Rabu, 23 Julai 2008

hari ke-2 di KKPJ ...

mari bercerite tentang perjalanan hari ni. hehe. saje nak kongsi pengalaman ngan korang.

hari ni aku kuar umah lambat sket. sebab, semalam aku sampai awal kat KKPj tuh, n aku kene menunggu apest lak. so, ingatkan kuar lambat boleh la sampai same2 ngan apest. tup2. aku gak yang sampai dulu. haha. pk2 balik. ye la. lambat kuar umah pun, lambat 5 minit jer. haha. lawak tul la. sementare menunggu apest tuh, sempat gak la snap beberape gambar.


(Hadirnya Sinar Cahaya...ewah...hehe)


(bajet nak wat perspektif view. tak jadi la pulak. hihi)


(ni pun same. tak jadik gak)

once apest sampai, kitorang gi unit rehabilitasi. kirenyer, mostly ari ni duk kat situ jer la. ntah. satu sebab tak tau nak g mane. then, kebetulan ramai lak patient yang ade appointment. n kak eirniza memang peramah dan bersedie nak menerangkan. tu yang seronok tuh. tambah lak, ari ni ade 'visiting' physiotherapist dari hospital putarajaya datang. so, boleh la jugak tengok kes2 physiotherapy.

ok. citer sket la beberape kes yang aku rase menarik. satunyer, ade kes kebas2 n lenguh kaki. so, kalo ikut kak eirniza, derang akan buat wax then buat electrical stimulation dan kemudian buat stretch exercise. so. dapat la tengok 2 orang makcik ni buat bende ni. wax tuh kene celup 7 kali, then tunggu 20 minit. untuk electrical stimulation tuh, 30 minit. then stretch exercise 15 minit. nasib baik makcik tu berdue. so, boleh la gak derang bersembang. kalo tak, mesti bosan giler nyer.

pastu ade satu lagik kes ni, kes stress. die stress sampai muscle kat bahu belakang die (trapezius) bengkak dan sakit. so, untuk yang ni, kak eirniza tu bagi hot pack dan kemudian electrical stimulation gak. basically, ikut kak eirniza, die kate derang akan bagi hot stimulation. wax ke. hot pack ke. ikut kesesuaian. then bagi electrical stimulation. tapi, kalo ade bengkak, tak leh la. yang ni kene bagi ice. sebab, bengkak tu sendiri memang panas. cam tu la lebih kurang. aku pun tak fous sangat mase die cakap. ngantuk sey. haha.

oppsss. lupe lak nak citer. kak eirniza ni merupakan seorang jurupulih carakerja (occupational therapist). die memang tetap la kat sini. yang visiting, jurulatih fizikal. betul ke istilah ni? ntah. hentam je la.

ade la beberape kes lain gak. tapi aku rase lebih kurang jer. so, tak yah citer la. lepas duk kat unit rehabilitasi sampai kul 11. kitorang naik atas gi bilik prosedur. sedih giler. bilik tu kosong mase tuh. hai2. sabar je la. ingat baru nak tengok wound dressing ke, ecg ke. tak pe la. takde rezeki la tuh. so, pk punyer pk. dah tak tau nak wat ape, last2 kitorang decide untuk balik umah la.

ni yang best nih. konon nyer nak hantar apest balik umah makcik die. die la yang nak tunjuk jalan. pusing punyer pusing, tak jumpe jalan nak masuk dengkil tuh. konon nak buat suprise la. hehe. tup2, sesat. ki ki ki. last2, aku hantar die balik ke klinik kesihatan. sebab memang makcik die nak amik kul 1.30 tuh. so, sementare sesat tuh, sempat gak la amik beberapa shot gambar. apest yang amik. aku drive. so. sile la menjamu mate korang tengok ke'futuristik'an nyer bangunan2 kat putrajaya. haha.


(ni ntah amende tah. yang aku tau kat sebelah kanan tuh ade pejabat MAS. kalo korang perasan, ade macam pembinaan nun jauh di belakang tuh kan? perasan tak? tu derang tengah nak bine masjid besi)


(ni bangunan kementerian kewangan. nampak macam bangunan ni senget kan. caya la)


(perspective view. fokus ke arah jabatan perdana menteri)

(bangunan kementerian pertanian dan industri asas tani)


(ni pun same kot. ntah la. tak perasan biler apest snap)


tu je la kot untuk kali nih. lain kali la pulak. ingat nak amik gambar banyak lagik. tapi, panas sangat la. tengahari bute duk dalam kancil yang takde pendingin hawa (ke penghawa dingin?). so, tu je la. ngarut jer aku nih.

2 ulasan:

Amermeftah berkata...

Patutlah kewangan negara senget...

Iqbalmunauwir bin Ab Rashid berkata...

tu la pasal...ni aku tak tunjuk lagik ade due jambatan yang agak sia2 di putrajaya...

satu jambatan tuh...ade jambatan tapi takde jalan yang menyambungkannye takde. haha.

satu lagik...jambatan yang bawak paip air jer, tapi bukan main lawa lagik...haha

nanti kalo sempat aku post la gambar tuh...