri)


(mak aku yang tengah tu. depan die tu, cucu sulung, Hulwunnada)


(mak aku mase datang melawat aku tige tahun lepas. yang lain2 tu rombongan die, anak2 murid tempat die ngajar)
(sori la gambar klasik, kamera filem. hehe)

DEDIKASI 2 : UNTUK GURU-GURUKU DI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH


(ni la gambar terbaru cikgu2 KISAS yang aku dapat dari laman web KISAS)

mase kat KISAS dulu, cikgu2 yang mengajar takde la ramai sangat (tak ramai pun, dekat2 20 org gak). hehe. but, boleh kate rapat ngan sumer cikgu gak. maybe sebab masuk Ko-Ko ke, tolong2 ker. antara sebab cikgu2 ramai kenal aku gak, sebab abang2 aku (sumer 3 orang) dulu belajar kat sini. siap derang dah kenal dah mak ayah aku. lagi pulak, muke aku ni macam muke abang aku yang ke-3. die meninggal mase kat sini. cikgu2 sedih sangat, kehilangan die. so, aku ni macam mengingatkan derang kat arwah la (walaupun beza umur 7 tahun). hehe. apepun, AL-FATIHAH untuk abang aku (Kifah Munqiz).

ok la. aku nak cube senaraikan cikgu2 yang ngajar aku dulu. harap2 ingat lagi name derang sumer.

tingakatan 5 :

cikgu abdul talib (BM)
cikgu YM raja shahrul bariah (BI)
ustazah aziah (BA)
ustazah rashidah (PQS)
ustazah norizah (PSI)
cikgu ch'ng (FIZIK)
cikgu harlina (KIMIA)
cikgu zalina (BIOLOGI)
cikgu sakinah (SEJARAH)
cikgu ainon (MATH MOD)
cikgu maria (MATH TAM)

tingakatan 4:

cikgu norzumalasari (BM)
cikgu azmalia (BI)
ustazah normah (BA)
ustazah rashidah (PQS)
ustazah norliah (PSI)
cikgu ch'ng (FIZIK)
cikgu harlina (KIMIA)
cikgu hasimah dan sorang lagi - tak ingat exact name (BIOLOGI)
cikgu haznah (SEJARAH)
cikgu ainon (MATH MOD)
cikgu norlida (MATH TAM)

lain-lain :

ustazah norhayati, ustazah zakiah (KUIZ BAHASA ARAB)
cikgu nik norlan (OLIMPIAD ADD MATH)
cikgu wong kiat hi (KUIZ FIZIK)
cikgu siti arpah, ustaz kamal, ustaz fazdi (WARDEN)

DEDIKASI 3 : UNTUK GURU-GURUKU DI SMKA MAAHAD HAMIDIAH

ha. yang ni aku cube gak carik gambar. but, tak jumpe la. kat web sekolah pun takde. sori la ye. ok2. aku nak cube senaraikan jugak name cikgu2 aku dulu. tapi yang lagi la aku tak berape nak ingat. dah lame sangat. n jarang jumpe. sori ye cikgu2. hehe. so, aku tulis yang aku ingat je la.

BM - cikgu latipah
BI - cikgu muna
BA - ustaz zainaphi , ustazah azlinda
PAI - ustazah saniah
SEJARAH - cikgu ezana
GEOGRAFI - cikgu syarifah salmiyah
MATEMATIK - cikgu siti aminah
SAINS - tak ingat name la, ingat muke jer. sori2.
KEMAHIRAN HIDUP - cikgu laili

apepun, aku paste la satu due gambar yang aku dapat dari bro aznel. gambar beberape cikgu yang datang masa Irham Nite II, baru2 ni.


(kelihatan ustazah kamariah, cikgu zarinah dan cikgu rohani)


(yang kanan sekali tu aku pasti, cikgu zaini. yang kiri sekali cikgu maiselamah - ntah la, agak jer. yang tengah, aku memang tak kenal [cikgu baru kot])

DEDIKASI 4 : UNTUK GURU-GURUKU DI SK BANDAR BARU BANGI

yang ni, aku terpaske bagi dedikasi umum je la. sebab sorang je yang masih terpahat name die dalam ingatan aku. yang lain, dah tak ingat la. hai. teruk betul la aku ni. yang aku ingat tu, name beliau, cikgu zainab. ingat sangat kat beliau, sebab beliau garang. so, sumer budak2 takut ngan beliau la.

