Rabu, 13 Ogos 2008

Tahniah, bro...


(ni mase abang aku amik ijazah. dapat daripada sultan sendiri. sebab sidang 1...hehe)

ucapan setinggi-tinggi tahniah aku nak ucapkan kat abang aku, yang konvo baru-baru ni. act, die dah lame dah habis belaja. november lepas dah habis dah. tapi, konvo baru2 ni jer. Die baru je tamat Ijazah Sarjana Surgeri (Surgeri Am). Abang aku amik master ni kat UKM. empat tahun la overall. die start tahun 2004 dulu. n habis 2008 hari tuh. alhamdulillah, everything berjalan lancar. alhamdulillah.

so, aku nak citer sket la pasal baju konvo. kalo budak2 mesir, mesti kempunan nyer. haha. ye la. kat mesir kan tak sempat nak g konvo. one year after la kan. so, mesti susah nak g. secare am nyer la, suit konvo terdiri daripada due bahagian. satu, pakaian basic dalam dan due, baju jubah dan topinya.

untuk pakaian basic dalam. kalo ikut UKM, laki2 boleh pilih either nak pakai lounge suit or baju kebangsaan. untuk pompuan lak, boleh pakai baju yang menutup seluruh badan, sehingga ke kaki. hehe. abang aku terlupe nak bawak balik suit. so, last2 die pakai aku nyer suit. haha. ade gak sumbangan suit aku yer. hihi.

untuk jubah n topi, ni memang berbeza-beza antara universiti, antara fakulti, dan antara taraf ijazah. secare am nyer, sumer universiti pakai jubah n topi (motar kot name die) kecuali UIA. derang pakai songkok. but, maybe starting this year, derang pakai jubah baru, which comes with topi gak.basically, untuk universiti kat malaysia, sumer nyer mesti ade sulaman songket. tak kire la kat mane pun.

fakulti biase nyer dibezakan dengan warne jubah. yang lain biase nyer same jer. contoh la kan. fakulti sains kesihatan bersekutu (FSKB) UKM pakai warne merah jambu. kalau fakulti undang2 (FUU) UKM pakai warna hijau. n kalau fakulti kejuruteraan (FK) UKM pakai warne coklet cair. tu la antara yang aku ingat. sesetengah univ, warne baju same jer. cume maybe ade strip yang berbeze2 kaler die.

kalo nak menentukan taraf ijazah lak, bergantung pada pattern jubah n topi. basically, ade tige level ijazah kan. sarjana muda, sarjana, doktor falsafah. untuk sarjana muda, jubah plain n topi kotak (yang selalu kite tengok tu la). untuk sarjana lak, jubah die lebih2 sket (vogue sket la) dan topi kotak gak. cume, untuk sarjana kepakaran perubatan, derang dapat pakai topi doktor falsafah. maybe nak menunjukkan taraf master perubatan tu tinggi sket kot. ye la kan. belaja dah la lame giler. haha. dan last sekali untuk doktor falsafah, derang pakai jubah yang lebih power la n topi derang topi bulat.


(ni la jubah n topi untuk sarjana kepakaran perubatan..still ade strip merah jambu, mewakili fakulti perubatan)

fuh, payah gak ek nak citer kat sini. haha. ok la. cukup la dulu. nak post gambar banyak2 pun, arituh amik gune kamera abang aku. so, sumer still kat die. aku nak citer pasal besday bapak aku gak. tengok la, esok kot aku tulis pasal tuh lak. hihi.

ade satu lagik aku nak citer. pasal "alma mater". korang tau tak? aku pun baru jer tau. haha. istilah ni boleh digunakan dalam banyak bidang. tapi, yang aku nak citer kan, yang berkaitan konvo la. maksud die lebih kurang camni la. korang diizinkan memakai jubah dan topi konvo universiti yang korang graduate. sesetangah negara mengiktiraf sehingga kolej dan sekolah tinggi. contoh la kan, korang graduate dari UKM. tapi nanti mase korang keje, korang jadi pensyarah di UIA. so, mase konvo UIA, korang dizinkan memakai baju konvo UKM. sebab korang adalah alumni UKM. camtu la. cume nye, kalo nak buat camni, korang kene la beli baju jubah univ korang tuh. maybe mahal kot. hehe


(aktiviti biase lepas konvo...orang lain pun nak cube jubah konvo tu gak...hehe...btw, ni anak sedare sulong aku, hulwun nada)

ok la. lain kali aku tulis lagik. aku nak amik gambar kat abang aku dulu, baru aku nak post gambar banyak2. hahahahhahahha.

Tiada ulasan: