Selasa, 6 Mei 2008

DiTag lagik...

hai...aku senayer tengah tensen giler ni, sebab aku dah buat sesuatu yang kurang bijak pagi ni. haha. aku tak nak citer la ape bendenyer, sebab aku sendiri naik sakit hati pk bende tuh. biarlah ia menjadi rahsia hatiku. ceh2. bermain2 bahase lak die. hihi.

ok la. act, aku nyer post kali ni nak menjawab tag yang telah dipanjangkan oleh saudari raden, junior aku kat cairo u.

tag nyer begini :
I) Name 4 things that need to be invented
II) Name 4 things that should never have been invented
III) Name 3 things I do not know about you
IV) Name 5 snacks you enjoy

So, meh la kite menjawab yer. haha.

----- Start of Tag

I) Name 4 things that need to be invented

1) Bende yang boleh meletakkan negative gravity ke atas sesuatu bende (sori ek izwan, kongsi idea ko. haha). Aku tak tau istilah kat atas tu betul ke tak. So, meh aku terangkan sket ape senanyer aku nak dari bende tuh. Tujuan bende tu simple. Bile letak bende tu pada sesuatu bende lain, die akan menyebabkan bende lain tu jadi ringan OR tiada berat. Sebenarnyer bukan ape, terpk idea ni bile nak balik naik kapal terbang la. haha. kan senang kalo ade bende nih. tak payah pening2 nak pk "alamak, dah lebih berat la". haha.

2) Alat yang boleh menilai kesan2 daripada tindakan kita. macam die boleh pk la act ape bende kite nak buat. kite orang2 mude ni kan suke mencube bende2 baru. dalam erti kate lain, suke buat try n error. so, kalo ade bende nih senang sket. contoh korang nak ganti kepale paip yang rosak. belum tentu lepas repair tu ok kan. maybe sebenanyer bukan kepale paip tu yang rosak. so, kalo ade alat nih, boleh la die tolong suggest ape yang akan berlaku dengan tindakan kite tuh. haha. But, bukan nak suruh alat tu ramalkan ape yang akan berlaku. juz nak die senaraikan kemungkinan2 yang boleh berlaku. pastu, kite sendiri la kene pk. hehe.

3) Alat yang boleh menilai taraf pemakanan kite seharian. setakat yang aku tau, dah ade alat yang menilai nutrisi dalam makanan, cume kat lab n untuk satu2 makanan jer. yang aku nak, bende ni setiap orang ade, dan die akan menilai setiap makanan yang kite nak makan. contoh la, kalo hari ni kite dah makan banyak sangat garam. so, bile kite nak makan next makanan yang ade banyak garam gak, die bagi la warning. hehe. so, boleh la kurangkan masalah kesihatan, yang mana kebanyakannya berkaitan ngan pemakanan tak sihat. haha.

4) alat yang boleh memindahkan kite dari satu tempat ke satu tempat lain dengan pantas dan selamat. tak kesah la nak gune prinsip molekul ke ape. yang penting sampai cepat. nanti senang la nak post barang. hehe. atau lebih senang la nak balik mesia. kui kui kui.

II) Name 4 things that should never have been invented

Yang ni susah sket. sebab nak tulis bende yang tak patut/perlu/harus dicipta. hurrmmmmm. ntah la. kalo nak kire mesti la bende yang tak memberi manfaat langsung kat manusia ATAU membawa kemudaratan semate2. hai. ntah la. jap nak pk.

1) Rokok kot. Aku tak nampak sebarang manfaat la. tak tau la kalo ade manfaat tersembunyi. hehe. jangan mare.

2) -tak tau-

3) -tak tau gak-

4) -dan tak tau lagi-

III) Name 3 things I do not know about you

1) Abang chik aku dah lame meninggal. Tahun 1995. Mase tu aku kecik lagik. tak paham sangat bab2 ni. sekarang ni baru terase sedey. Al-Fatihah untuk Allahyarham Kifah Munqiz bin Ab Rashid (Achik).

2) Aku suke menjahit dan menghias bilik, especially bilik pengantin. haha.

3) Aku takde kakak. Tapi, aku ade due orang kakak ipar yang best giler. hehe.

IV) Name 5 snacks you enjoy

Yang aku suke, tak semestinyer yang aku selalu makan kan?...hehe

1) Doritos

2) Chipsy, tapi perase Jibnah Mutabbilah je la. yang lain tak suke.

3) Mahlabiyyah, macam dadih la kot. especially aku suke perase coklet.

4) Ice cream coklet.

5) Flutes, sejenis coklet.

----- End of Tag

ok la. tu je kot. sori la ade bende aku tak dapat nak jawab. sori bebanyak. aku malas nak tag orang lain la. lagipun, dalam tag tu tak cakap pun kene tag orang lain. hahahaha.

ok ek. kitorang kat mesir ni dah masuk musim exam. so, mintak sume doakan ek kejayaan kitorang. iA bittaufiq wannajah sumer. Ameeennnnn.

salam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alat negatif gravity !!
Negative mass !

Kena kluarkan istilah melayu untuk buku teks sains dan fizik.

Alat hutang jisim.

Tanpa Nama berkata...

haha..anda dijemput khas utk dtg ke rumah bagi menghias bilik pengantin sy=D

Iqbalmunauwir bin Ab Rashid berkata...

to otai besar:

ooo...alat hutang jisim ek. aku ingat alat jisim negatif. hahaha...

Iqbalmunauwir bin Ab Rashid berkata...

to ~young mango~ :

kalo ye pun nak jemput saye hias bilik pengantin, macamne saye nak sampai umah awak ek...

hahahahaha

c's berkata...

salam bro.. heh.. jazakallah for all da answers, btw, u r imitating me, esacping the 2nd Q..

heh.. nnti blh la, syrkt rekacipta mana2 amik idea bloggers yang jwb tag nih.. byk idea, yg tak terpk.. mmg berkembang~

but then.. x tag org len pun xpe~thnx~