Selasa, 22 Julai 2008

pengalaman pertama ...

kali ni nak citer pengalaman masuk klinik kesihatan pulak. hari ni aku gi masuk klinik kesihatan putrajaya. follow orang jer senanyer. aku nyer attachment tak start lagik. bulan lapan nanti. so, sementara ade peluang kosong ni, follow2 la orang. mane2 tempat pun tak kesah la. asal dapat timba ilmu dan pengalaman. hehe.

aku ikut apest jer. mak cik die, Dr Hamimah, keje kat situ. tu yang boleh masuk tu. kalo tak, sori la yer. hihi. but, hari ni ngan esok, Dr Hamimah still mc lagik. so, kitorang duk ngan Dr Zainal. grad Al-Azhar Univ 1994. best gak dapat jumpe super2 senior nih. boleh sembang2. amik2 pengalaman. hihi.

hari ni banyak duk dalam bilik Dr Zainal jer. pastu ade la kejap, gi tempat amik darah. tengok camne akak2 nurse tu amik darah orang. hehe. seronok gak. ye la. sebelum2 ni tak penah lagik tengok live kan. ni first time la kirenyer.

then, lepas duk kat tempat amik darah, kitorang gi tempat rehabilitasi n fisioterapi lak. kat sini jumpe ngan kak eirniza. die ni jurupulih pekerjaan. lebih kurang camtu la kot bunyinyer. tak tangkap sangat gak mase die cakap tadik. mase kitorang sampai, ramai patient dah balik. ade la sorang brader nih je tinggal. die staff gak kat KKPJ tu. kaki die patah main ragbi. dah operate pasang skru n dah buang dah. tibe2 patah balik. so jadik luke besar la die nyer kaki. kak eirniza suh rendam dalam silicone oil. katenyer banyak oksigen n boleh cepatkan sembuh luke tuh.

lepas makan n solat sumer, aku pun balik la. dah tak larat nak tunggu. haha. esok insya-Allah g lagik. maybe nak g bilik prosedur lak. nak tengok ape2 prosedur yang boleh tengok. amik2 pengalaman.

tadi, before balik, sempat jumpe Dr Hamidah balik. kitorang tanyer, takde labour ke kat sini. die kate, sini takde. tapi kalo nak, nanti die arrange ngan kawan die. nak. nak. nak. hehe.

thanks so much sumer pegawai2 kat KKPJ. memang seronok dapat berkenalan ngan korang. hopefully, aku dapat la amik ape2 yang bergune untuk keperluan nak jadik Dr nanti. ameeennn.

Tiada ulasan: