Jumaat, 25 April 2008

Aku kene 'Tag'...

salam. hai, Warouq. asal la ko 'tag' aku. Tag tu amende pun aku tak tau. Aku ni kan orang baru belajar dalam dunia blog-memblog ni. Haha. Apepun, aku rase aku faham kot arahan ko tuh. Ni kire aku cube la buat yang terbaik yer. Btw, ni 'Tag' pertame aku. Tengok, betape baru, tak baru nyer aku dalam dunia ni. Hehe.

Act, semalam la si Warouq ni 'Tag' aku. Ni la arahan2 / peraturan2 untuk 'Tag ini';


1) aku kene link kepade orang yang 'Tag' aku. Warouq la orangnyer.
(see Warouq, at least dah ade empat link ko. Haha)

2) aku kene tulis 8 fakta rambang berkenaan diri aku. Hurrmmmm.
Bace la yer kat bawah ni:


2.1) Kalo aku buat sesuatu bende, kalo boleh aku nak bende tu perfect. Walaupun orang selalu cakap, nobody is perfect.

2.2) Sejak dari kecik, aku memang masuk sekolah agama jer. So, kemahiran bersosial aku ni memang lemah sket la, especially sosial laki-pompuan. Haha.

2.3) Aku memang susah nak buat keputusan. Sebab aku nak keputusan yang aku buat tu
perfect giler. Tapi, ye la kan. Kite merancang, Allah yang menetukan.

2.4) Aku ni anak bongsu dalam famili aku. Mase sekolah rendah dulu, kalo aku jalan ngan ayah aku, mesti orang kate, ni atuk awak ke. Arghhhh.

2.5) Aku sekarang ni dah ade 7 orang anak (saudara la). 5 anak abang sulong. 2 anak abang ngah. Name2 derang : Hulwunnada, Muhammad Hatim Najdi, Hana' Nahla', Muhammad Habri Naqi dan Muhammad Hasin Nazih. AND Ilmam Mumtaz dan Iyad Mu'taz.

2.6) Aku ni memang jarang lakukan aktiviti luar, seperti bersenam dan sebagai nyer. teringin gak nak buat bende2 tuh. Tapi, entah la. bile la semangat tu nak datang. Hihi.

2.7) Dua kemahiran yang aku warisi dari mak aku dan aku berbangga dengannya,
kemahiran menjahit dan membuat hiasan dalaman. (Act, takde la pandai mane pun.
Saje rase diri power. Haha)

2.8) Kalo aku tensen studi ke, aper ke. Aku akan memasak. Ntah la. Memasak ni
boleh sedikit sebanyak mengurangkan tensen aku. Dan extra energy tu dapat
aku gune untuk bende yang akhirnyer aku boleh makan. Hahaha.

3) akhir sekali, aku kene senarai lapan orang lain yang aku nak 'Tag' dan
aku kene bagitau derang dah kene tag melalui komen dalam blog derang. Sori la ye kengkawan. Suke2 jer nih. So, inilah dia;


3.1) Yeop (Azizul Isme) dan Yeop (Hasbullah) : ni due orang kawan aku mase kat KISAS. Act, derang dah berjaye menjelajah bumi Mesir ni.

3.2) Kak Firuz : ni senior aku mase kat KISAS dulu. Aku pernah bekerja
bawah die, dalam RESTU (majalah sekolah).

3.3) Sarah Shukor : ni kawan seangkatan mase kat KISAS gak. Sekarang ni
buat medik kat Rusia.

3.4) Isa Azzaki : kawan mase kat KISAS. Medik Indonesia.

3.5) Syafiq Ramjis : junior aku mase kat KISAS.

3.6) Shakir Izani : junior aku di Cairo Univ.

3.7) Yusuf : kawan aku mase kat Maahad Hamidiah dulu. Abang die ngan adik
die belajar kat Mesir. Die lak belajar kat Ukraine.

Ok la. dah selesai dah jawab 'Tag' ni. So, kepade sesiape yang kene 'Tag' tu,
sile2 la buat yer (kalo rajin la). Hehe. Salam.

7 ulasan:

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam iqbal.

oh. tag ni ke. td sy bukak lepas dpt komen tu td, takde lg entri tag ni. sy refresh page, baru la ada. hehe. actly, sy dh buat dh tag ni
Link

rajin awk update ye iqbal. last sekali hri tu sy bukak baca psl akak2 yg nak balik msia tu. tup2 bukak ni dh byk sy terlepas rupanya.

warx.hensem berkata...

iqbalmunauwir..ces, dalam banyak2 junior kisas kau, camne aku plak yang kene..kang aku free ke, tgh bosan2 ke aku wat ar tag ko tu..

warx.hensem berkata...

http://shafiqramjis.blogspot.com/2008/04/tag-team.html

nah..

Sarah Mohd Shukor berkata...

dh tgk2 smula, fact psl perfectionist n memasak tu sama la kot. sy klu tension ke apa ke, pun masak jgk. hehe

djambu puadovich berkata...

kalo aku xnk link kat sape2 bleh x? huhu...;)

madsha_88 berkata...

slm..

abg iqbal!!

sy ingin meminta kebenaran utk tak buat tagged tu..hehe

sori la ye..

abg iqbal xmarah kan??..hehe

tp klu mrh pun sy xwat gak..hehe

Iqbalmunauwir bin Ab Rashid berkata...

ikut ko la madsha oi...tak yah mintak kebenaran pon...rase nak buat, buat. tak nak buat, tak yah buat. takde sape nak pakse2. takde sape nak marah2 la.

btw, all d best for xm.

bye.