Khamis, 17 April 2008

My Beloved Doctor...Dr Mahmoud Saleem...


(Dr Mahmoud Saleem...Gambar untuk banner dak2 arab buat)

Ha, kali ni citer pasal sorang Dr lak. Beliau ni memang power n best giler a. Senanyer bukan ape. Aku juz teringat nak citer pasal beliau ni, sebab hari Selase lepas, batch kitorang (budak2 arab la) arrange satu majlis macam majlis perpisahan. Act, ade lagi kelas die. Tapi maybe satu or due je lagi. Then, habis la. So, kene la buat majlis kan. Hehe.


(ni main curik2 je amik gambar. Ramai sangat nak amik gambar. Nak mintak izin pun susah. Haha)

Ok. Name Dr ni Dr Mahmoud Saleem, MD Obstetric and Gynaecology. Nak kate bagus tak bagus Dr ni, beliau buat kelas tambahan (full) untuk subjek O&G secare percume. Act, kalo nak imbau2 balik, sejak 1st year dulu, ade je Dr2 yang baik hati nak buat kelas free. Antaranye, Dr Rashid Bahgat (Biochemistry). Teringat zaman2 dulu, kene bangun awal2 gi kelas die. Kul 6.45 kot. Matahari pun baru nak naik. Hehe. Sorang lagi, Dr Mu’tasim Billah (Anatomy). Yang aku ingat sangat pasal Dr ni, die nyer BI n lukisan. BI fluent giler and lukisan lawa habis. Kire macam lukisan artis la. Opss. Ade sorang lagi. Dr Sayed Saif (Ophthalmology). Yang ni lagi power. Kelas die open untuk sumer university. Budak Ain Shams ade. Budak Al-Azhar pun ade. Tapi buat kat U aku la. Hehe.

(Selitkan gambar dewan kuliah aku...biase jer...)

Eh eh. Lari tajuk lak. Aku nak citer pasal Dr Mahmoud Saleem ni ha senanyer. Sori ek. Melalut ke tampat lain lak. Ok2. Back to the topic. Since aku 4th year lagi, aku dah dengar2 dah senior2 kitorang cakap2 pasal Dr Mahmoud. So, bile dah naik 5th year ni, tak nak la lepaskan peluang belajar dengan Dr yang power habis ni. Hehe.


(Bende yang wajib ade dalam mane2 majlis perpisahan ngan Dr... Sejambak bunge)

Citer sket la pasal kelas die. Kelas memang buat kat Lecture Hall fakulti aku. Kelas tige kali seminggu. Sabtu, Isnin dan Rabu. Tapi tak tetap. Ikut kekosongan beliau. Dulu, mase awal2, Sabtu tu kul 12. Sekarang dah jadi kul 1 lak. Kalo dulu, Isnin dan Rabu tu kul 3 petang. Sekarang dah jadi kul 7 pagi. Hehe. Tu pun, hari kadang2 tukar. Kadang2 Ahad pun ade kelas. Kadang2 Selase. So, kat sini la memerlukan kecekapan telinge tangkap “Mau’idna insya-Allah youm ………, sa’ah ………” (Janji kite hari ………, pukul ………). Tapi tak pe je. Kalo tak dapat tangkap boleh tanyer dak2 melayu lain. Kalo derang pun tak dapat tangkap, tanyer la kawan Arab. Bile lagik nak gunekan kawan2 tuh. Hehe.

(Ni la susana majlis hari tuh...Ade belon2 gak...Haha)

Lagi satu yang aku suke pasal beliau. Die suke lukis sendiri kat papan hitam. So, senang la follow. N kadang2, aku pun boleh improve skill melukis aku. Tapi, sampai sekarang ni, lukisan aku masih buruk lagi la. Haha.


(Ala, nak gak autograf. Dr Mahmoud tengah tulias autograf kat buku Aniah. Aku nak gak, tapi tak pakai buku die. Segan lak nak suh die tulis autograf kat buku lain. Hehe)

Beliau jugak ade keluarkan buku O&G sendiri. Aku beli, tapi tak pakai. Hehe. Sori Dr yer. Ntah la. Nape ek aku tak pakai. Maybe tak serasi sangat kot. Aku pakai buku Dr Omar Abdel Aziz n Amr Hussein. Jangan la pelik yer. Kitorang kat Egypt ni memang pakai buku yang Dr U buat. Kitorang tak pakai international book. At least, not for exam. Hehe.

Ok la. Panjang giler marapik. Aku nak pos gambar jer. Suke tengok gambar? Hehe.


(Dr Mahmoud tengah bergaye depan kete die...BMW)


(Satu lagi gambar Dr Mahmoud tengah bergaye dengan keretanyer...)



2 ulasan:

Dr Kadir berkata...

emmm apasal kitaorang takder our beloved dr ya?

musykil...musykil...

Tanpa Nama berkata...

hurrmm..entah la. ade due jawapan. SATU: ade, tapi korang yang tak jumpe kot. DUE: memang takde. aku yakin yang first lebih tepat. haha.