DEDIKASI 5 : AM

untuk semua guru-guru yang pernah aku temui, dan pernah membimbing aku tidak kire la, secare langsung ke tak; aku nak mintak maap banyak2 kalo pernah buat silap dulu, n "SELAMAT HARI GURU"

opss...lupe lak. memandangkan aku post ni sekali ngan hari Ibu, so untuk semua ibu2 diluar sane, "SELAMAT HARI IBU"

ok. tu je la. maybe aku jarang2 update lepas ni. xm tinggal kurang due minggu. doakan kitorang ek, kengkawan sumer.

Jumaat, 9 Mei 2008

Jom petik bintang kegemilangan...

Pejam celik pejam celik, dah habis dah posting aku untuk tahun lime ni ek. Cepat betul mase berlalu. Seolah-olah baru semalam je menjejakkan kaki ke tahun lime ni, hari ni lak dah habis dah. Tu la. Tanda-tanda kecil qiamat tuh. Masa berlalu dengan cepat. Insaf. Insaf.

Actually, aku habis xm final round aku tadi. Exam written Community Medicine. Boleh la. Total mark 30 (1/5 total mark untuk Comm Med tahun ni). 15 short answers Q n 30 MCQ's (1/2 mark each). Nasib baik soalan tak susah sangat. Harap2 dapat markah yang best. Boleh tampung markah final xm nanti. Tahun lepas nyer Comm Med tak memberangsangkan sangat. Hopefully, tahun ni better la. Ameennn.

Xm round Comm Med ni ade due. Satu lagi OSPE. Yang ni dah selesai dah. Ahad ari tuh. Btw, bagi yang tak tau. OSPE tu Objective-Structured Practical Exam. Ade satu lagik OSCE. ni kire adik-beradik la. bezenye, satu Practical, satu Clinical. Hehe. Alhamdulillah. Semua xm boleh dibuat dengan baik. Tak de la perfect 100%. But, iA doakan mumtaz la. Ameennn.

Dengan berakhirnya xm untuk round terakhir ni, bermakna aku akan mula cuti. Tapi cuti ni bukan untuk seronok2. Cuti ni untuk studi balik before xm final aku. Tahun ni dapat cuti dalam 3 minggu jer. Doa2kan la cukup mase nak studi ek.

Berikut jadual exam final aku :

Obstetrics & Gynaecology

Written - 31 Mei (3 jam untuk 250 markah)
Oral & Clinical - 23 Jun (75 untuk Gynae + 75 untuk Obstet)

Total - 500 markah (50 round tahun empat + 50 round tahun lime)

Paediatric

Written - 7 Jun (3 jam untuk 200 markah)
Oral & Clinical - 18 Jun (100 cases + 100 diagnostic skills)

Total - 500 (100 mase round hari tuh)

Community Medicine III

Written - 14 Jun (2 jam [kot] untuk 60 markah)
Oral - 16 Jun (30 markah)

Total - 150 (30 written tadi + 30 OSPE dan adik beradik die)

Sumer subjek ade due buku nak kene bace. Cume beze tebal ke nipis la. Yang paling banyak nak bace O&G la. Paeds tak la banyak sangat. tapi still due buku gak nak kene bace. Comm Med paling sket. Harap2 mase rais qisim turun 17 May ni, banyak la die buang lagik. Hehe. Lagi sket nak bace lagi bagus. Hihi. Rais qisim-qisim lain tu tak tau la nak turun ke tak. Kalo turun bagus gak. Kalo tak turun pun, nak wat camne kan. ikut derang la.

So, same2 la doakan kejayaan kite semue ek. AKu tau bukan aku je nak xm time ni. Kalo Mesir ni memang sumer tengah sebuk nak xm la time nih. Yang preklinikal nyer sebuk ngan xm praktikal dan macam-macam lagik la. Kalo negare2 lain pun, aku rase ade jer yang dah nak xm gak ni. So, all d best untuk semue.

N.B. :

1) sori la, post kali ni takde gambar nak letak. Aku ni takde kamera sendiri. Kalo nak amik gamabr kene pinjam orang nyer. kebetulan lak kamera tu habis bateri. so, takde la rezeki nak tengok gambar. lain kali la.

2) satu lagik. tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur IRHAM NITE II (gathering alumni SMKA Maahad Hamidiah) pada 3 May lalu. kalo nak tengok gambar nyer, sile la klik disini.

Selasa, 6 Mei 2008

DiTag lagik...

hai...aku senayer tengah tensen giler ni, sebab aku dah buat sesuatu yang kurang bijak pagi ni. haha. aku tak nak citer la ape bendenyer, sebab aku sendiri naik sakit hati pk bende tuh. biarlah ia menjadi rahsia hatiku. ceh2. bermain2 bahase lak die. hihi.

ok la. act, aku nyer post kali ni nak menjawab tag yang telah dipanjangkan oleh saudari raden, junior aku kat cairo u.

tag nyer begini :
I) Name 4 things that need to be invented
II) Name 4 things that should never have been invented
III) Name 3 things I do not know about you
IV) Name 5 snacks you enjoy

So, meh la kite menjawab yer. haha.

