Sabtu, 13 September 2008

Terime kasih banyak2 ...

fuh...lame tul aku tak update blog ni. ntah la. rase takde mood jer nak update. lagipun sebuk sket la. sejak masuk ramadhan ni, banyak mase nak kene bagi untuk memperbaiki diri. ameeennn. hehe. lagipun, 3 minggu lepas ni, aku memang tak lekat kat umah. tiap2 hari gi hospital kajang. buat elective posting.

so, senanyer post untuk kali ni aku nak tujukan khas untuk mereka yang banyak sangat membantu dan mengajar aku sepanjang aku buat elective posting kat hospital kajang. untuk pengetahuan korang sumer, aku buat elective posting 3 minggu kat O&G dep. tu pun, kat labour room n PAC jer. OT ngan ward maleh la nak masuk. hehe. cadangan asalnyer, seminggu jer kat O&G, then nak gi Paeds seminggu n emergency seminggu. tup2, aku dah malas nak tukar dep n aku rase dah kamcing giler ngan staff2 kat situ. so, maleh la nak tukar.

pasal pengalaman kat sane, nanti aku citer la sket2. ape yang aku dapat.

ok la, ni nak buat dedikasi nih. ucapan terime kasih yang sangat2 tak terhingge untuk sumer yang sentiasa bersedie melayan kerenah aku yang tak tau pape nih.

untuk dokter2...MO2 yang sempat aku kenal; Dr Azimah, Dr Azam, Dr Viji, Dr Iram, Dr Maisarah. HO2 senior; Dr Teh, Dr Ann, Dr Kamarul, Dr Adnan. HO2 junior; Dr Faizal, Dr Buvein, Dr Shima, Dr Izyani, Dr Evana, Dr Maz, Dr Sudha.

untuk akak2 SN (staff nurse) n JM (jururawat masyarakat)...kak zai, kak ain, kak yati, kak shidah, kak midah, kak yus, kak su, kak dayang, kak sanisah, kak zairul, kak mala, kak satkun, kak dahlia, kak zakiah n ramai lagik (aku tak sempat nak ingat la name2 derang)...

untuk kawan2 JMP (jururawat masyarakat praktikal) aku, yang banyak ajar aku start dari basic...JMP Hanis, JMP Olivia, JMP Cecelia, JMP Connie, JMP Chan, JMP Lenny, JMP Leley, JMP Jarita n JMP Roselind.

untuk kawan2 PMA (practical medical assistant)...PMA Mohamad, PMA Azreen n PMA Siva.

dan tak lupe gak, dak2 MS (medical student) UPM yang sempat aku buat kawan n berebut kes ngan derang (haha)... MS Hamzah, MS Najib, MS Chin, MS Gong, MS Chitra, MS Lorna, MS Sangkitha dan ramai lagik la...

sepanjang aku duk kat sane, rase seronok sangat. walaupun, habis minggu pertame tuh, aku rase down giler. sebab rase macam blur giler. tambah lak ade dak2 upm. lagi la rase inferior. but, hujung minggu tuh, abang aku balik n bagi beberape petua. so, start minggu kedue tuh, aku memang rase seronok sangat n rase lebih berkeyakinan. masuk minggu ketige, memang bertambah berani n banyak sangat pengalaman dapat.

kalo ikutkan hati ni, nak jer aku continue minggu ni. habiskan sampai aku balik mesir. but, nak wat camner kan. surat bagi tige minggu jer. n lagi pulak, macam tak sedap hati lak. dah la nanti nak balik tinggal kan mak ayah aku. baek la aku duk umah seminggu nih. hehe. anak bongsu kesayangan mak la katakan. hahahahaha...

ok la. nanti aku citer sket2 pengalaman2 yang aku dapat mase buat posting tuh. aku masih belum merancang nak tulis camner. so, nanti2 la yer. huhu.

salam

4 ulasan:

uShop berkata...

salam bal.selamat hari raye.maaf zahir bati.

hmm aritu ko wat posting kat kajang ek.nape x buat kat hospital serdang?
aku balik summer depan nk wat ar.cmne ek procedur nk mohon kat selangor ni?? kat husm dulu direct ke hospital je.

shai berkata...

PENCALONAN ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20


ASSALAMUALAIKUM WBT...

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) iaitu ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20 bagi kategori LAMAN WEB BERUNSURKAN KEISLAMAN,
1. LAMAN WEB/BLOG BERUNSUR ISLAM INDIVIDU TERBAIK
2. LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM ORGANISASI TERBAIK
Anda boleh mendapatkan borang tersebut di: http://www.islam.gov.my/portal/ . Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustazah Nik Suhaila Nik Mohammad (Bahagian Penerbitan) di talian 03-88864452 atau melalui e-mail: niksuhaila@islam.gov.my .Penyertaan daripada anda diharapkan dapat memeriahkan lagi media Islam negara. Sekian, terima kasih.

grand optic berkata...

nice blog.. :)

Tanpa Nama berkata...

Hi there to all, for the reason that I am really eager
of reading this blog's post to be updated on a regular basis. It consists of good data.
Visit my webpage : play casino game