----- Start of Tag

I) Name 4 things that need to be invented

1) Bende yang boleh meletakkan negative gravity ke atas sesuatu bende (sori ek izwan, kongsi idea ko. haha). Aku tak tau istilah kat atas tu betul ke tak. So, meh aku terangkan sket ape senanyer aku nak dari bende tuh. Tujuan bende tu simple. Bile letak bende tu pada sesuatu bende lain, die akan menyebabkan bende lain tu jadi ringan OR tiada berat. Sebenarnyer bukan ape, terpk idea ni bile nak balik naik kapal terbang la. haha. kan senang kalo ade bende nih. tak payah pening2 nak pk "alamak, dah lebih berat la". haha.

2) Alat yang boleh menilai kesan2 daripada tindakan kita. macam die boleh pk la act ape bende kite nak buat. kite orang2 mude ni kan suke mencube bende2 baru. dalam erti kate lain, suke buat try n error. so, kalo ade bende nih senang sket. contoh korang nak ganti kepale paip yang rosak. belum tentu lepas repair tu ok kan. maybe sebenanyer bukan kepale paip tu yang rosak. so, kalo ade alat nih, boleh la die tolong suggest ape yang akan berlaku dengan tindakan kite tuh. haha. But, bukan nak suruh alat tu ramalkan ape yang akan berlaku. juz nak die senaraikan kemungkinan2 yang boleh berlaku. pastu, kite sendiri la kene pk. hehe.

3) Alat yang boleh menilai taraf pemakanan kite seharian. setakat yang aku tau, dah ade alat yang menilai nutrisi dalam makanan, cume kat lab n untuk satu2 makanan jer. yang aku nak, bende ni setiap orang ade, dan die akan menilai setiap makanan yang kite nak makan. contoh la, kalo hari ni kite dah makan banyak sangat garam. so, bile kite nak makan next makanan yang ade banyak garam gak, die bagi la warning. hehe. so, boleh la kurangkan masalah kesihatan, yang mana kebanyakannya berkaitan ngan pemakanan tak sihat. haha.

4) alat yang boleh memindahkan kite dari satu tempat ke satu tempat lain dengan pantas dan selamat. tak kesah la nak gune prinsip molekul ke ape. yang penting sampai cepat. nanti senang la nak post barang. hehe. atau lebih senang la nak balik mesia. kui kui kui.

II) Name 4 things that should never have been invented

Yang ni susah sket. sebab nak tulis bende yang tak patut/perlu/harus dicipta. hurrmmmmm. ntah la. kalo nak kire mesti la bende yang tak memberi manfaat langsung kat manusia ATAU membawa kemudaratan semate2. hai. ntah la. jap nak pk.

1) Rokok kot. Aku tak nampak sebarang manfaat la. tak tau la kalo ade manfaat tersembunyi. hehe. jangan mare.

2) -tak tau-

3) -tak tau gak-

4) -dan tak tau lagi-

III) Name 3 things I do not know about you

1) Abang chik aku dah lame meninggal. Tahun 1995. Mase tu aku kecik lagik. tak paham sangat bab2 ni. sekarang ni baru terase sedey. Al-Fatihah untuk Allahyarham Kifah Munqiz bin Ab Rashid (Achik).

2) Aku suke menjahit dan menghias bilik, especially bilik pengantin. haha.

3) Aku takde kakak. Tapi, aku ade due orang kakak ipar yang best giler. hehe.

IV) Name 5 snacks you enjoy

Yang aku suke, tak semestinyer yang aku selalu makan kan?...hehe

1) Doritos

2) Chipsy, tapi perase Jibnah Mutabbilah je la. yang lain tak suke.

3) Mahlabiyyah, macam dadih la kot. especially aku suke perase coklet.

4) Ice cream coklet.

5) Flutes, sejenis coklet.

----- End of Tag

ok la. tu je kot. sori la ade bende aku tak dapat nak jawab. sori bebanyak. aku malas nak tag orang lain la. lagipun, dalam tag tu tak cakap pun kene tag orang lain. hahahaha.

ok ek. kitorang kat mesir ni dah masuk musim exam. so, mintak sume doakan ek kejayaan kitorang. iA bittaufiq wannajah sumer. Ameeennnnn.

salam.